Bagi sesebuah syarikat atau jenama, logo merupakan antara perkara yang terpenting dalam menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi pengguna yang tidak mengenali mereka.

Logo merupakan perkara pertama yang dikenali mengenai sesuatu jenama tanpa mengetahui apa-apa mengenainya.

Terdapat logo yang ringkas dan ada pula yang sangat rumit, di mana logo ringkas lebih menjadi pilihan kerana ia lebih mudah diingati.

BESARKAN TEKS     A-  A+

logo iluminasi 57

(Logo iluminasi.com)

Namun, penghasilan logo bagi menarik perhatian pengguna apatah lagi membuatkannya "melekat" di dalam ingatan bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Oleh itu, mereka dan mencipta logo-logo jenama boleh menelan belanja yang tak masuk akal.

iluminasi.com kongsikan 7 logo paling mahal di dunia.

7. Pepsi – RM4.2 juta

logo pepsi

Walaupun logo Pepsi ketika ini tidak kelihatan begitu berbeza dengan logo lama, namun mereka membayar RM4.2 juta untuknya.

Logo ikonik lama Pepsi telah ditukar dan kini ia menonjolkan pengagihan warna yang berbeza, dengan warna merah menjadi lebih utama.

Keseluruhan logo juga dicondongkan pada sudut tertentu dan lebih selaras dengan trend semasa reka bentuk "rata" atau 2D.

Menurut sumber, penukaran logo Pepsi merupakan satu cubaan untuk mencabar Coca-Cola, yang masih merupakan jenama Cola paling terkenal di dunia.

6. BBC – RM7.54 juta

logo bbc

Terdapat beberapa variasi logo BBC ketika ini, namun yang paling biasa dilihat adalah kombinasi antara huruf besar berwarna putih diletakkan di atas latar belakang gelap.

Kebanyakan daripada anda pasti berfikiran bahawa anda mampu menghasilkan logo ini, yang mana dibayar sebanyak RM7.54 juta.

Walaupun agak mahal bagi tiga huruf yang seperti ditaip menggunakan Microsoft Word, namun ia boleh dimaafkan memandangkan BBC memegang rekod di mana mereka tidak menukar logo mereka walaupun sedikit.

Akhirnya, BBC menyerah kalah pada tahun 1997 apabila mereka memperkenalkan logo baru mereka. Bercakap mengenai rekod, logo asal BBC digunakan dari tahun 1971 hingga 1988, iaitu selama 18 tahun.

5. Kumpulan Perbankan Australia & New Zealand (ANZ) – RM62.8 juta

logo bank anz

Australia & New Zealand Banking Group (ANZ), sebuah syarikat usaha sama telah membayar RM62.8 juta untuk reka bentuk logo mereka.

Logo ini mempunyai huruf ANZ, yang mewujdukan gambaran pergerakan bersama-sama unsur grafik. Sebenarnya, jumlah keseluruhan yang dibayar bukanlah hanya dilaburkan untuk reka bentuk logo sahaja.

Ia adalah jumlah kempen pemasaran yang lebih besar yang bermula pada tahun 2010 dan berakhir pada tahun 2012.

Perlu diingatkan bahawa ANZ adalah bank yang terbesar di New Zealand dan ketiga terbesar di Australia, jadi jumlah ini tidak dianggap sebagai sesuatu yang tak masuk akal bagi mereka dalam usaha pelaburan terhadap kempen pemasaran.

4. Posten Norge – RM230 juta

logo posten norge

Kepentingan untuk memiliki logo yang baik tidak diambil mudah oleh perkhidmatan pos Norway di mana mereka telah membayar RM230 juta untuk logo yang digunakan ketika ini.

Selain daripada grafik, yang bukan reka bentuk Norway yang biasa, ia mempunyai kata-kata "Posten Norge", dengan perkataan "posten" yang bermaksud pengeposan.

Ia kelihatan seperti membayar wang yang tersangat banyak untuk sesuatu yang agak mudah dan ringkas, namun anda juga perlu tahu bahawa syarikat milik negara ini mempunyai hak tunggal untuk mengedarkan dan menghantar surat-surat yang beratnya kurang daripada 50 gram di seluruh Norway.

