Tak ada siapa pun yang dapat menyangkal kenyataan bahawa China adalah sebuah negara yang sangat hebat dan luar biasa.

Antara salah satu tamadun tertua di dunia yang masih wujud, China telah beralih daripada masyarakat pertanian selama berabad-abad kepada sebuah kuasa ekonomi perindustrian terbesar di dunia.

Dalam tempoh 50 tahun, pembaharuan yang dibuat oleh China telah menjadikannya ekonomi kedua terbesar di Bumi, dan ia tidak lama lagi dijangka mengatasi Amerika Syarikat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan jumlah populasi mereka, ekonomi yang kuat dan ketenteraan yang berkembang pesat, orang Cina telah menarik perhatian dan dalam beberapa aspek, menjadi kebimbangan dunia.

china sebagai kuasa besar

Ramai orang kini percaya bahawa hanya masa sahaja yang akan menentukan China untuk mengambil alih sebagai kuasa besar global yang seterusnya.

Dan walaupun ia mungkin berlaku satu hari nanti, namun terdapat banyak sebab juga untuk mempercayai bahawa ia mungkin tidak mungkin berlaku.

iluminasi.com kongsikan 10 sebab mengapa China mungkin tak akan menjadi kuasa terbesar di dunia.

Sehingga (dan jika) isu-isu ini dapat ditangani, tidak mungkin negara akan mengambil alih masa akan datang sebagai kuasa paling dominan di Bumi, baik secara tentera atau ekonomi. Berikut adalah sepuluh alasan mengapa China tidak akan mengambil alih dunia.

10. Pencemaran

pencemaran di china

Masalah pencemaran di China yang sangat serius bukan lagi satu perkara yang mengejutkan.

Sejak pembangunan perindustrian pesat yang bermula pada tahun 1950-an, China telah mencapai titik di mana saintis kesihatan menganggarkan masalah ini telah meragut 1.6 juta nyawa setahun, kira-kira 4,000 orang sehari.

Memandangkan negara-negara lain mengalami kelewatan dalam memulakan pengeluaran disebabkan oleh sekatan dan peraturan alam sekitar, China membina kilang-kilang tanpa mengambil kira kesan-kesan alam sekitar jangka panjang.

Oleh kerana permintaan asing untuk produk murah yang dibuat di China melonjak, perkara yang sama berlaku terhadap pembinaan kilang-kilang yang diperlukan untuk menghasilkannya.

Di beberapa kawasan paling tercemar, hanya dengan bernafas, ia sama seperti anda menghisap 40 batang rokok sehari.

Dengan hampir separuh daripada populasi penduduk yang tinggal di rantau metropolitan utama yang biasanya paling tercemar, kesan buruk terhadap kesihatan awam dan keperluan untuk memperbaiki kerosakan itu memberikan kemunduran yang serius kepada negara.

9. Populasi keterlaluan

populasi china yang keterlaluan

Sehingga November 2018, penduduk China dianggarkan seramai 1.386 bilion orang.

Walaupun negara ini secara geografi adalah yang keempat terbesar di dunia, namun kira-kira 20% daripada seluruh populasi global tinggal di dalam sempadan negara ini.

Ini menjadikan tekanan terhadap sumber semula jadinya tersangat besar, terutamanya apabila standard hidup meningkat menjadikan permintaan terhadap sumber juga meningkat.

Walaupun langkah-langkah tertentu telah dilaksanakan untuk membantu mengurangkan populasi yang melonjak naik seperti polisi seorang anak bagi satu keluarga yang sudah wujud hampir 40 tahun (dilancarkan secara rasmi pada tahun 2016), namun China kelihatan akan menjadi lebih bergantung kepada sumber-sumber asing bagi memenuhi keperluannya.

8. Demografi

demografi china

Ketika ini, China sedang menghadapi mimpi buruk demografi. Apabila kadar kesuburan telah menurun dan selepas beberapa dekad dengan dasar seorang anak, negara ini menjadi semakin tua dengan sangat cepat.

Setelah polisi satu anak itu dilancarkan secara rasmi pada tahun 2016, ramai pasangan kini didapati hanya mahu seorang anak atau tidak merancang untuk mempunyai keturunan sama sekali.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China mungkin mempunyai sebanyak 44% daripada penduduknya yang bersara pada tahun 2050.

Jika mereka tidak dapat menarik belia China kembali ke negara ini dari jauh yang mana dilihatkan seperti satu lagi halangan besar, tekanan yang begitu besar akan diletakkan pada populasi pekerja yang lebih muda untuk mengekalkan perkhidmatan sosial China, terutamanya memandangkan negara itu adalah negara sosialis.

7.  Pengagihan kekayaan

pengagihan kekayaan china

Walaupun China mempunyai pertumbuhan berterusan yang sangat mengagumkan selama bertahun-tahun, sejumlah penduduk mereka masih hidup dalam kemiskinan.

Sejak awal 1980-an, berjuta-juta rakyat China telah melihatkan peningkatan dalam taraf hidup dengan begitu dramatik.

Namun ketika ekonomi semakin berkembang, masih terdapat berjuta-juta yang lain hidup tanpa bekalan elektrik atau air minuman yang mencukupi.

China masih memerlukan masa yang panjang dan pelaburan yang besar sebelum penduduk China secara keseluruhan dapat hidup dengan taraf yang lebih baik dan menjadi kaya mengikut piawaian negara maju yang lain.

