Setiap tahun pada bulan Oktober, akan diadakan satu majlis penghormatan bagi pemberian Hadiah Nobel (Nobel Prize) bagi tokoh-tokoh seluruh dunia yang telah memberi sumbangan besar terutamanya dalam bidang kimia, fizik, literatur, keamanan, ekonomi dan perubatan.

Penerima anugerah ini akan menerima medal emas dan sejumlah wang sebagai hadiah. Pemilihan bagi penerima anugerah ini biasanya ditentukan oleh sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kontroversi mengenai pemilihan individu tertentu sebagai penerima anugerah ini.

1. Barrack Obama

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrach Obama menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2009, hanya kira-kira 9 bulan selepas beliau memegang jawatan itu. Ramai pihak mengkritik bahawa pemilihannya kurang tepat memandangkan beliau baru memegang jawatan itu dan tidak membawa banyak perubahan yang melayakkan beliau menerima anugerah ini.

Pada tahun 2015, bekas Pengarah Nobel Intitute, iaitu jawatankuasa yang menyelia dan menguruskan anugerah ini dikatakan menyesal atas pemberian anugerah ini kepada Obama. Menurut beliau dalam buku autobiografinya, mereka menyangka bahawa penganugerahan ini akan menguatkan lagi pengaruh Obama malangnya ia tidak berlaku.

Menurut beliau lagi, bukan sahaja pihak jawatankuasa tidak mencapai tujuan utama pemberian anugerah tersebut, malah rata-rata penyokong Obama sendiri mengatakan Obama belum layak untuk menerima anugerah yang dipandang tinggi itu.

2. Kesatuan Eropah

kesatuan eropah

Hadiah Nobel bukan sahaja boleh dianugerahkan kepada individu, tetapi juga sesebuah organisasi. Pada tahun 2012, pihak jawatankuasa Hadiah Nobel telah menganugerahkan Hadiah Keamanan Nobel kepada pihak Kesatuan Eropah atas usaha selama 6 dekad memperjuangkan keamanan, demokrasi dan hak asasi manusia di Eropah.

Ramai pihak mengkritik pemberian anugerah tersebut memandangkan Eropah mengalami pelbagai masalah ekonomi yang meruncing (contohnya krisis hutang Greek) dan pembabitan beberapa negara Eropah dalam menghasil dan menjual senjata api.

Bukan sahaja orang ramai, malah penerima-penerima terawal Hadiah  Keamanan Nobel seperti Desmond Tutut, Mairead Maguire dan Adolfo Perez Esquivel turut menandatangani surat terbuka yang memprotes penganugerahan ini. Menurut mereka, pemilihan Kesatuan Eropah ini jelas sekali becanggah dengan garis panduan yang diilhamkan oleh Alfred Nobel ketika mewujudkan anugerah ini.

3. Fritz Haber

fritz haber 492

Pada tahun 1918, Fritz Haber telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Kimia atas kejayaannya menghasilkan Proses Haber-Bosch, iaitu satu proses untuk menghasilkan ammonia dalam skala yang besar.

Penemuan ini penting memandangkan ammonia ini penting untuk penghasilan baja bagi memajukan industri pertanian. Kemajuan dalam industri pertanian akan menghasilkan lebih banyak makanan untuk orang ramai.

Ironinya, beliau juga merupakan saintis yang sama menghasilkan klorin gas yang digunakan sebagai senjata kimia dalam Perang Dunia Pertama. Malah, beliau turut mempertahankan tindakannya menggunakan gas beracun ketika era peperangan.

4. Alexander Fleming

fleming

Penicilin merupakan antara penemuan terpenting dalam bidang perubatan pada abad ke 20. Walau bagaimanapun, ketidakpastian bagaimana sebenarnya Alexander Fleming menemuinya menimbulkan keraguan tentang penganugerahan Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan kepada beliau pada tahun 1945.

Terdapat pengkritik yang mendakwa penemuan sedemikian pernah direkodkan pada tahun 1870-an. Malah, Alexander Fleming sendiri mengakui penemuan bakteria Penicillium notatum tersebut merupakan secara tidak sengaja akibat kecuaiannya.

Walau bagaimanapun, memandangkan namanya diberikan kredit untuk penemuan antibiotik pertama dunia ini, maka pihak jawatankuasa Hadiah Nobel beranggapan beliau layak menerimanya walaupun ianya adalah penemuan secara tidak sengaja.

5. Linus Pauling

linus pauling

Linus Pauling merupakan salah seorang daripada hanya 2 orang yang menerima Hadiah Nobel dalam pelbagai kategori. Seorang lagi adalah Marie Curie. Pada peringkat awal kariernya sebagai ahli kimia, beliau telah terlibat membangunkan beberapa senjata untuk tentera Amerika Syarikat.

Menyedari realiti dan kesan dahsyat sekiranya peperangan nuklear benar-benar berlaku, beliau berubah menjadi aktivis keamanan dan menyertai Albert Einstein dan beberapa lagi saintis hebat pada masa tersebut untuk mendesak kerajaan menghentikan ujian senjata nuklear.

Kempen keamanannya yang sangat proaktif dan ura-ura beliau menyertai komunis menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat menarik balik passportnya. Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1962 atas kempen anti senjata nuklearnya. Malangnya, beliau terus dikecam kerana dianggap sebagai tali barut komunis yang turut sama tidak mahukan peperangan nuklear.

Kredit:

  1. Time
  2. WikiPedia
  3. BBC
  4. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)