Tahukah anda terdapat lebih dari 3,000 spesies ular di planet ini dan kewujudan haiwan ini terdapat di mana-mana kecuali Antartika, Iceland, Greenland, Ireland dan New Zealand?

Ular adalah sejenis reptilia yang merupakan makhluk berdarah sejuk yang bergantung pada keadaan luarannya untuk mengatur suhu badan mereka. Mereka mempunyai sisik yang membantu mereka mengekalkan kelembapan di iklim kering dan bertindak sebagai perlindungan terhadap geseran pada permukaan kasar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sama ada berbisa atau tidak berbisa, hampir semua ular menelan makanan mereka secara keseluruhan setelah melumpuhkan atau menyerang mangsa dengan racun - ini termasuk rusa dan lembu! Dengan jangka hayat rata-ratanya antara 10-15 tahun di alam liar, kami ingin kongsikan berapa ular tertua yang pernah dtemui hidup. 

7. Chennai 

ular tedung tertua 400

Chennai adalah Ular Tedung Selar dan penghuni Taman Zoologi Aringar Anna di India selama 12 tahun. Ular ini berumur 18 tahun ketika mati kerana sakit tua walaupun kesihatannya mulai menurun beberap tahun sebelum itu. 

Bukan sahaja Chennai sangat berusia bagi seekor ular tedung selar tetapi dia adalah salah satu makhluk tertua di zoo tersebut dan salah satu haiwan paling popular di kandang reptilia. Dia sebelum itu pernah bergandingan dengan pasangannya yang mati empat tahun sebelumnya.

6. Pretzel 

ular jagung

Pretzel adalah ular jagung (Pantherophis guttatus) yang dianggarkan berusia 25 tahun pada ketika ini. Walaupun catatan tentangnya ditulis lebih dari satu dekad yang lalu, terdapat sumber pada tahun 2019 yang mengatakan ular ini masih sihat dan dianggarkan berusia lebih dari 20 tahun!

Ular jagung biasanya hanya hidup selama 6-8 tahun, menjadikan usia Pretzel benar-benar luar biasa. Walau bagaimanapun, ular jagung tertua yang pernah direkodkan berumur hingga 32 tahun dalam kurungan. Ular jagung tidak beracun tetapi ramai orang sering terkeliru antara ular ini dengan spesies ular Copperhead yang berbisa.

5. Striker

ular olok olok

Striker adalah seekor ular olok-olok dan adalah ahli tetap di kelas biologi Placer High School di Auburn, California. Pada tahun 1982, seorang pelajar membawa Striker kepada guru biologi sebagai ular kecil di dalam tin kopi dan sejak itu telah menjadi haiwan kegemaran kelas tersebut dan berterusan sehingga kematiannya pada tahun 2015.

Ketika guru kelas tersebut mahu bersara, banyak pertimbangan mengenai apa yang harus dilakukan terhadap Striker. Setelah menghubungi ahli pemulihan hidupan liar untuk membuat pilihan terbaik, disepakati bahawa ular itu akan terus dipelihara untuk hidup yang selesa kerana dia tidak pernah hidup liar sepanjang hidupnya.

4. Annie

anaconda

Annie merupakan seekor ular anaconda. Dibesarkan oleh Paul Swires di Afrika Selatan, Annie sudah hidup selama 38 tahun dan secara rasmi menempa namanya dalam Guinness Book of World Record untuk rekod ular tertua yang masih hidup dalam kurungan.

Dengan beratnya sekitar 40 kg Annie kelihatan cukup besar tetapi sebenarnya kecil untuk anaconda betina yang beratnya boleh mencecah hingga 250 kg. Anaconda betina terbesar yang pernah direkodkan adalah sepanjang 28 kaki dengan lebar 44 inci. Para saintis menganggarkan bahawa berat badannya melebihi 250 kg.

3. Popeye

ular boa

Popeye adalah seekor ular yang tinggal di Zoo Philadelphia sehingga kematiannya pada tahun 1977 pada usia 40. Dia muncul di Guinness Book of World Records pada tahun 2001. Tidak banyak yang diketahui tentang Popeye walaupun dia dianggap sangat tua untuk spesis boa ketika mati.

Rata-rata, ular spesis ini dalam kurungan hidup antara 25-30 tahun namun dengan penjagaan yang betul, jangka hayatnya dapat meningkat dengan ketara. Popeye adalah bukti sebenar dakwaan ini.

2. Ben

ular boa paling tua 256

Ben adalah ular spesis boa pelangi Columbia, tercatat dalam Guinness Book of World Records sebagai ular tertua yang pernah ditawan. Pada usia 42 tahun, dia mati pada tahun 2016 di Valdosta, Georgia.

Dennis dan Andrew Hatterman bersama keluarga mereka membeli Ben dari Pet World di Peoria, IL pada tahun 1974 dan menjaganya sepanjang hidupnya. Dia dianggap sangat tua pada waktu kematian, kerana kebanyakan ular tidak hidup lebih dari 30 tahun.

1. Ular sawa betina

ular tertua dunia

Seekor ular sawa betina yang tidak diberi nama dan masih hidup di St. Louis Zoo dipercayai ular tertua yang pernah hidup dan masih hidup sehingga ke hari ini. Lebih menarik, ular betina ini masih subur kerana masih mampu bertelur dan mampu melakukannya walaupun sudah 15 tahu tidak bersenyawa dengan ular jantan. i

Ular ni mencatatkan usia luar biasa bagi ular lain yang diketahui dalam kurungan kerana kini sudah berusia 62 tahun. Sedikit telur terbarunya kini disimpan dalam inkubator untuk diperiksa semasa menetas. Pihak zoo juga bercadang menggunakan ujian genetik untuk menentukan sama ada telur ini dihasilkan secara aseksual yang kadang-kadang terjadi pada reptilia seperti ular sawa, ular olor-olok dan komodo.

Kredit:

  1. BBC News
  2. Guinness World Records
  3. Wikipedia
  4. News24



Hakcipta iluminasi.com (2017)