Oleh pada 24 Oct 2018 kategori

haiwan lutsinar seluruh dunia

Teknik penyamaran adalah biasa bagi makhluk yang di muka bumi ini bagi melindungi diri daripada pemangsa. Sesetengah haiwan boleh menyerupai persekitaran mereka, sesetengah yang lain pula sememangnya dicipta tidak berwarna, atau kita kategorikan sebagai lut sinar (transparent). 

1. Ikan Pari Big Skate 

ikan pari big skate

Raja Binoculata atau 'big skate' adalah sejenis ikan pari yang mudah dijumpai dalam air cetek. Hidupan ini yang mempunyai wajah seolah-olah seperti manusia adalah tarikan popular di akuarium di seluruh dunia. Kulitnya yang sangat pucat mendedahkan organ dalamannya.

2. Phronima

phronima lut sinar

Hidupan laut dalam yang kelihatan seperti udang ini mungkin kecil (kebanyakannya tidak melebihi 1 inchi panjang), tetapi ianya sangat ganas. Phronima betina menyerang salps (hidupan laut yang juga transparent namun lebih besar), memakannya daripada dalam, meletakkan telur mereka di dalam bangkai tersebut. 

3. Ikan Cyanogaster

cyanogaster ikan lut sinar

Pertama kali ditemui beberapa tahun lalu, ikan berperut biru ini adalah sangat kecil, hanya beberapa milimeter panjang. Ikan spesis ini hanya hidup di Rio Negro, anak sungai terbesar di Sungai Amazon, dan hanya muncul pada waktu malam. 

4. Glasswing Butterfly

glasswing butterfly rama rama lut sinar

Hanya ditemui di Columbia, Bolivia, Peru dan Ecuador, rama-rama Glasswing ini mempunyai sayap besar yang telus. Rama-rama ini turut dikenali sebagai 'espejitos', sebuah perkataan Sepanyol yang membawa maksud cermin kecil. Serangga ini yang sudah dewasa selalunya akan berpindah untuk suatu jarak yang jauh.

Rama-rama jantannya yang dikenali sebagai 'lek' selalunya akan berkumpul untuk tujuan mempamerkan kehebatan masing-masing bagi mendapatkan pasangan untuk reproduksi. 

5. Crocodile Icefish

crocodile icefish ikan lut sinar

Hidupan laut ini adalah sejenis ikan, dan bukannya buaya. Ikan lautan Antartik ini mempunyai darah yang tidak berwarna, dan merupakan satu-satunya vertebrata (bertulang belakang) yang tidak mempunyai sel darah merah dan haemoglobin (protein yang kaya dengan iron yang mengangkut oksigen merentasi sistem peredaran darah). 

6. Sea Angel

sea angel lintah laut lut sinar

Sea angel, atau terjemahan bahasa Melayu, malaikat laut adalah sejenis lintah laut yang berkeliaran di kawasan perairan sejuk di Laut Artik. Dari segi fizikal, ianya kelihatan seperti kuda laut. Hidupan laut ini sebenarnya menjadi sumber inspirasi kepada watak Phione dan Manaphy di dalam Pokemon. 

7. Ikan Keli Gelas - Glass Catfish 

ikan keli gelas glass catfish lut sinar

Sejenis ikan keli, class catfish adalah antara vertebrata yang paling telus (transparent) di planet. Kebanyakan organnya terletak berhampiran dengan kepala dan dengan menggunakan kanta pembesar, degupan jantungnya dapat dilihat dengan jelas. 

Apabila cahaya menembusi badan ikan tersebut, ianya berupaya menghasilkan pantulan warna pelangi. Hidupan ini hidup di kawasan air aliran perlahan di Thailand, Malaysia dan Indonesia. Apabila mati, warnanya akan bertukar menjadi putih susu.  

