Tugas seorang pihak polis adalah untuk menjaga keamanan sesebuah komuniti malah negara. Namun, tak semuanya yang berbuat demikian.

Ramai pegawai polis yang berkhidmat dengan baik untuk masyarakat tetapi ada sesetengah daripada mereka yang menggunakan kuasa untuk membuli orang awam dengan kejam.

kes polis tersalah target

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lebih dahsyat, terdapat pihak polis yang menyalahgunakan kuasa sehingga menyebabkan orang awam yang tidak bersalah terbunuh.

iluminasi.com kongsikan 7 kisah menyedihkan individu tak bersalah dibunuh pihak polis.

7. Robert Ethan Saylor

robert ethan saylor

Robert Ethan Saylor adalah seorang lelaki berusia 26 tahun dengan masalah sindrom Down. Semasa menonton filem dengan pengasuhnya di sebuah pawagam, Robert mengamuk kerana dia mahu menonton filem itu buat kali kedua.

3 pegawai polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan untuk pawagam tersebut mengheret Robert dari tempat duduk dan bergelut dengannya.

Dalam pergelutan itu, peti suara Robert hancur kerana keganasan pihak polis, dan disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Pengasuh yang membawa Robert ke pawagam telah memberi amaran kepada pegawai-pegawai sebelum itu bahawa Robert akan terkejut jika dia disentuh.

Tetapi mereka mengabaikannya menyebabkan Robert terbunuh. Keluarga Robert menerima pampasan RM7.6 juta, tetapi lelaki yang membunuh Robert masih bebas.

6. Darrien Hunt

darrien hunt

Ketika Darrien Hunt  sedang terlibat dalam cosplay, seseorang menghubungi polis mendakwa bahawa dia bertindak mencurigakan dan memiliki senjata (pedang).

Pada asalnya, polis mendakwa bahawa Darrien menyerang mereka dengan senjata ketika mereka tiba dan mereka terpaksa menembaknya untuk melindungi diri.

Namun, keluarga Derrien tidak mempercayai cerita ini dan memutuskan untuk menjalani pembedahan autopsi yang menunjukkan bahawa Darrien telah ditembak di belakang sebanyak 6 kali.

Polis kemudiannya mengubah cerita mereka selepas hasil autopsi diketahui. Mereka menyatakan bahawa Darrien telah menyerang mereka dan kemudian melarikan diri, sebelum mereka menembaknya.

Video kejadian membuktikan bahawa Darrien melarikan diri, tetapi tidak ada bukti yang membuktikan dia menyerang pihak polis. Pegawai polis tersebut tidak disabitkan dengan sebarang jenayah.

5. John Crawford III

john crawford iii

Semasa lawatan membeli-belah, John Crawford III mengambil sepucuk pistol BB (pistol angin) dan seorang pelanggan lain yang melihat kejadian ini menghubungi pihak polis.

Pelanggan tersebut mendakwa bahawa John menghalakan pistol tersebut ke arahorang, tetapi rakaman keselamatan membuktikan ia tidak benar.

Polis memberitahu apabila mereka tiba di tempat kejadian, mereka mengarahkan John untuk meletakkan senjata itu. John dikatakan tidak menuruti arahan tersebut membuatkan dia ditembak sehingga mati.

John yang hanya berusia 22 tahun ketika itu dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil, sedang bercakap dengan isterinya ketika dia ditembak.

Pihak polis tidak dikenakan sebarang tuduhan jenayah dan peguam yang mewakili keluar John berkata bahawa keluarga John tersangat kecewa dan masih bersedih.

Dia juga menegaskan bahawa kelihatan seperti tidak ada jalan keluar dan tiada apa yang akan dilakukan melalui sistem keadilan jenayah, seolah-olah mereka yang menembak dapat lari daripada kesalahan membunuh. 

4. Donnell Thompson

donnell thompson

Donnell Thompson menghadiri kelas di kolej tempatan untuk orang yang kurang upaya mental. Dia digambarkan oleh keluarganya sebagai seorang lelaki yang manis dan lembut.

Atas alasan yang tidak diketahui, Donnell berbaring di halaman di depan rumah orang yang tak dikenali. Seorang jiran menelefon polis dan bimbang bahawa ia mungkin berkaitan dengan kes curi kereta yang berlaku pada ketika itu.

