PlayStation adalah satu francais konsol yang boleh dikatakan paling terkenal di dunia. Agak aneh dan pelik jika anda tidak pernah mendengar nama konsol ini, terutamanya jika anda seorang yang berjantina lelaki.

Konsol ini menjadi peneman dan penghibur kepada semua generasi daripada kanak-kanak di sekolah rendah sehinggalah mereka yang bergelar bapa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

generasi playstation dari 1 hingga 4

Dan pujian harus diberikan kepada individu yang bertanggungjawab menjadikan PlayStation sebagai satu realiti, iaitu Ken Kutaragi yang diberi nama jolokan "bapa Playstation sedunia" atau "Father of PlayStation".

Kehidupan awal

Ken Kutaragi dilahirkan di Tokyo Jepun pada 12 Ogos 1950. Walaupun kedua ibu bapanya bukanlah dikategorikan sebagai orang berada menurut standard Jepun, namun mereka mampu memiliki perniagaan sendiri iaitu sebuah kilang percetakan di bandar.

Ketika membesar, ibu bapa Ken sering menggalakkan anak mereka untuk meneroka kebolehan mekanikalnya di kilang mereka. Ia membuatkan Ken secara tak langsung bekerja di kilang tersebut selepas sekolah setiap hari.

ken kutaragi kisah father of playstation 3 469

Selain daripada bekerja di kilang membantu ibu bapanya, Ken juga merupakan seorang yang rajin, pintar dan sering digambarkan sebagai pelajar "Straight A".

Sejak kecil lagi Ken sangat suka meleraikan alat permainannya untuk mengetahui cara mainan itu berfungsi. Rasa ingin tahu ini dibawa ke peringkat remaja yang membuatkan Ken mempelajari kerumitan elektronik.

Dan disebabkan minatnya terhadap elektronik, Ken menyambungkan pelajarannya di Universiti of Electro-Communications di  Chōfu, Toky dan dianugerahkan ijazah sarjana muda Elektronik.

Permulaan karier bersama Sony

ken kutaragi kisah father of playstation 3 175

Sejurus selepas tamat belajar, Ken mula bekerja untuk Sony di dalam makmal penyelidikaan digital. Walaupun keputusan ini dianggap sebagai radikal, namun Ken berasakan bahawa Sony sedang bergerak maju dengan pantas. Beliau dengan cepatnya mendapat reputasi sebagai seorang penyelesai masalah dan jurutera yang berfikiran ke hadapan.

Reputasi ini diperoleh beliau dengan bekerja dalam beberapa projek Sony termasuklah penghasilan awal LCD dan kamera digital.

Di penghujung tahun 1980-an, ketika sedang menonton anak perempuannya bermain Famicom (Family Computer) iaitu konsol keluaran Nintendo, Ken menyedari potensi yang ada pada permainan video itu. Pada ketika itu, para eksekutif Sony tidak begitu berminat dengan permainan video. 

famicom kisah father of playstation 3 Famicom Nintendo

Oleh itu, apabila Nintendo menyatakan hasrat bahawa mereka memerlukan cip bunyi gelombang untuk sistem 16-bit baru mereka, Ken tanpa ragu-ragu menerima tawaran Nintendo. Masih bekerja untuk Sony, Ken secara senyap merekabentuk dan menghasilkan cip SPC700.

Dan apabila perkara ini diketahui oleh para eksekutif Sony, mereka berasa sangat marah. Namun dengan bantuan Norio Ohga, CEO Sony pada ketika itu, Ken mampu meneruskan dan menyiapkan projek tersebut, serta masih bekerja untuk Sony.

Walaupun ketika bekerja dengan Nintendo, dalam masa yang sama untuk Sony, permainan video masih dianggap sebagai sesuatu yang tidak diminati. Meskipun suasana ketika itu seolah-olah seperti "bermusuhan" dengan permainan video, Ken berjaya memujuk Sony untuk membiayai penyelidikannya terhadap Sistem Super NES CD-ROM. 

norio ohga kisah father of playstation 3 CEO Sony, Norio Ohga

Usaha penyelidikan inilah yang menyumbang kepada penghasilan peranti yang dikenali sebagai "Play Station", sebuah konsol yang serasi dengan permainan Super Famicom dan perisian yang dikeluarkan dengan format yang baru dikenali sebagai SuperDisc.