8. Lintah Jernih - Clear Slug

lintah jernih clear slug lut sinar

Lintah jernih, atau gaeotis flavolineata adalah sejenis gastropod yang cangkerang hijau cerahnya itu telah melalui evolusi dan menjadi kecil. Lintah ini terletak dalam kategori antara siput babi darat dan lintah.

9. Warty Comb Jelly atau Sea Walnut

warty comb jelly sea walnut lut sinar

Comb jelly, atau nama saintifiknya mnemiopsis leidyi mempunyai badan yang berlobak, satu atau dua ketebalan sel, berbentuk oval dan telus. Sesikat di sisinya menjadikan hidupan ini kelihatan sangat unik, menghasilkan cahaya pelangi yang bersinar apabila disentuh. 

10. Sotong Gelas - Glass Octopus

glass octopus sotong gelas lut sinar

Sotong jenis ini boleh ditemui di dalam perairan terbuka tropika dan subtropika di seluruh dunia. Disebabkan ianya sangat jarang ditangkap, sama ada secara fizikal mahupun di dalam kamera, tidak banyak yang diketahui tentang sotong ini. 

Tidak seperti sotong-sotong lain, sotong ini mempunyai mata yang memanjang yang kelihatan seperti terkeluar ke atas, mungkin bertujuan untuk memaksimakan cahaya malap daripada permukaan air. 

11. Kumbang Kura-Kura - Tortoise Shell Beetle

kumbang kura kura tortoise shell beetle lut sinar

Kumbang ini mempunyai cangkerang luar yang telus secara keseluruhannya, menyelubungi seluruh organ seperti buih, menjadikan fizikalnya sangat unik. 

12. Ghost Shrimp

ghost shrimp udang lut sinar

Udang ini kerap kali dibela di dalam akuarium. Habitat asalnya adalah di dalam air payau tanah lembap.

13. Barreleye Fish

barreleye fish ikan lut sinar

Ikan menarik ini mempunyai mata yang sangat sensitif kepada cahaya, dan sentiasa menghala ke atas bagi mengesan bayang-bayang mangsa. Mata ikan ini terletak di dalam kepalanya yang lut sinar dan berbentuk dom, membolehkannya untuk menangkap cahaya sebanyak mungkin. Organnya kelihatan seperti tumbuhan-tumbuhan di dalam pasu bunga. 

14. Katak Gelas - Glass Frog

katak gelas glass frog lut sinar

Amfibia menakjubkan ini mempunyai bawah perut yang lut sinar kehijauan, membolehkan kita untuk melihat secara jelas organ-organ di dalam badannya. Saiznya agak kecil, sekitar 2 hingga 8 sentimeter, dan tinggal di hutan hujan di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. 

15. Sea Salp

sea salp lut sinar

Organisme kecil ini bergerak melalui air dengan mengepam air merentasi badan gelatinnya, memakan phytoplankton dalam masa yang sama. Sea salps dewasa yang bersaiz sekitar 4 inci (10.2 sentimeter) selalunya akan berpaut bersama dan menghasilkan rantai bercahaya dengan panjang maksima kira-kira 15 kaki (4.6 meter).

16. Gamat Lut Sinar - Transparent Sea Cucumber

gamat lut sinar transparent sea cucumber

Makhluk laut yang kelihatan seperti alien ini hidup di kedalam 2,750 meter, di lantai laut. Ia merangkak dengan menggunakan tentakelnya pada kelajuan 2 sentimeter setiap minit, sambil menyapu sedimen yang kaya dengan detritus ke dalam mulutnya. 

17. Glass Squid

glass squid sotong lut sinar

Terdapat kira-kira 60 spesis sotong gelas di dalam keluarga Cranchiidae. Kebanyakan daripadanya adalah lut sinar, dan mempunyai organ bercahaya di bawah mata. Mereka bergerak secara menegak bagi mengurangkan penglihatan. 

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. bbc.com
  2. pulptastic.com
  3. boredpanda.com
  4. nationalgeographic.com


Hakcipta iluminasi.com (2017)