Serangga sering dilihat sebagai makhluk yang menggelikan atau menakutkan. Malah, tidak kurang juga yang menganggap serangga sebagai makhluk perosak di atas muka bumi. Namun, tahukah anda bahawa serangga sebenarnya mempunyai fungsi dan peranan yang unik untuk menngekalkan keseimbangan ekosistem di dunia ini?

Lipas misalnya, sering dilihat sebagai haiwan yang menggelikan dan kotor. Namun, mungkin ramai yang tidak tahub bahawa haiwan kecil ini mempunyai fungsi yang penting dalam rantaian makanan haiwan. Perkara ini pernah kami tulis dahulu dalam artikel Apa Akan Jadi Sekiranya Semua Lipas Pupus?.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Serangga terbesar yang pernah dijumpai pada zaman moden ini adalah seekor weta raksasa yang ditemui di New Zealand. Saiznya? Tiga kali lebih besar daripada seekor tikus dan mampu memakan keseluruhan lobak merah. Kali ini kami ingin berkongsi 7 serangga gergasi yang wujud di atas muka bumi ini.

1. Giant Weta

giant weta

Berassal  dari tanah New Zealand, serangga ini adalah pepijat besar yang berasal  dari keluarga cengkerik. Weta gergasi terbesar yang ditemui mempunyai berat lebih daripada 70 gram, menjadikannya antara serangga paling berat di dunia. 

Serangga ini juga mempunyai tubuh yang panjang, dengan badan berukuran 4 inci tidak termasuk kaki dan antena. Kerana raksasa ini hanya terdapat di pulau-pulau, mereka adalah contoh kesan gigantisma pulau yang sangat baik.

Sebilangan besar populasi Giant Weta telah menurun sejak manusia mula meneroka kawasan hutan dan persekitaran New Zealand. Spesis Giant Weta dilindungi oleh undang-undang kerana dianggap berisiko pupus. 

2.  Titanus giganteus

kumbang gergasi

Titanus giganteus atau Titan beetle merupakan salah satu spesis kumbang terbesar dunia. Saiz terbesar yang ditemui adalah berukuran 16.7 cm panjang.

Serangga ini dipercayai berasal dari hutan Amazon dan terdapat di hutan hujan di Venezuela, Colombia, Ecuador, Peru, Guianas dan Brazil Utara.

Larva serangga ini tidak pernah dijumpai, tetapi dipercayai memakan makanan di dalam kayu dan mungkin memerlukan beberapa tahun untuk mencapai ukuran penuh sebelum mereka dewasa. Kumbang ini juga dipercayai memakan kayu yang reput di bawah tanah.

3. Rama-rama Atlas

rama rama atlas

Spesis serangga ini boleh ditemui di bahagian Kepulauan Melayu. Serangga bersaiz burung ini dianggap sebagai rama-rama terbesar di dunia. Spesis ini begitu besar sehingga kepompong mereka kadang-kadang digunakan sebagai dompet di Taiwan.

Habitat serangga ini adalah hutan tropika kering, hutan sekunder dan kawasan tebal di seluruh Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara, termasuk Borneo. Luas sayapnya boleh berukuran 60 inci persegi dan lebar sayapnya boleh berukuran sekurang-kurangnya 1 kaki.

4. Giant Burrowing Cockroach

lipas gergasi

Takut dan geli dengan lipas? Mungkin Giant Burrowing Cockroach lebih menggerikan. Serangga ini juga dikenali sebagai lipas rhinoceros dan merupakan lipas terberat di dunia. 

Walaupun daripada keluarga lipas, spesis ini tidak mempunyai sayap dan tidak dianggap sebagai serangga perosak. Serangga ini mempunyai peranan penting dalam ekosistem dengan menghancurkan daun-daun mati. Malah, ada segelintir peminat haiwan eksotik menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. 

Lipas ini berasal dari Australia dan kebanyakannya terdapat di kawasan tropika dan subtropika di Queensland. Lipas ini adalah spesies lipas paling berat di dunia dan beratnya boleh mencapai 30 - 35 gram dan panjangnya hingga 7.5 - 8 sentimeter.

5. Tarantula Hawk

tarantula hawk

Serangga Tarantula Hawk ini sangat besar dan ganas sehingga mampu memburu dan memakan tarantula lain.

Kakinya mempunyai kait di hujung yang digunakan untuk mengikat mangsa mereka, dan penyengat mereka (yang boleh tumbuh sepanjang sepertiga inci) dikatakan sebagai antara yang paling menyakitkan di dunia.

Serangga ini menggunakan sengatan mereka untuk melumpuhkan mangsanya sebelum menyeretnya ke sarang sebagai makanan. Kemudian, sebiji telur diletakkan di atas mangsa akan menetas menjadi larva yang menjadikan mangsa yang masih hidup sebagai sumber makanan.

6. Kumbang Goliath

kumbang goliath 751

Berdasarkan berat dan saiznya, kumbang Goliath layak untuk mendapat gelaran antara serangga terbesar di Bumi. Berasal dari Afrika, spesis jantan dari spesies ini dapat membesar hingga lebih dari 4 inci dan beratnya boleh mencapai 100 gram.

Walaupun serangga ini dipercayai memakan tumbuh-tumbuhan ketika hidup liar, ianya telah menunjukkan selera makan makanan berprotein tinggi apabila berada dalam kurungan. Oleh itu, kumbang yang dibela dalam makmal sering diberi makanan anjing dan kucing. 

Kumbang Goliath berukuran dari 60 - 110 milimeter untuk jantan dan 50 – 80 milimeter untuk betina pada peringkat dewasa dan dapat mencapai berat hingga 80 –100 gram pada peringkat larva. Kumbang goliath betina biasanya berwarna coklat gelap danputih sutera tetapi kumbang jantan biasanya berwarna coklat/putih/hitam atau hitam/putih.

7. Kumbang  Actaeon

serangga paling besar

Megasoma actaeon, spesies kumbang gergasi lain di hutan hujan Amazon di Amerika Selatan boleh mencapai panjang antara 5 – 12 sentimeter dan lebar 7 sentimeter. Spesis ini boleh membesar setebal 1.6 inci dan mempunyai perisai yang keras seperti kebanyakan kumbang lain.

Spesies ini dapat dijumpai di Amerika Selatan terutama di Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, Perancis, Guyana, Panama, Peru, Suriname dan Venezuela

Kerana ukurannya yang besar, kumbang dewasa tidak mempunyai pemangsa semula jadi. 

Kredit:

  1. Business Insider
  2. National Geographic
  3. DW



Hakcipta iluminasi.com (2017)