Selaman skuba adalah kaedah menyelam di bawah air di mana penyelam bergantung kepada alat pernafasan bawah air (SCUBA) untuk bekalan oksigen, tidak seperti kaedah lain di mana terdapat pergantungan kepada bekalan permukaan untuk oksigen.
Ia adalah aktiviti rekreasi yang diiktiraf dan membolehkan profesional penyelam sampai ke kawasan yang lebih dalam dan masa yang lebih lama di dalam air.
BESARKAN TEKS A- A+
Terdapat pelbagai lokasi di dunia yang sesuai untuk menyelam SCUBA namun terdapat beberapa lokasi di dunia yang tersangat sukar untuk diselam, walaupun dengan menyelam skuba.
iluminasi.com kongsikan 7 lokasi menyelam paling berbahaya di dunia.
7. Dean’s Blue Hole - Bahamas
Terletak di Bahamas, lubang biru Dean adalah lubang biru kedua terdalam di dunia. Ia mempunyai kedalaman 202 meter. Hakikat bahawa ia tersangat dalam membuatkan penyelam profesional sendiri berasa panik untuk menyelam.
Di bahagian permukaan, ia mempunyai dimensi 35 meter dan secara beransur-ansur melebar hingga 100 meter pada kedalaman 20 meter.
Nicholas Mevoli, penyelam dari Amerika Syarikat terbunuh dalam lubang biru Dean ketika dia cuba untuk mecipta rekod Amerika dalam sebuah pertandingan.
Pelan Nicholas adalah untuk mencapai kedalaman 96 meter, tetapi dia terpaksa kembali kerana mengalami Barotrauma, kerosakan fizikal kepada tisu badan yang disebabkan oleh perbezaan tekanan antara ruang gas, dan terkorban kerananya. dan akhirnya menerimanya.
6. Great Blue Hole - Belize
Belize adalah sebuah negara yang terletak di pantai timur Amerika Tengah, terkenal sebagai lokasi untuk salah satu tapak warisan dunia, iaitu Sistem Simpanan Terumbu Halangan Belize.
Ia juga tersenarai dalam 10 tempat paling menakjubkan di dunia mengikut senarai yang disusun oleh Discovery Channel pada tahun 2012.
Kesempatan untuk menyaksikan tempat yang menakjubkan ini datang dengan harga yang tinggi, di mana anda perlu menjadi penyelam profesional terlebih dahulu kerana ia tersangat gelap.
Oleh itu, hanya penyelam yang berpengalaman yang mampu berhadapan dengan gua ini dan menyaksikan stalaktit di dalamnya.
Seperti mana-mana aktiviti menyelam yang melibatkan kedalaman lebih daripada 30 meter, narkosis nitrogen (kesan anestetik nitrogen di bawah tekanan tinggi) adalah salah satu sebab utama bagi kebanyakan kemalangan.
Dan lokasi ini sudah tentu bukan lokasi yang bijak untuk dikunjungi oleh penyelam tak berpengalaman. Pasti bukan untuk penyelam pemula!
5. Pulau Cocos - Costa Rica
Pulau Cocos adalah tapak warisan dunia yang diisytiharkan oleh UNESCO yang terletak di luar pantai Costa Rica. Ia merupakan lokasi menyelam yang wajib dirasai, menurut penyelam pakar.
Ia dipenuhi dengan kepelbagaian spesies ikan, terutamanya jerung hammerhead. Terdapat laporan yang berterusan mengenai lokasi ini yang menjadi ekosistem yang besar untuk spesies ikan pelagis dan haiwan besar lain.
Ini juga merupakan sebab utama mengapa ia boleh menjadi lokasi menyelam berbahaya kerana pelbagai pertemuan dengan spesies yang berbeza pasti akan berlaku.
Spesies ikan yang hadir di sini sangat majestik namun haiwan-haiwan ini juga datang dengan selera yang ganas yang boleh mengambil nyawa para penyelam.
4. The Shaft - Australia
Lokasi menyelam ke-4 paling bahaya di dunia ini terletak di bahagian selatan Gunung Gambier di Australia Selatan.