Logo baru Posten Norge diperkenalkan pada tahun 2008 dan kesemua pejabat pos di negara ini melalui penjenamaan semula di mana ia dianggap sebagai satu pelaburan yang baik.

3. Accenture - RM419 juta

logo accenture

Jika dilihatkan pada logo ini, ia tidaklah begitu kelihatan seperti logo sebaliknya lebih kepada tulisan. Namun, Accenture membayar sebanyak RM419 juta untuk logo mereka.

Ia terdiri daripada perkataan "Accenture", ditulis dengan huruf kecil dengan tanda aksen (">") di atasnya. Perkataan itu sendiri adalah adalah singkatan daripada frasa "aksen masa depan".

Accenture dipaksa menukar namanya dan menggunakan logo baru selepas keluar daripada Anderson Consulting Group dan membawa haluan sendiri.

Walaubagaimanapun, syarikat yang terkenal dengan penyumberan luar (outsourcing) ini telah mendapat kritikan berkenaan dengan logo Accenture, meskipun membayar dengan harga yang mahal.

Sesetengah orang mendakwa logo yang diringkaskan ini tidak memberikan maksud yang cukup. Walaupun rekabentuk yang sudah diperkemas, logo Accenture ini dipilih selepas 50 pilihan dan reka bentuk lain ditolak.

Accenture kini merupakan syarikat bereputasi tinggi dan logonya dikenali secara langsung dalam industri ini.

2. British Petroleum (BP) – RM880 juta

logo bp

Logo kedua termahal di dunia adalah oleh British Petroleum pada tahun 2000, di mana syarikat ini membayar sebanyak RM880 juta untuk sebuah logo.

Mereka memilih rekabentuk logo yang memaparkan bayang-bayang hijau dan kuning, yang mana mewakili dedikasi syarikat untuk menjadi lebih "hijau" atau mesra alam.

Walaubagaimanapun, apa yang membuatkan logo BP menjadi lebih mahal adalah kemelut besar yang melanda BP. Ya, ia merujuk kepada salah satu tumpahan minyak yang paling dahsyat dalam sejarah, di Teluk Mexico.

Logo BP adalah tersangat jauh menyimpang daripada apa yang diwakili syarikat ini. Lebih buruk, ia menjadi bahan ketawa dalam talian, dengan banyak logo BP palsu diubahsuai secara simbolik menjadi tumpahan minyak hitam.

Sejak itu, syarikat ini telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk mengawal kerosakan dan logo asal masih kekal digunakan.

1. Symantec - RM5.36 bilion

logo symantec

Dan logo yang termahal di dunia pernah dihasilkan menjad milik logo Symantec, dengan harga yang sangat tak masuk akal.

Menurut laporan, Symantec membayar sebanyak RM5.36 bilion untuk logo dan penjenamaan yang mereka gunakan ketika ini.

Jumlah ini tidak terbanding dengan kesemua logo dalam senarai ini.

Walaubagaimanapun, jumlah yang tersangat tinggi ini tidaklah begitu mengejutkan jika anda mengetahui fakta-fakta penting mengenainya. Salah satu pembelian yang dibuat oleh Symantec adalah membeli VeriSign.

Salah satu pembelian yang dibuat oleh Symantec ialah pengambilalihan VeriSign.

Mereka tidak hanya mendapat akses kepada idea dan sumber syarikat, tetapi juga kepada logo VeriSign, tanda cek yang terkenal, yang mana dengan bijaknya memasukkannya ke dalam logo Symantec.

Sekiranya anda tidak mengenali logo ini, ia mewakili tanda semak ("✓") untuk pengesahan sijil keselamatan (SSL) bagi laman sesawang.

Logo ini sangat penting jika anda mahu orang ramai mempercayai laman sesawang dalam talian atau laman e-dagang anda.

Oleh kerana tanda semak ini dikaitkan dengan kepercayaan, Symantec dikatakan sangat bijak dengan memilihnya ke dalam logo mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)