Di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang digunakan secara meluas. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi bahasa yang digunakan oleh penduduk Bumiputera di Sabah dan Sarawak selain bahasa Tamil dan Mandarin yang digunakan sebahagian penduduk di Malaysia.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. perkataan "bahasa" boleh didefinasikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

bahasa yang tiada pertuturan percakapan

Oleh itu, secara umumnya untuk membolehkan sesuatu itu digunakan, kedua-dua pihak iaitu pendengar dan penutur mestilah saling memahami bahasa yang digunakan. Jika tidak, mana mungkin mesej yang dipertuturkan akan sampai.

Menariknya, di dunia ini terdapat beberapa jenis bahasa unik yang tidak memerlukan sebarang pertuturan atau ucapan. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 daripada bahasa yang tidak memerlukan penggunanya bertutur dan mengeluarkan sebarang ucapan.

1. Bahasa isyarat - American Sign Language (ASL)

american sign language

ASL pastinya bahasa paling popular dalam senarai ini yang biasanya digunakan oleh orang bisu dan pekak. ASL adalah bahasa yang lengkap dan asli yang mempunyai sifat linguistik yang sama seperti bahasa yang digunakan, dengan tatabahasa yang berbeza daripada bahasa Inggeris.

ASL dinyatakan dengan pergerakan tangan dan muka. Ia adalah bahasa utama ramai orang Amerika Utara yang mempunyai masalah pekak dan kesukaran pendengaran. Dalam ASL, tiada bahasa isyarat yang digunakan secara sejagat.

Bahasa isyarat yang berbeza digunakan di negara atau wilayah yang berlainan. Sebagai contoh, British Sign Language (BSL) adalah bahasa yang berbeza dari ASL dan orang Amerika yang tahu ASL mungkin tidak memahami BSL. Sesetengah negara menggunakan ciri-ciri ASL dalam bahasa isyarat mereka.

2. Bahasa Silbo Gomero

Selama berabad-abad lamanya, bunyi orang bersiul telah menjadi kebiasaan di kawasan lembah gunung berapi yang sempit di pulau La Gomera. Hal ini disebabkan 22,000 penduduk disitu bukan sahaja boleh bertutur bahasa Sepanyol, tapi juga bahasa Silbo Gomero yang hanya memerlukan penuturnya membuat bunyi bersiul.

Bahasa ini membolehkan penggunanya berkomunikasi dengan manusia lain yang berada pada jarak 3 kilometer jauh. Terdapat pelbagai variasi bunyi siulan yang mewakili hampir 4000 perkataan.

Boleh dikatakan hampir kesemua penduduk di pulau ini boleh menggunakan bahasa ini terutamanya dalam kalangan generasi muda. Namun, kerana risiko kepupusan bahasa ini, kerajaan tempatan telah mewajibkan bahasa ini dipelari setiap murid di sekolah rendah.

3. Bahasa Sfyria

Sekiranya bahasa Silbo Gomero sudah cukup membuatkan anda kagum, Sfyria pastinya akan membuatkan anda lebih kagum. Sfyria adalah bahasa yang sudah wujud lebih 2500 tahun dan hampir pupus dimana hanya 6 orang sahaja yang diketahui boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa ini.

Sfyria hampir kepada bunyi burung menyanyi dan tidak seperti Silbo Gomero, Sfyria mempunyai koleksi perbendaharaan kata dan tatabahasa yang sangat unik. Sfyria yang sangat jarang ditemui berasal dari kampung kecil di kawasan pergunungan bernama Antia di pulau Yunani Evia yang kurang dikenali dan mungkin dicipta sebagai cara untuk memberi amaran kepada penduduk mengenai serangan lanun.

Lokasi kampung ini terpencil telah membolehkan bahasa itu bertahan dan ia hanya ditemui menjelang 1969 ketika sebuah pesawat jatuh dekat Antia dan penyelamat di tempat kejadian mendengar penduduk setempat menggunakan siulan untuk berkomunikasi.