Namun, kerjasama di antara Sony dan Nintendo gagal akibat perselisihan perlesenan. Dengan ini, Ken dan Sony membuat keputusan mengembangkan konsol mereka sendiri.

Ken memberitahu bahawa pada satu ketika beliau berjaga sepanjang malam untuk beberapa malam berturut-turut dalam usaha membina konsol ini, atas alasan kerja yang dilakukan sangat menarik.

ken kutaragi kisah father of playstation 7

Mesikpun penghasilan konsol ini diangap sebagai sesuatu yang berisiko oleh eksekutif Sony yang lain, namun sekali lagi Ken mendapat sokongan Norio Ohga. Usaha demi usaha dilakukan, akhirnya Sony telah melancarkan Playstation yang pertama, pada 3 Disember 1994. 

Kejayaan komersial penghasilan francais PlayStation menjadikan Sony Computer Entertainment sebagai jabatan Sony yaang paling menguntungkan.

Walaupun PlayStation ketika mana dilancarkan terpaksa berhadapan dengan saingan oleh konsol veterean seperti Nintendo dan Sega, namun PlayStation 1 telah menggantikan tempat konsol-konsol ini dan menjadi konsol yang paling popular pada zaman itu.

ken kutaragi kisah father of playstation 5

ken kutaragi kisah father of playstation 4

PlayStation 2 mengembangkan kejayaan Sony di generasi seterusnya, dan pada satu tahap, Sony memegang 65% daripada saham pasaran dengan sebanyak 100 juta unit PS2 dihantar ke seluruh dunia.

Ken diiktiraf oleh banyak syarikat penerbitan kewangan dan teknologi di atas kejayaan ini, terutamanya ketika beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada 100 orang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2004 dalam majalah TIME dan "Gutenberg of Video Games".

Sejak tahun 1997, Ken semenangnya dilihatkan sebagai orang yang paling layak menjadi presiden Sony yang akan datang. Hubungan beliau dengan CEO Norio Ohga juga sangat sihat yang banyak membantunya menghasilkan PlayStation. 

ken kutaragi kisah father of playstation 6 352

Pengganti Norio iaitu Noboyuki Idei telah menaikkan pangkat Ken kepada Timbalan Eksekutif Presiden, ketua pegawai eksekutif Sony-Global dan Naib Pengerusi pada tahun 2003.

Dan pada 30 November 2006, Ken telah digantikan sebagai Presiden Sony Computer Entertainment (SCEI) oleh Kaz Hirau yag juga Presiden SCE Amerika. Perubahan pengurusan Sony pada ketika itu juga melihatkan Ken dilantik sebagai Pengerusi SCE, dan mengekalkan kedudukannya sebagai CEO syarikat itu.

Ketika Ken Kutaragi mengumumkan perasaraannya pada April 2007, beliau sebaliknya diberikan jawatan pengerusi kehormat SCEI. Namun, setelah lebih 20 tahun berkhidmat untuk Sony, pada 29 Jun 2011, selepas proses rombakan pengurusan dilakukan, Sony telah mengumumkan perletakan jawatan Ken sebagai pengerusi kehormat SCEI.

ken kutaragi kisah father of playstation 0

Sejak itu, Ken kekal sebagai penasihat senior teknologi untuk Sony. Karier Ken Kutaragi tidak terhenti setakat itu sahaja yang mana kemudiannya beliau menjadi presiden dan CEO Cyber AI Entertainment serta dilantik sebagai lembaga pengaraah Kadokawa Group Holdings Inc, Nojima Corporation dan Rakuten Inc.

Pada tahun 2009, beliau menjadi profesor jemputan di Universiti Ritsumeikan, Kyoto.

Antara anugerah terbesar yang pernah diterima Ken adalah Lifetime Achievement Award di Game Developers Conference 2014.

Rujukan:

1. Notable Biographies

2. Reference For Business

3. NNDB




Hakcipta iluminasi.com (2017)