Secara puratanya, manusia hanya mampu hidup sekitar 60 - 70 tahun. Namun, jangka hayat ini mungkin lebih panjang bergantung pada beberapa perkara antaranya genetik, faktor geografi, pemakanan dan gaya hidup.

Sementara itu menurut Guinness World Records, manusia tertua yang pernah hidup ialah Jeanne Calment dari Perancis yang berumur 122 tahun dan 164 hari dan lelaki tertua yang pernah hidup adalah Jiroemon Kimura  dari Jepun  yang dilahirkan pada 19 April 1897 dan meninggal dunia pada usia 116 tahun dan 54 hari pada 12 Jun 2013.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimana pula dengan haiwan? Apakah haiwan yang mempunyai jangka hayat paling lama? Kali ini, Iluminasi ingin berkongsi 7 haiwan yang mempunyai jangka hayat paling lama di muka Bumi.

7. Paus Bowhead

paus bowhead

Juga dikenali sebagai ikan paus Artik, ikan Paus Bowhead adalah mamalia terpanjang di muka Bumi. Haiwan gergasi ini boleh ditemui di perairan sejuk di Atlantik utara dan Pasifik utara.

Walaupun spesis paus ini kurang popular berbanding puas lain, ia terkenal dengan dua perkara. Pertama, paus bowhead mempunyai mulut terbesar dari mana-mana haiwan. Kedua, paus bowhead boleh hidup hingga berusia lebih dari 200 tahun, menjadikannya mamalia laut dengan jangka hayat paling lama. 

6. Kura-Kura

kura kura tertua

Dengan jangka hayat purata 177 tahun, kura-kura dianggap salah satu vertebrata yang paling lama hidup di Bumi. Salah satu kura-kura tertua adalah Harriet, seekor kura-kura Galápagos yang mati akibat kegagalan jantung pada tahun 2006 pada usia 175 tahun di sebuah zoo yang dimiliki oleh mendiang Steve Irwin.

Kini, kura-kura tertua dunia yang diiktiraf oleh Guinness Book of Records dipegang oleh seekor kura-kura Aldabra bernama Jonathan yang tiba di pulau St. Helena di Afrika Barat pada tahun 1882. Sekarang berusia 186 tahun, Jonathan telah kehilangan penglihatan dan deria baunya.

5. Landak laut merah

landak laut merah

Spesis landak terbesar dari semua landak laut, landak laut merah pernah dianggap hanya hidup selama tujuh hingga sepuluh tahun. Namun, kajian terbaru mendapati haiwan ini mempunyai jangka hayat dari 100 hingga lebih dari 200 tahun, bergantung pada lokasinya.

Hanya terdapat di Lautan Pasifik terutama di sepanjang Pantai Barat Amerika Utara dan pantai utara Jepun, landak laut merah hidup di perairan cetek dan berbatu. Landak laut merah menghindari kawasan yang mempunyai ombak kuat.

4. Cacing tiub

cacing tiub

Gambar di atas merupakan cacing tiub (tube worm) atau nama saintifiknya Lamellibrachia luymesi kerana bentuknya seperti tiub. Haiwan ini diketahui mempunyai jangka hayat yang panjang, antara 170 hingga 250 tahun.

Cacing ini tinggal di dasar lautan terutamanya di Teluk Mexio dan mendapatkan semua keperluan pemakanan mereka dari bakteria. Haiwan ini membesar sangat perlahan sepanjang hayatnya dan mampu mencapai kepanjangan sehingga 6 kaki.

3. Tuatara

tuatara

Tuatara mungkin kecil dengan saiznya hanya dua setengah kaki, tetapi memiliki sejarah panjang. Binatang dengan bentuk seperti biawak ini dipercayai daripada keturunan dinosaur yang berkeliaran di Bumi lebih dari 200 juta tahun yang lalu. Tuatara juga antara vertebrata yang paling lama hidup di Bumi dengan secara purata mampu hidup lebih dari 100 tahun.

Tuatara kini dianggap haiwan terancam dan dipercayai yang masih hidup hanya terdapat di New Zealand, termasuk tuatara terkenal di Southland Museum, Henry, yang menjadi ayah buat pertama kalinya pada usia 110 tahun. Tuatara mencapai kematangan seksual selepas 10 hingga 20 tahun dan terus membesar sehingga berumur 35 hingga 40 tahun.

2. Geoduck Clam

geoduck clam

Spesis kerang air masin yang besar ini telah diketahui hidup lebih dari 165 tahun. Geoducks mengalami pertumbuhan pesat selama tahun-tahun pertama kehidupan mereka, membesar secara purata lebih dari 1 inci selama setahun dalam empat tahun pertama.

Dicirikan oleh "leher" atau sifon panjang mereka, badan Geoduck dapat membesar hingga lebih dari 3 kaki, sementara cengkerangnya biasanya tidak lebih dari 8 inci. Geoducks berasal dari Pasifik Barat Laut dari California ke Alaska.

1. Jerung Greenland

jerung greenland

Menurut kajian yang menggunakan pengujian radiokarbon lensa mata, jangka hayat minimum ikan jerung Greenland adalah 272 tahun, dengan usia maksimum dilaporkan 392 tahun. Penulis kajian menyimpulkan bahawa jerung Greenland adalah vertebra yang paling lama hidup yang diketahui oleh manusia.

Jerung Greenland dianggap "hampir terancam" kerana penurunan populasi. Jerung Greenland tinggal di perairan Kutub Utara dan Atlantik Utara pada kedalaman kira-kira dari 4000 hingga lebih dari 7000 kaki. Jerung ini membesar perlahan hingga mampu mencapai panjang 8 hingga 14 kaki pada masa matang. Makanan utamanya adalah pelbagai spesis ikan dan burung.

Kredit:

  1. Tree Hugger
  2. Reader's Digest



Hakcipta iluminasi.com (2017)