Sejak kebelakangan ini, ramai golongan muda yang mula berjinak-jinak dengan permainan drone. Dengan harga semurah ratusan ringgit, ianya mudah dibeli oleh sesiapa sahaja. Malangnya, banyak kejadian yang tidak diingini telah dilaporkan di seluruh dunia yang berpunca daripada penggunaan drobe ini.

Disebabkan beberapa kemalangan inilah kerajaan di beberapa buah negara telah memperkenalkan undang-undang penggunaan drone bagi langkah keselamatan. Kali ini kami ingin berkongsi beberapa kejadian kontroversi yang disebabkan oleh permainan drone ini.

1. Kemalangan atlit disebabkan drone

penggunaan drone dalam sukan

Kini ramai videografer memilih drone sebagai peralatan tambahan untuk merakamkan aktiviti sukan. Dalam satu pertandingan triathlon di Australia, sebuah drone yang digunakan untuk merakamkan video pertandingan itu telah terhempas dan terkena seorang atlit, Raija Ogden. 

Akibat kemalangan ini, beliau mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa dijahit. Walau bagaimanapun, pemilik drone tersebut Warren Abrams berkata kemalangan itu bukanlah disebabkan kecuaian dirinya sebaliknya mendakwa ia terjadi kerana salah seorang penonton disitu telah mencuri alat kawalan jauh miliknya. Disebabkan kejadian ini, pihak berkuasa Australia, Civil Aviation Safety Authority telah menetapkan setiap drone yang digunakan mestilah berada pada jarak minimum 30m daripada manusia.

2. Penggunaan drone untuk menyeludup dadah di sempadan negara 

penyeludupan dadah guna drone

Guna drone untuk seludup dadah? Ya itulah yang berlaku di sempadan negara Mexico dan Amerika Syarikat. Dalam sati kejadian, polis Mexico telah menemui sebuah drone yang terhempas di sebuah tempat meletak kereta berhampiran sebuah pasar raya.

Apabila diperiksa, pihak polis menemui 6 paket dadah dipercayai jenis methamphetamine yang diikat pada drone tersebut. Bagi mengelakkan drone tersebut daripada dikesan, aktiviti penyeludupan itu didakwa dilakukan pada waktu malam. Penggunaan drone menjadi pilihan memandangkan pihak yang terlibat sukar dikesan kerana mereka boleh mengawal drone tersebut daripada tempat yang jauh dan tersorok.

3. Drone hampir melanggar kapal terbang Airbus A320

lapangan terbang heathrow

Apabila berada dalam penerbangan, kapal terbang adalah objek yang sensitif. Sebaranga gangguan yang mengakibatkan kerosakan kecil kepada badan pesawat boleh mengakibatkan kemalangan.

Dalam satu kejadian yang dilaporkan pada 2014 yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, sebuah drone didapati hampir melanggar sebuah pesawat Airbus A320 yang sedang membuat pendaratan. Pihak berkuasa British, Civil Aviation Authority (CAA) telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai rating A, iaitu kes yang sangat serius.

4. Penggunaan drone untuk menyeludup dadah ke dalam penjara

penghantaran dadah guna drone ke dalam penjara

Terdapat juga laporan mendakwa drone juga telah digunakan sebagai medium untuk menghantar dadah ke dalam penjara. Inilah yang telah berlaku di sebuah penjara di Quebec, Kanada. Pada awalnya, pihak pengawal penjara telah mengesan sebuah drone memasuki tembok penjara dengan membawa satu bungkusan kecil.

Malangnya, mereka tidak berjaya menemui bungkusan tersebut yang dipercayai mengandungi dadah. Dadah tersebut dipercayai dihantar oleh sebuah kumpulan gangster kepada ahli mereka yang berada dalam penjara tersebut. Kes penghantara dadah menggunakan drone ini juga dilaporkan pernah berlaku di Dublin dan South Caronlina, Amerika Syarikat.

5. Kegiatan pengintipan kawasan sensitif

drone untuk aktiviti pengintipan

Penggunaan drone secara berluasa juga sebenarnya mendedahkan kawasan-kawasan tertutup dan persendirian daripada aktiviti pengintipan. Antara kawasan sensitif yang mesti dilindungi daripada aktiviti pengintipan ini termasuklah kawasan bangunan kerajaan dan kawasan kem tentera.

Bagi membendung aktiviti pengintipan ini juga, beberapa kawasan sensitif milik kerajaan di luar negara telah dilengkapi dengan teknologi atau senjata anti-drone yang oleh menjatuhkan atau mencuri kawalan terhadap sesuatu drone yang didapati memasuki ruang udara kawasan yang dilindungi tanpa keizinan.

5 kes atau kejadian di atas hanyalah segelintir daripada kemalangan yang berlaku disebabkan oleh drone di seluruh dunia. Disebabkan kes-kes seperti inilah kerajaan Malaysia juga telah memperkenalkan undang-undang penggunaan drone di Malaysia bagi menjaga keselamatan orang awam.

Kredit:

  1. BBC
  2. Foxnews
  3. The Verge
  4. CNet
  5. International Business Times

tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)