Beberapa tahun yang lalu, seorang lelaki Vietnam-Australia bernama Phuc Dat Bich memuat naik gambar pasportnya di Facebook dan menulis aduan mengenai penggantungan Facebook berterusan terhadap akaunnya.

Facebook beranggapan bahawa akaunnya adalah palsu kerana nama Phuc Dat Bich kedengaran agak tak masuk akal untuk diberikan kepada manusia.

Bagi yang memahami akan tahu apa maksudnya, tapi tak perlu untuk diterjemahkan kerana terlalu lucah. Insiden itu menjadi tajuk utama antarabangsa dan dilaporkan oleh beberapa agensi berita terkemuka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

passport phuc dat bich

Lelaki itu kemudiannya mendedahkan bahawa namanya bukan Phuc Dat Bich dan Facebook tidak pernah menggantung akaunnya.

Semua yang timbul adalah semata-mata satu penipuan. Namun, dia masih boleh berasa seronok dan bertuah, kerana tidak benar-benar mengalami masalah disebabkan nama sendiri.

Bagi yang lain, nama mereka bukanlah satu jenaka tetapi telah menyebabkan mereka mengalami masalah yang serius. iluminasi.com kongsikan 6 nama yang memberikan masalah besar kepada pemiliknya. 

1. Osama bin Laden

osama bin laden

Seorang budak lelaki Iraq telah menyedari akibat mempunyai nama yang salah selepas dia dan keluarganya menerima ancaman bunuh. Ini disebabkan dia berkongsi nama dengan Osama bin Laden.

Apabila menyebut nama Osama bin Laden, pasti semua orang merujuk kepada tak lain dan tak bukan, bekas pemimpin Al-Qaeda.

Osama bin Laden yang malang itu dilahirkan di Alexandria, Iraq, pada tahun 2002. AS menyerang Iraq setahun kemudian, menandakan permulaan kepada masalah dalam hidup mereka.

Dia tidak dapat meninggalkan rumahnya, bahkan tak dibenarkan bersekolah kerana namanya. Dia juga terpaksa tidak menyertai kelab-kelab sukan dan sentiasa terpaksa menjelaskan siapa dirinya apabila melalui pusat pemeriksaan.

Situasi menjadi semakin buruk sehinggakan keluarganya menerima ancaman bunuh, membuatkan memaksa mereka melarikan diri ke Baghdad.

Beberapa percubaan untuk menukar namanya gagal. Kemudian Qassim al-Araji, Menteri Dalam Negeri Iraq, mendengar nasibnya dan menawarkan untuk membantu menukar namanya kepada Ahmed Hussein.

Malangnya, budak lelaki bernama Osama bin Laden telah maut akibat direnjat arus elektrik, empat hari sebelum kertas pengenalan yang membawa namanya baru tiba.

Penerbitan dalam talian melaporkan kematiannya dengan tajuk "Osama bin Laden Dibunuh di Iraq."

2. Saddam Hussain

saddam hussein

Seorang jurutera dari India yang dikenali sebagai Saddam Hussain telah ditolak oleh 40 buah syarikat dengan tanpa alasan lain, melainkan berkongsi nama dengan pemimpin Iraq, Saddam Hussein.

Saddam Hussain versi India ini mempunyai nama keluarga yang disebut "Hussain" (dengan "a"), yang tidak sama dengan diktator Hussein akhir zaman (dengan "e").

Tetapi itu tidak membawa apa-apa erti kepada calon majikannya. Saddam Hussain kemudian menukar namanya kepada Sajid Hussain, tetapi ia hanya memburukkan lagi masalah kerana ia sekaligus membatalkan sijil pendidikannya.

Saddam Hussain bukanlah satu-satunya individu yang menghadapi masalah kerana berkongsi nama dengan bekas pemimpin Iraq itu. Seorang lagi Saddam Hussein-yang mempunyai nama 100% sama dengan bekas pemimpin Iraq dan juga merupakan warganegara Iraq, telah ditangkap dan hampir-hampir dibunuh oleh militia Iraq, kerana namanya. 

Seorang budak lelaki bernama Saddam Hussein juga sering diejek da  dibuli di sekolah, sementara seorang lelaki dipecat dari pekerjaannya setelah dituduh sebagai anggota parti Ba'ath. Buktinya? Dia telah menamakan Saddam Hussein anaknya.

Juga di Iraq, Saddam Hussein yang lebih malang telah mengalami masalah lama sebelum Saddam Hussein (presiden) digulingkan dari kuasa.

Oleh kerana nama budak lelaki itu, para guru sekolahnya meletakkan standard lebih tinggi berbanding pelajar lain. Dia akan diberikan hukuman yang sangat berat jika prestasinya tidak memuaskan.

Cuba untuk melakukan sesuatu agar dirinya dihargai, Saddam Hussein ini telah menyertai pasukan tentera. Namun ia memberikan masalah yang lebih besar selepas seorang pegawai tentera menyerangnya kerana mencemarkan dan berani untuk berkongsi nama dengan diktator Saddam.

Perkara menjadi semakin buruk selepas diktator Saddam kehilangan kuasa pada tahun 2003. Saddam (tentera) cuba untuk mengubah namanya pada tahun 2006 tetapi tak mampu membayar kosnya dan masalah yang berkaitan.

3. Adolf Hitler

keluarga isidore heath campbell

Seorang lelaki di Amerika Syarikat telah dipenjarakan setelah menamakan sekurang-kurangnya lima daripada anaknya dengan nama Adolf Hitler, bangsa Aryan, Heinrich Himmler (seorang pegawai tertinggi Parti Nazi), dan teman wanita Hitler, Eva Braun.