Mereka juga bimbang bahawa Donnell mungkin mempunyai senjata kerana mereka tidak dapat melihat salah satu tangannya. Tetapi ini kemudian dibuktikan hanya tuduhan tak tidak benar.

Apabila polis tiba, Donnell dilaporkan tidak bertindak balas terhadap perintah mereka. Mereka akhirnya menembak bom silau berhampiran dengannya.

Kemudian, Donnell melarikan diri ke arah sebuah kenderaan berperisai dan polis mendakwa bahawa dia meletakkan tangannya di pinggangnya semasa berlari.

Salah seorang anggota pasukan SWAT akhirnya menembak Donnell sebanyak dua kali dan dia disahkan mati di tempat kejadian.

Keluarganya diberikan RM6 juta sebagai pampasan di atas kematiannya.

3. Daniel Shaver

daniel shaver

Daniel Shaver tinggal di sebuah hotel di ketika dalam lawatan kerja untuk syarikat kawalan perosak miliknya. Ketika di sana, dia kelihatan menunjuk-nunjuk senapang angin yang digunakan untuk membasmi burung.

Seorang saksi yang melihat situasi ini kemudiannya menghubungi polis. Pegawai yang tiba, Charles Langley memberikan arahan yang sangat aneh dan rumit untuk diikuti.

Daniel diarahkan untuk meletakkan tangannya di atas kepala, silangkan kaki dan berjalan menggunakan lutut ke arah pegawai tersebut. Ketika menjerit arahan ini, Charles mengancam Daniel dengan kematian.

Dia berkata, "Dengar arahan saya atau ini akan menjadi sesuatu yang tidak menyenangkan untuk anda,". Ketika Charles berteriak, Daniel merayu agar dirinya tidak ditembak, berkata "Tolong jangan tembak saya,".

Charles kemudiannya memberikan perintah terakhir untuk merangkak ke arahnya sambil meletakkan tangan di udara.

Tetapi Daniel merangkak dengan kedua-dua tangannya di atas tanah, membuatkan pegawai kedua, Philip Mitchell Brailsford menembaknya sehingga mati.

2. Keith Vidal

keith vidal

Pada 5 Januari 2014, Keith Vidal, 18, mengalami episod skizofrenia di mana dia mengancam ibunya dengan pisau.

Melihat kejadian ini, bapanya menghubungi pihak polis. Ketika dua pegawai pertama tiba, mereka berjaya menenangkan keadaan.

Semuanya aman sehingga pegawai ketiga bernama Bryon Vassey memasuki rumah tersebut.

Menurut saksi, Vassey Bryon , "Kita tak ada masa nak layan semua ini. Tembak dia sekarang (guna taser) dan bawa dia pergi dari sini,".

Keith cuba untuk berlari tetapi ditembak menggunakan taser. Ketika rebah di lanta, remaja ini ditembak dengan pistol. Abang Keith berkata, "Kami bersatu bersama dan kami akan menceritakan kisah ini kepada umum kerana adik saya dilayan dengan begitu teruk,".

1. Aiyana Stanley-Jones

aiyana stanley jones 3

Aiyana Stanley-Jones hanya berusia 7 tahun ketika pegawai polis bernama Joseph Weekly melakukan satu serbuan yang gagal, sehingga membunuh kanak-kanak ini.

Joseph mendakwa bahawa pistolnya tertembak dengan sendiri ketika berkelahi dengan nenek Aiyana. Akan tetapi, nenek Aiyana menafikan bahawa mereka bergaduh, dan cerita ini disokong oleh seorang lagi pegawai polis.

Kisah serbuan ini difilemkan untuk rancangan televisyen The First 48. Keluarga Aiyana percaya bahawa pihak polis lebih memberikan perhatian kepada bagaimana mereka kelihatan dalam rancangan tersebut berbanding daripada melakukan kerja-kerja polis.

Joseph disabitkan dengan kesalahan membunuh secara tak sengaja. Namun, walaupun seorang lagi pegawai polis memberi keterangan dalam kes ini, pihak juri gagal untuk memutuskan Joseph bersalah.

Ini membawa kepada perbicaraan yang tidak meyakinkan kerana berlakunya kesilapan dalam prosiding. Ketika perbicaraan kedua berlangsung dengan pertuduhan yang dikurangkan terhadap Joseph, sekali lagi kesilapan berlaku.

Pihak pendakwa memutuskan untuk tidak meneruskan perbicaraan ketiga, dan kes itu ditolak. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)