Untuk memberikan perspektif jelas tentang tapak ini, lubang pada permukaannya tersangat kecil sehingga penyelam tidak boleh memasukinya bersama peralatan menyelam.
Oleh itu, peralatan dan penyelam perlu diturunkan secara berasingan. Lokasi menyelam eksotik ini dianggap sebagai sinkhole paling gelap dan terdalam di rantau ini.
Ia kadang-kala dirujuk sebagai ruang bawah tanah tanpa batasan oleh banyak penyelam pakar. Sebelum persatuan penyelam gua ini dibentuk dan peraturan ditetapkan, tapak tersebut telah meragut di antara 15 dan 17 nyawa.
Selepas persatuan ditubuhkan, hanya 5 kematian sahaja yang dicatatkan dalam tempoh 40 tahun yang lalu. Sebahagian daripada kawasan di situ dimiliki secara persendirian.
Pemilik lebih berminat untuk menggunakan air daripadanya bagi mengairi tanah ladang mereka. Namun, mereka sangat mengalu-alukan pakar penyelam dan profesional.
Keadaan air dan tekstur batuan dasar menjadikan lokasi ini sebagai sesuatu yang tidak biasa dialami kepada penyelam gua.
3. Devil’s Den Cave - Amerika Syarikat
Fasiliti persendirian untuk menyelam dan latihan skuba ini mempunyai kedalaman 16.5 meter dengan diameter permukaan 36.5 meter.
Kolam air yang terletak di dalam gua kering ini bukan sahaja menjadi tempat untuk menyelam, tetapi ia adalah rumah bagi banyak fosil dari era Pleistocene.
Salah satu sebab mengapa ia dianggap tempat yang sangat berbahaya untuk menyelam adalah kerana pembukaan ke permukaan adalah lubang yang sangat kecil.
Ia membuatkannya sangat sukar bagi pengunjung untuk sampai ke permukaan. Pembukaan itu diperluaskan untuk kemudahan akses, tetapi masih diterokai oleh penyelam profesional.
Pada tahun 2013, The Huffington Post melaporkan satu kematian yang berlaku di lokasi ini tetapi tidak dapat menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku kepada penyelam tersebut yang menyebabkan kematiannya.
2. Blue Hole - Mesir
Secara terang-terangan, Blue Hole adalah lokasi menyelam yang paling berbahaya di dunia. Ia terletak di bahagian tenggara Semenanjung Sinai di Mesir.
Ia dianggap sebagai ekosistem yang terdiri daripada flora dan fauna daripada jenis yang berlainan, terutama sekali ikan dan terumbu karang yang sangat banyak.
Kebolehcapaian kedalaman daripada pantai adalah apa yang membuatkan tempat ini tersangat menarik bagi peminat menyelam dan mereka yang sukakan cabaran.
Blue Hole ini telah menelan lebih daripada 200 penyelam dan membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menenggelamkan sesiapa sahaja yang cuba menjelajahnya di luar kedalaman tertentu.
Narkosis nitrogen, sejenis kesan anestetik nitrogen di bawah tekanan tinggi yang menyebabkan halusinasi dan pertimbangan buruk dianggap sebagai sebab utama kepada terbunuhnya ramai penyelam di lubang ini.
1. Dragon Hole - Laut China Selatan
Lubang naga atau Dragon Hole ini adalah rongga bawah air yang memegang rekod paling dalam di dunia. Ia terletak di Laut China Selatan dan mempunyai kedalaman 300 meter.
Menurut mitos, lubang naga dikenali sebagai mata Laut China Selatan di mana Sun Wukong, raja monyet mitos dari Journey to the West, mendapatkan senjata baton emasnya.
Kedalaman lubang ini menimbulkan banyak komplikasi logistik bagi penyelam untuk sampai ke bahagian bawah.
Fakta ini sudah cukup sebagai penjelasan mengapa ia mungkin boleh menyebabkan berlakunya kematian bagi sesiapa yang cuba menyelam ke dasarnya.