kawalan pergerakan malaysia 808

Apabila COVID-19 melanda seluruh dunia, keadaan menjadi tidak stabil. Ada yang dibuang kerja kerana syarikat atau kedai tidak dapat beroperasi, ada yang ditolak gaji secara paksa dan sebagainya. Dalam jangka masa panjang, ekonomi seluruh dunia juga terkesan.

Dalam menghadapi keadaan yang semakin runcing ini dengan pertambahan rekod kes baru dan kematian setiap hari, adalah penting supaya kita mengamalkan segala saranan kerajaan antaranya membasuh tangan, penjarakkan sosial, patuhi kawalan pergerakan dan sebagainya.

Bagi menceriakan hari anda, kami ingin kongsikan beberapa imej atau fenomena menar yang terjadi di seluru dunia ketika wabak COVID-19 ini agar dapat menceriakan anda. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

1. Air terusan di Vanice, Itali kembali jernih

venice itali 675

Ketika Itali sedang bergelut dengan COVID-19 dimana jumlah kematian yang direkodkan sudah jauh melebihi jumlah kematian yang direkodkan di China, terdapat sinar bahagia buat hidupan laut di sana.

Di bandar Venice yang biasanya dipenuhi dengan bot pelancong, air di laluan terusan di sekeliling bandar ini biasanya keruh. Namun, akibat seranan COVID-19, kadar pelancong telah berkurang dengan drastiknya sehingga membolehkan air di terusan ini kembali puilh dengan sendirinya.

Kekurangan bot pelancong membolehkan segala kotoran di air termendap ke bawah, menjadikan air kelihatan jernih. Malah, terdapat video tular memaparkan ikan lumba-lumba kini boleh berenang bebas di kawasan ini.

2. Nyanyian beramai-ramai dari balkoni rumah

nyanyi di balkoni

Tidak kira sama anda golongan dewasa ataupun kanak-kanak, duduk di rumah dalam tempoh masa yang panjang bukanlah satu yang menyeronokkan. Anda berasa seolah-oleh berada di penjara kerana membuat perkara yang sama setiap hari. Namun, inilah pilihan terbaik bagi membendung penularan COVID-19 ketika ini.

Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh berhibur. Di Itali misalnya, telah tular di media sosial dimana penduduk bernyanyi bersama-sama daripada balkoni rumah masing-masing kerana mengamalkan penjarakkan sosial. Malah, perkara ini juga banyak direkodkan di rumah-rumah apartment di Malaysia.

3. Penyanyi terkenal membuat konsert percuma dalam talian

konsert percuma online

Apabila larangan keluar rumah diperkenalkan, maknanya semua golongan termasuklah para artis terpaksa mengehadkan pergerakan keluar rumah. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak dapat berinteraksi dan menghiburkan peminat mereka. 

Dengan kemudahan Facebook Live, Instagram Live, Youtube Live dan banyak lagi, sebahgian artis antarabanngsa telah memanfaatkannya untuk membuat persembahan konsert mini. Antara artis yang terlibat adalah John Legend, Pink, Shawn Mendes, Camila Cabello dan Katharine McPhee.

4. Pencemaran udara turun mendadak

perubahan kualiti udara covid 19

Hanya dalam tempoh sebulan, awan yang memerangkap pencemaran toksik di bandar-bandar utama China telah hampir hilang apabila rakyat mula mengamalkan kuarantin dan pengasingan diri. Penyelidik kualiti udara NASA, Fei Liu, mengatakan bahawa ini adalah kali pertama beliau melihat pengurangan dramatik udara tercemar di kawasan yang besar itu disebabkan oleh satu peristiwa tertentu.

Pelepasan gas karbon dioksiada (CO2) turun sekurang-kurangnya 25% antara 3 Februari dan 1 Mac ketika penggunaan arang batu di China merosot. Walaupun kemungkinan tahap pencemaran akan meningkat sekali lagi apabila wabak ini berjaya dikawal, tahap udara yang bersih ini adalah satu perkara yang perlu disyukuri kerana pencemaran udara juga telah banyak membunuh manusia.

5. Ujian percubaan calon vaksin

penciptaan vaksin 643

Pada 18 Mac, Jennifer Haller, salah seorang daripada 45 sukarelawan, menjadi orang pertama di dunia yang disuntik dengan calon vaksin terhadap koronavirus. Beliau berkongsi tentang pengalamannya yang mana beliau berasa gembira dan teruja untuk dapat melakukan sesuatu untuk membantu para doktor.

Setiap sukarelawan diberikann 2 suntikan 28 hari untuk menguji keselamatan vaksin yang sedang dibangunkan. Perlumbaan untuk mencari vaksin kini sedang giat dilakukan dan dianggarkan sekitar 35 institusi terlibat dalam menguji vaksin yang berpotensi.

6. Waktu khas untuk golongan berumur membeli belah

pembelian panik covid 19 627

Buat masa ini, tiada ubat yang benar-benar terbukti dapat merawat pesakit COVID-19. Pesakit COVID-19 biasanya akan dirawat dengan menggunakan gabungan beberapa ubatan berdasarkan simpton-simpton yang direkodkan oleh pesakit. Malangnya, golongan berumur lebih berisiko tinggi memandangkan tahap imuniti badan yang lemah.

Oleh itu, sesetengah pasar raya telah memperkenalkan tempoh waktu tertentu setiap hari yang dihadkan untuk golongan ini sahaja, seterusanya mengurangkan risiko mereka dijangkiti. Pasar raya Pick n Pay di Afrika Selatan adalah antara yang memperkenalkan polisi sebegini.

7. Sesi senaman secara dalam talian

senaman di rumah 720

Duduk di rumah bukannya bermaksud anda hanya perlu menonton televisyen sambil makan kudapan. Bagi memastikan berat badan anda tidak meningkat ketika dikuarantin di rumah, anda boleh melakukan senaman di rumah tanpa menggunakan sebarang peralatan senaman.

Tidak tahu bagaimana hendak bermula? Di Youtube, banyak video yang boleh ditonton sebagai panduan. Malah, terdapat juga jurulatih-jurulatih kesihatan yang membuat sesi senaman secara Live di Instagram dan Facebook. Gambar di atas merupakan sesi senaman yang dilakukan oleh Kevin Zahri di rumah bersama anak-anaknya ketika musim kawalan pergerakan.

Kredit:

  1. ClassicFM
  2. Vulture
  3. The Star
  4. CNN
  5. ABC News


Hakcipta iluminasi.com (2017)