Ketika seluruh Malaysia sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka semakin ramailah rakyat Malaysia yang memilih untuk memuat turun aplikasi TikTok bagi mengelakkan kebosanan melampau kerana terperap lama dalam rumah.

Secara tiba-tiba, populariti aplikasi yang dahulunya sering dikecam oleh kebanyakan orang Malaysia kerana banyak memaparkan video-video yang tidak berfaedah meningkat naik. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi yang tidak tahu, aplikasi Tiktok sebenarnya turut mengandungi bahan-bahan berfaedah seperti video masakan, pembelajaran dan sebagainya. Dek kerana ianya dimonopoli oleh ramai pengguna golongan bawah umur, maka sebahagian besar daripada kita menyangka TikTok mesti ditolak seratus peratus.

Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk mempromosi atau menghalang anda menggunakan TikTok, sebaliknya sekadar berkongsi 7 kes kontroversi yang pernah melibatkan aplikasi ini. Diharapkan ianya dapat membantu anda membuat penilaian lebih mendalam sama ada aplikasi ini wajar digunakan ole anda dan anak-anak anda atau tidak.

1. TikTok memadam perkongsian oleh pengguna OKU, berbadan besar dsbnya.

diskriminasi tiktok

Tidak seperti aplikasi media sosial yang lain, TikTok pernah menindas golongan OKU, berbadan besar, austism dan seumpanya yang menurut mereka boleh terdedah kepada pembulian siber.

Mereka boleh bertindak sesuka hati menghalang video yang dikongsi oleh pengguna-pengguna ini daripada muncul di newsfeed pengguna lain. Turut terkesan adalah pengguna yang meletakkan tanda pagar #fatwoman,  #disabled dan seumpamanya di profail akaun mereka.

Salah seorang pengguna yana terkesan adalah Miss_Anni21, 21 tahun yang mengakui dirinya berbadan besar dan memiliki 23,000 pengikut di laman tersebut mengatakan beliau gemar berkongsi video-video positif dan memberi motivasi kepada pengikutnya. Tindakan TikTok ini dianggap sebagai satu diskriminasi kepada golongan sepertinya.

2. TikTok mencuri data peribadi pengguna Amerika Syarikat dan menghantar ke server di China

data tiktok 700

Dimiliki oleh syarikat ByteDance yang berpangkalann di China, syarikat itu mengatakan mereka tidak menyimpan data peribadi pengguna Amerika Syarikat di server di China. Walau bagaimanapun, satu saman di mahkamah dibuat kerana syarikat tersebut didapati berbuat demikian dengan mengguna beberapa server milik Tencent dan Alibaba yang terletak di China.

Dalam satu kes lain, Misty Hong, seorang pelajar di California telah menyaman TikTOk kerana mendakwa TikTok telah mencuri datanya tanpa kebenaran. Beliau dikatakan telah memuat turun aplikasi tersebut tetapi tidak pernah mendaftarkan akaunnya.

Beberapa bulan kemudian, beliau dapati syarikat TikTok secara senyap telah membuat 1 akaun atas namanya. Malah, aplikasi tersebut turut mencuri sebuah draf video yang dibuatnya namun tidak pernah memuat naik video itu di aplikasi tersebut.

3. TikTok membayar denda $5.7 juta kerana mengumpulkan data peribadi kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa 

federal trade commission

ByteDance, pemilik TikTok telah bersetuju membayar sebanyak $5.7 juta kepada  Federal Trade Commission atas tuduhan mengumpul data peribadi kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah.

Walaupun TikTok mengatakan mereka tidak membenarkan kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah mendaftar akaun di aplikasi tersebut, didapati masih ramai kanak-kanak yang menggunakan aplikasi tersebut tanpa kebenaran atau pengawasan ibu bapa.

Tindakan TikTok ini telah melanggar akta Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA) 1998 yang menghalang syarikat tersebut daripada mengumpul data peribadi kanak-kanak ini tanpa kebenaran ibu bapa.

4. TikTok cuba menyembunyikan berita protes di Hong Kong

protes hong kong

Sebagai sebuah syarikat yang berpangkalan di China, tidak dapat dinafikan syarikat ini mungkin juga dipengaruhi atau mendapat arahan khusus daripada kerajaan China. Perkara ini mungkin dapat dilihat ketika peristiwa protes di Hong Kong tidak lama dulu.

Carian mengenai video-video protes di TikTok dikatakan cuba dipadam oleh pihak TikTok, dipercayai atas arahan kerajaan China untuk menyembunyikan realiti sebenar yang berlaku di Hong Kong.

Tiga tanda pagar popular ketika peristiwa tesrebut adalah #antielab, #HongKongProtests dan #HongKongProtestors yang menunjukkan ratusan ribu hasil carian di Twitter dan Instagram hanya menunjukkan beberapa video tidak berkaitan dengan peristiwa protes di Hong Kong dalam aplikasi TikTok.

5. TikTok memudahkan kanak-kanak menjadi mangsa pedofilil

tiktok pedofil

Dalam satu kajian yang dilakukan, 60 peratus daripada pengguna yang membuat siaran langsung di aplikasi TikTok adalah pengguna 12 tahun kebawah dan suku daripadanya adalah berumur 10 tahun ke bawah.

Tanpa tetapan sekuriti aplikasi yang betul, pengguna boleh berkongsi apa sahaja perkara melaui video yang dipaparkan secara siaran langsung, seterusnya mendedahkan kanak-kanak ini kepada "pemangsa" iaitu golongan pedofil yang bijak mengambil kesempatan dengan menggunakan cara halus memujuk kanak-kanak ini.

6. TikTok boleh menggunakan data peribadi pengguna sesuka hati mereka

tiktok curi data

Kebiasaannya apabila mendaftarkan akaun di mana-mana laman sosial, kita jarang membaca dan meneliti terma dan syarat yang dipersetujui memandangkan ianya terlalu panjang. Tanpa berlengah, kita terus klik setuju tanpa mengetahui implikasinya.

Dalam halaman privasi TIkTok, mereka menjelaskan dengan mendaftar, pengguna bersetuju membenarkan TikTok menggunakan apa sahaja data termasuk lokasi dan informasi yang dimuatkan dalam laman Facebook dan Instagram (sekiranya pengguna menghubungkan kedua aplikasi ini dengan TikTok).

7. TikTok diharamkan penggunaannya dalam kalangan tentera laut Amerika Syarikat

bahaya tiktok

Pihak Angkatan Tentera Laut  Amerika Syarikat telah mengeluarkan arahan pengharaman aplikasi tersebut digunakan pada telefon pintar yang diberikan oleh kerajaan atas alasan ianya merupakan satu ancaman siber.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pengguna peranti mudah alih yang dikeluarkan kerajaan yang menggunakan TikTok dan tidak membuang aplikasi tersebut akan disekat daripada mengakses sistem Intranet Corp Marine Corps.  

Kredit:

  1. Slate
  2. BBC
  3. Vox
  4. Washington Post
  5. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)