Malangnya, lokasi kampung ini yang terpencil dan penurunan jumlah populasi disini menyebabkan jumlah pengguna bahasa ini berkurangan dan hanya 6 individu sahaja yang dikatakan benar-benar mahir menggunakan bahasa yang unik ini. Tonton video di atas untuk mengetahui bagaimana bahasa ini digunakan antara penduduk tempatan.

4. Bahasa Khoisan

Khoisan adalah satu bentuk komunikasi yang telah menarik pengunjung asing ke banyak negara Afrika selama bertahun-tahun lamanya. Ia menggunakan bunyi "klik". Khoisan adalah sekumpulan bahasa dari seluruh benua Afrika yang telah menggunakan bunyi "klik" untuk konsonan.

Bahasa ini dikatakan hampir pupus dan hanya terdapat beberap tempat yang terus menggunakannya seperti di Gurun Kalahari dan Tanzania. Menariknya, pihak penjajah Belanda satu ketika dahulu beranggapan pengguna bahasa Khoisan ini sebenarnya mempunyai masalah pertuturan atau gagap kerana menggunakan bahasa ini.

Cara penggunaan bahasa ini juga agak unik dan walaupun kedengaran seperti sama sahaja, setiap bunyi "klik" yang keluar daripada mulut penuturnya sebenarnya mempunyai maksud yang sama sekali berbeza.

5. Bahasa Isyarat Al-Sayyid Bedouin

ASL merupakan bahasa isyarat paling popular di dunia. Namun, terdapat juga puluhan atau ratusan bahasa isyarat lain yang digunakan di seluruh dunia. Salah satunya yang popular adalah Bahasa Isyarat Al-Sayyid Bedouin yang digunakan oleh penduduk di kawasan padang pasir Negev di selatan Israel.

Bilangan masyarakat disini sekitar 3,000 orang tetapi mempunyai kadar pekak yang tinggi selama beberapa dekad disebabkan gangguan genetik yang berasal dari pengasas suku ini pada pada abad ke-19. Pada masa ini, kira-kira 150 orang, atau lima peratus, penduduk suku dianggap sebagai pekak. Untuk perbandingan, kadar di Amerika Syarikat hanya 0.1 peratus.

Oleh kerana itu, bahasa isyarat unik mula terbentuk dalam masyarakat ini pada pertengahan abad ke-20 dan dianggap sebagai bahasa kedua suku ini. Malah, boleh dikatakan hampir semua orang dalam komuniti ini boleh menggunakan bahasa isyarat ini sehinggakan orang pekak tidak merasakan diri mereka tersisih. Selain itu, perkahwinan antara orang pekak dan tidak pekak adalah perkara biasa disini.

6. Bahasa Siulan Hmong

bahasan siulan orang hmong 154

Di kawasan pergunungan Himalaya, anda mungkin akan mendengar bunyi siualan. Ianya bukamlah bunyi yang dihasilkan oleh burung sebaliknya satu bentuk komunikasi oleh suku Hmong disana.

Setiap bunyi siulan tersebut membawa maksud yang berlainan dan biasanya akan disampaikan daripada seseorang individu ke individu yang lain di kawasan lembah pergunungan ini sejauh 8 km.

7. Bahasa Komunikasi Ketukan dram

Percaya atau tidak, di kawasan Afrika Barat terdapat sejenis bahasa yang hanya menggunakan bunyi ketukan alat muzik bagi menyampaikan sesuatu mesej. Bahasa ini dahulunya digunakan dalam perdagangan hamba abdi dan masih lagi digunakan sebahagian kecil penduduk disana.

Ianya memerlukan beberapa variasi bunyi ketukan pada dram kecil yang digunakan. Bahasa ini merupakan bahasa rahsia yang digunakan penduduk yang diculik untuk diperdagangkan sebagai hamba dan dikatakan masih digunakan pada hari ini terutamanya di kawasan ladang-ladang.

Kredit:

  1. The Week
  2. BBC News
  3. US National Library



Hakcipta iluminasi.com (2017)