Nama anak-anaknya dikenali sebagai Adolf Hitler Campbell, JoyceLynn Aryan Nation, Honszlynn Hinler Jeannie, Heinrich Hons, dan Eva Braun.

Lelaki tersebut, yang dahulu dikenali sebagai Isidore Heath Campbell, menyempurnakan penamaan nama keluarga mereka dengan menamakan dirinya Isidore Heath Hitler.

isidore heath campbell

Huruf hadapan namanya yang baru iaitu I.H.H., dipercayai bermaksud "I Hail Hitler." Keluarga ini mendapat perhatian nasional selepas sebuah pasar raya enggan menulis nama Adolf Hitler yang berusia tiga tahun di atas kek hari jadinya.

Pihak berkuasa kemudian telah meletakkan kanak-kanak tersebut di bawah penjagaan khas atas apa yang mereka nyatakan sebagai "penderaan domestik" dan menghantar Heath ke penjara atas tuduhan keganasan rumah tangga.

Heath melalui hukuman penjaranya tetapi kembali ke mahkamah dalam usaha untuk menuntut kembali anak-anaknya dengan memakai pakaian seragam Nazi.

4. Harry Baals

harry baals

Bandar Fort Wayne, Indiana mengalami satu situasi yang sangat janggal apabila ia meminta para penduduk tempatan untuk mengundi memilih nama baru kepada bangunan pentadbiran bandar.

Kebanyakan penduduk mengundi bangunan itu untuk dinamakan sempena nama Harry Baals, bekas datuk bandar Fort Wayne selama 4 kali yang meninggal dunia di dalam pejabatnya pada tahun 1954.

Ini menyebabkan masalah bagi pegawai bandaraya yang tidak bersedia menamakan bangunan itu bersempena bekas Datuk Bandar, walaupun mereka tak mempunyai apa-apa masalah dengan bekas datuk bandar tersebut.

Apa yang menimbulkan masalah adalah nama keluarganya, Baals, disebut sebagai "Balls" yang bermaksud "telur/skrotum". Malah, nama hadapan beliau juga langsung tidak membantu, di mana Harry kedengaran seperti "hairy" yang bermaksud berbulu.

Ini sekaligus memberikan nama bangunan baru itu sebagai "telur berbulu", yang akan membuatkan majlis bandaraya bandar itu menjadi bahan ketawa seluruh negara.

5. James Bond

james bond sebenar

James Bond, watak seorang ejen Perkhidmatan Rahsia British fiksyen dalam novel-novel pengintip Ian Fleming, dinamakan bersempena nama sebenar seseorang yang dikenali sebagai James Bond.

James Bond sebenar adalah ahli sains (ahli sains burung) yang bekerja di Akademi Sains Semulajadi Philadelphia dari tahun 1920-an hingga 1989.

James Bond yang sebenar juga menulis beberapa buah buku tentang burung-burung yang dikajinya. Salah satu daripada buku tersebut ialah Bird of the West Indies (1936), di mana Ian Fleming meminjam nama saintis untuk watak fiksyennya.

Ian Fleming mahukan satu nama yang agak suram dan membosankan untuk wataknya, dan kehidupan nyata James Bond mempunyai nama yang sempurna.

Walau bagaimanapun, James Bond sebenar tidak begitu menyukai dengan cara pengintip fiksyen yang mempopularkan namanya.

Malah, pakar ornithologi ini mula kelihatan seperti peniru. Dalam satu insiden di lapangan terbang, beliau telah ditahan oleh pegawai yang memberitahunya bahawa pasportnya palsu kerana ia mempunyai nama James Bond, yang mana mereka anggap sebagai palsu. 

6. Isis Anchalee

isis anchalee

Isis adalah satu nama yang biasa untuk anak-anak gadis di Amerika Syarikat, sehinggalah kumpulan pengganas ISIS muncul.

Pada tahun 2014, kedudukan nama Isis jatuh dari yang paling biasa, dari kedudukan ke-705 kepada ke-1770. Seorang wanita bernama Isis Anchalee telah menerima akibat yang pahit kerana berkongsi nama dengan kumpulan pengganas selepas Facebook mengharamkannya kerana disyaki menjadi pengganas.

Dia hanya mendapatkan semula akses ke akaunnya selepas menyerahkan foto pasportnya sebanyak tiga kali. Manusia bukan satu-satunya yang terperangkap dalam penamaan Isis.

Beberapa perniagaan bernama Isis mengalami penjualan yang lemah dan gangguan yang semakin meningkat, memaksa ramai untuk mengubah nama syarikat mereka.

isis anchalee 2

Pemilik Isis Nails di New York City kerap kali diganggu dan sering diingatkan bahawa ISIS memotong kepala orang. Syarikat tersebut juga menyaksikan penurunan jualan sebanyak 30 peratus, memaksa dia mengubah nama perniagaannya.

Sebuah syarikat pembuat coklat Belgium, yang telah menukar nama dari Italo Suisse ke Isis, dengan cepat menukar nama sekali lagi kepada Libeert selepas syarikat itu juga mengalami kerugian dari segi jualan yang serius.

Isis Pharmaceuticals menukar namanya kepada Ionis Pharmaceuticals, manakala beberapa watak dan agensi TV yang mengandungi nama Isis telah tidak lagi digunakan.

isis anchalee nama pelik

Rujukan:

1. Business Insider

2. DW

3. ABC News




Hakcipta iluminasi.com (2017)