Oleh pada 19 Jun 2018 kategori

Labah-labah adalah haiwan dari keluarga artropod yang mempunyai 8 kaki. Makhluk ini menduduki tangga ke-7 sebagai haiwan yang mempunyai spesis paling banyak di dunia.

Dan walaupun kebanyakan labah-labah yang kita temui dalam kehidupan seharian biasanya bersaiz kecil, namun terdapat banyak daripada haiwan ini yang bersaiz besar. iluminasi.com ingin kongsikan 7 labah-labah paling besar di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Hercules Baboon

hercules baboon spider labah labah paling besar di dunia

Labah-labah Hercules Baboon adalah spesis yang paling jarang ditemui di dunia. Dengan bersaiz 20.3 sentimeter dari segi bukaan kaki, ia merupakan labah-labah ke-7 paling besar di dunia.

Walaupun begitu, anda tak perlu risau kerana ia tidak lagi dijumpai sejak tahun 1900. Jadi, jika anda seorang pengumpul labah-labah, jangan tertipu jika ada yang ingin menjual labah-labah rare ini kepada anda.

Malah, hanya seekor labah-labah ini sahaja pernah ditemui oleh manusia, yang kini berada di Natural History Museum di London.

Labah-labah ini tidak memakan baboon, walaupun terdapat perkataan itu pada namanya. Ia lebih suka menjadikan serangga sebagai makanan.

6. Poecilotheria Rajaei

poecilotheria rajaei labah labah paling besar di dunia

Labah-labah Poecilotheria Rajaei ditemui baru-baru ini di Sri Lanka, paada tahun 2009. Labah-labah ini mempunyai bukaan kaki dengan panjang 18 sentimeter bagi jantan dan 22 sentimeter bagi betina. Ia mempunyai warna kelabu dengan jalur hitam putih di bahagian perutnya.

Ia menjadikan pokok tumbang, batu dan rumah manusia sebagai habitatnya. Poecilotheria Rajaei menjadikan serangga kecil, lipas dan tikus kecil sebagai makanan. Racun yang dimiliki oleh spesis ini mempunyai kegunaan perubatan

5. Colombian Giant Black Tarantula

colombian giant black tarantula labah labah paling besar di dunia

Labah-labah taratula Colombian Giant Black dengan nama saintifik Xenesthis monstrosa boleh membesar dengan bukaan kaki berukuran 23 sentimeter. Ia biasanya berwarna hitam namun mempunyai bulu coklat dan tompoh merah.

Spesis ini pemangsa yang sangat agresif, namun tidak berbahaya kepada manusia dan hanya kelihatan menakutkan sahaja. Seperti tarantula lain, spesis ini mengalami "botak" pada di antara bahagian perut dan leher setelah berusia.

Ia memakan tikus, cicak kecil, cengkerik dan serangga besar. Ia tidak meragam apabila dipegang oleh manusia membuatkan labah-labah ini sangat popular di kalangan pengumpul.

4. Brazilian Salmon Pink Birdeater

brazilian salmon pink birdeater labah labah paling besar di dunia

Walaupun namanya "birdeater", namun labah-labah Salmon Pink Birdeater Brazil ini tidak memakan burung. Ia menjadikan serangga, cicak, katak dan tikus sebagai makanan rujinya.

Labah-labah ini ditemui di hutan hujan dan mempunyai panjang kaki iaitu 25.4 sentimeter. Ia mempunyai badan berwarna coklat dengan bulu merah jambu yang digunakan untuk menembak mangsanya, dengan tujuan melumpuhkan. Jika masuk ke dalam mata, ia boleh menyebabkan buta.

Kemudian ia akan menerkam mangsa dan menyemburkan jus penghadaman di atas mangsa tersebut bagi tujuan mencerna sebelum menyedut mangsa.

3. Grammostola Anthracina

grammostola anthracina labah labah paling besar di dunia 2

Biasanya ditemui di negara Amerika Selatan seperti Brazil, Uruguay, Paraguay dan Argentina, labah-labah Grammostola Anthracina ini adalah labah-labah ke-5 paling besar di dunia dengan saiz bukaan kaki berukuran 26 sentimeter.

Namun ia juga boleh ditemui di mana-mana sahaja kerana ia biasanya dijual di kedai haiwan disebabkan oleh terkenal di kalangan pengumpul labah-labah.

Spesis ini adalah sangat jinak, kecuali ia berasa terancam dan dianggap sebagai gergasi yang lemah-lembuh.

Labah-labah ini akan berkelakuan baik selagi ia diberikan makanan seperti tikus, serangga dan cengkerik serta tinggal di persekitaran yang kering dan lembap.

2. Huntsman

labah labah huntsman labah labah paling besar di dunia 2

Labah-labah Huntsman boleh membesar sehingga 30 sentimeter panjang dan panjang kaki mencecah 15 sentimeter. Ia berasal dari Asia namun juga boleh ditemui di kawasan subtropika seperti Florida, Texas dan California.

Labah-labah ini mengembara ke Amerika Syarikat dengan menumpang pada buah pisang, yang mana memberikannya gelaran labah-labah pisang.

labah labah huntsman labah labah paling besar di dunia

Apa yang menakutkan mengenai labah-labah ini adalah ia makan dengan begitu pantas, boleh berjalan ke bahagian sisi dan mampu bergerak dengan sempurna di atas permukaan licin seperti kaca tanpa masalah.

Huntsman agak agresif dan kerap memasuki rumah dan kereta. Labah-labah betina bertelur sehingga 200 telur pada satu masa dan menjaganya selama 3 minggu.

1. Goliath Birdeater

goliath bird eating tarantula labah labah paling besar di dunia

Dan gelaran labah-labah paling besar di dunia menjadi milik Goliath Birdeater, dari keluarga tarantula. Dan seperti namanya, labah-labah ini adalah cukup besar untuk jadikan burung-burung kecil sebagai mangsanya. Besar gila!

Seperti labah-labah Huntsman, Goliath Birdeater mampu mencapai saiz 30 sentimeter dari segi panjang badan dan mempunyai taring bersaiz 2.54 sentimeter. Ia dianggap lebih besar daripada labah-labah Huntsman disebabkan jisim badan yang lebih berat.

Goliath Birdeater memiliki bulu-buluh yang kecil di tubuhnya yang boleh "ditembak" kepada sesiapa sahaja jika berasa terancam. Gigitannya tidaklah membunuh, kecuali jika anda alahan. 

Namun jika digigit, anda akan mengalami sakit yang amat sangat, mual dan peluh yang melimpah.

Rujukan:

1. Conservation Institute

2. Earth World

3. Monsters And Critics




Hakcipta iluminasi.com (2017)