iluminasi kontroversi media malaysia7

Kontroversi yang melanda sebuah rancangan TV3 baru-baru ini, Sukan Tak Sentral sebenarnya bukan kontroversi pertama yang melanda stesyen televisyen negara kita. Sebelum ini pun, sudah pelbagai kontroversi sebenarnya melanda media kita yang menggemparkan seluruh negara. Berikut adalah beberapa kontroversi menarik yang telah berlaku di Malaysia melibatkan pihak media.

1. Peserta Clever Girl kurang clever.

iluminasi kontroversi media malaysia3

Pada awal tahun 2016, apabila ditunjukkan visual Mother Teresa, seorang peserta menjawab "Mahatma Gandhi" sedangkan Mahathma Gandhi langsung tidak ada dalam senarai jawapan yang diberikan. Kalaulah peserta Clever Girl dapat bersabar sementara menanti jawapan dibacakan dan jawapannya salah, tidak mengapa lagi. Tetapi apabila diberi jawapan yang tidak wujud dalam soalan berbentuk objektif, susah hendak diterangkan kenapa ia berlaku. Bermula dari itu, produser Clever Girl terpaksa memohon agar masyarakat berhenti mengkritik kualiti peserta dalam rancangan. Sampai produser sendiri kena minta tolong, memang dah kes parah dah untuk sebuah rancangan yang diberi tajuk "Clever Girl."

2. Rosnah Mat Aris minat lelaki muda

iluminasi kontroversi media malaysia5

Dalam sebuah rancangan bertajuk "Sensasi" yang disiarkan pada tahun 2007, apabila ditanyakan soalan mengapa Rosnah Mat Aris minat lelaki muda, beliau menyamakan dirinya dengan isteri Rasulullah saw. Siti Khadijah yang berkahwin dengan Rasulullah yang jauh lebih muda dari beliau. Selepas perkara itu menjadi kecoh, rancangan itu terus dibatalkan tayangannya. Rosnah Mat Aris pula digantung dari dibenarkan keluar televisyen selama setahun oleh stesyen milik kerajaan.

3. Faizal Tahir buka baju

iluminasi kontroversi media malaysia9

Pada satu konsert yang disiarkan secara langsung menerusi saluran 8TV dalam tahun 2008, Faizal Tahir telah menanggalkan bajunya ketika mengadakan persembahan. Berikutan kontroversi tersebut, Faizal Tahir digantung dari stesyen televisyen swasta selama 3 bulan. Pihak 8TV juga tidak dibenarkan membuat sebarang liputan secara langsung atau tertunda dalam bentuk hiburan selama 3 bulan.

4. New Straits Times siar karikatur Rasulullah saw.

iluminasi kontroversi media malaysia 921

Pada tahun 2006, pihak akhbar New Straits Times telah menerbitkan sebuah kartun yang didakwa menghina Rasulullah saw. dalam akhbarnya. Untuk memohon maaf atas ketelanjuran pada ketika itu, pihak NST telah memaparkan permohonan maaf mereka pada muka hadapan akhbar yang disiarkan secara tunggal tanpa dicetak sebarang berita lain. Tidak ada tindakan diambil ke atas pengurusan NST.

5. TV2 Siar Visual Nabi Nuh menyiapkan bahtera

iluminasi kontroversi media malaysia2

Pada tahun 2011, melalui rancangan "Mickey Mouse and Friends" yang disiarkan melalui slot pagi di TV2, mungkin ada pihak yang terlepas pandang, kartun itu memaparkan watak Nabi Nuh yang digambarkan sebagai seorang yang gempal, berjanggut panjang dan botak kepalanya berbincang bagaimana hendak menyiapkan bahtera bersama ahli keluarganya. Melalui kenyataan rasmi, TV2 menerusi RTM memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam meneliti isi kandungan rancangan yang akan disiarkan.

6. RTM Salah Sebut Pengikut Kumpulan Abu Sayyaf beragama Roman Katolik

iluminasi kontroversi media malaysia6

Dalam tahun 2016, oleh kerana berlaku kesilapan dalam penyediaan teks, pembaca berita membaca skrip yang menyebut "Abu Sayyaf, yang berpengkalan di pulau selatan Filipina, penganut Roman Katolik terkenal dengan menculik, membunuh dan mendera." Kesilapan itu sebenarnya agak mengejutkan kerana kumpulan Abu Sayyaf cukup terkenal sebagai kumpulan pejuang berpaksikan Islam. Pihak RTM telah melakukan permohonan dan mengemukakan salinan teks asal yang sepatutnya dibaca yang sepatutnya merujuk kepada Filipina yang majoritinya berpenduduk penganut Roman Katolik.

7. Iklan Hari Raya Kontroversi TV3

iluminasi kontroversi media malaysia3

Pada tahun 2010, TV3 cuba membawa sedikit kelainan apabila menggunakan pelbagai elemen dalam iklan promo hari raya mereka. Bagaimanapun, setelah masyarakat menganalisa video iklan tersebut, terdapat terlalu banyak elemen agama lain yang dimasukkan ke dalam iklan tersebut sehingga membuatkan iklan tersebut menyimpang dari tujuan asal. Iklan yang dikatakan menelan belanja 200 ribu ringgit itu akhirnya dihentikan tayangannya kerana terbukti iklan tersebut lari jauh dari tujuan asal meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Bagaimana? Banyak kan sebenarnya kontroversi yang melanda pihak media di negara kita atas kesilapan dan kecuaian kita sebagai manusia. Apa yang penting sebenarnya adalah mengingatkan diri kita yang kita tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Mungkin hari ini hari dia, esok-esok mungkin hari kita pula. Yang penting kita semua cubalah sedaya upaya menjaga tutur kata kita, bersama-sama.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)