6. Peningkatan pendapatan

peningkatan gaji china

Walaupun kelas pertengahan telah mengalami pertumbuhan yang tersangat pesat di China, namun jangkaan oleh golongan ini juga telah meningkat kerana lebih ramai orang Cina akan mengharapkan gaji yang lebih baik.

Ini secara langsung akan membuatkan produk mereka menjadi lebih mahal untuk pengguna.

Walaupun negara-negara seperti Jepun dan Korea masih mengeksport sejumlah barangan yang besar ketika mana gaji mereka juga bertambah, namun kualiti barang-barang tersebut adalah tinggi, membuatkan permintaan terhadapnya juga meningkat.

Walaupun negara dengan gelaran "bengkel dunia" ini mengeksport banyak barang, kebanyakan daripadanya adalah tersangat murah kerana kualiti yang buruk.

Akhirnya, apabila taraf hidup naik, penduduk akan menjangkakan gaji yang lebih tinggi yang sudah tentu akan mendorong peningkatan kos pengeluaran, menjadikan produk yang mereka eksport terlalu mahal.

Ini akan menyebabkan syarikat-syarikat asing akhirnya mencari negara dengan kos pengeluaran yang lebih murah, seperti Vietnam dan Bangladesh, untuk menghasilkan barangan mereka.

5. Ketegangan serantau

ketegangan serantau china

Terdapat beberapa wilayah seperti Tibet dan Hong Kong di China yang menuntut lebih banyak autonomi, yang mana memerlukan negara ini untuk menumpukan sejumlah besar sumber untuk memastikan kestabilan politik di dalam sempadannya.

Selagi mereka tak dapat mencapai tahap tertentu kestabilan serantau serta mengawal keinginan yang semakin meningkat dari populasi umum untuk lebih banyak kebebasan, selagi itu cita-cita asing mereka akan terhalang.

4. Penghijrahan 

penduduk china berhijrah ke luar negara

Tak seperti bekas Kesatuan Soviet, jika anda ingin berpindah keluar dari China, anda bebas berbuat demikian. Namun satu-satunya perkara yang menjadi masalah adalah wang.

Ini menimbulkan masalah yang agak serius bagi China kerana laporan baru-baru ini menunjukkan bahawa sebanyak 50% daripada antara rakyat China yang terkaya sedang mempertimbangkan untuk keluar dari negara ini dan berhijrah ke tempat-tempat seperti Amerika Syarikat, Australia, dan Kanada.

Jadi, walaupun China berjaya menaikkan taraf hidupnya, namun mereka menghadapi cabaran untuk meyakinkan sejumlah besar warganya untuk tinggal.

Masalah yang disebut sebelum ini seperti pencemaran, kesesakan, dan sekatan terhadap kebebasan peribadi menjadikan berhijrah sebagai satu pilihan yang menarik.

Apabila mereka keluar dari China, mereka akan membawa kekayaan bersama-sama dan meninggalkan apa yang dirujuk kepada "wealth drain" iaitu kehilangan hasil cukai dan pelaburan dalam sempadan mereka.

3. Perusahaan milik negara

perusahan milik negara china

Walaupun industri swasta telah berkembang dengan pesat, sebahagian besar ekonomi China masih dimiliki oleh kerajaan sendiri.

Kira-kira 30% daripada jumlah aset mereka termasuklah dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan dikawal oleh negara.

Ini mungkin menyumbang kepada rasuah dan ketidakcekapan kerana subsidi boleh dan digunakan untuk menubuhkan perniagaan yang mungkin tidak menguntungkan.

Seiring dengan persaingan, inovasi juga akan turut wujud, yang mana penting untuk mengekalkan kaitan dalam ekonomi yang semakin berteknologi tinggi, berasaskan pengetahuan.

Sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah industri di China dikuasai oleh negara.

2. Pembaharuan

pembaharuan china 231

China kini berada di kedudukan yang agak aneh di mana mereka mempunyai ekonomi pasaran yang agak bebas dan dalam masa yang sama menjadi negara sosialis.

Akibatnya, mereka mempunyai cabaran domestik yang sangat besar di hadapan mereka kerana mereka cuba mengekalkan ekonomi mereka secara bebas dan berdaya saing dalam usaha untuk menjana pendapatan bagi memperbaiki negara secara keseluruhan serta mengekalkan situasi sosialis di dalam negara.

Ini boleh menyebabkan wawasan yang sangat mengelirukan mengenai masa depan rakyat China.

Apabila kelas menengah berkembang dan kekayaan mereka bertambah, struktur kelas juga harus menjadi lebih jelas, yang mana bertentangan dengan sosialisme.

Ekonomi pasaran bebas yang sihat secara meluas dipercayai hanya dapat bertahan dalam jangka masa panjang jika ia bebas daripada campur tangan kerajaan yang terlalu banyak dan mampu bersaing di seluruh dunia, yang merupakan satu cabaran besar bagi negara parti tunggal ini.

1. Masalah ketenteraan

masalah ketenteraan china

Walaupun China telah melabur secara besar-besaran dalam ketenteraannya dan ia semakin berkembang, namun mereka masih berada di belakang tentera yang paling berkuasa di dunia dari segi peralatan dan latihan.

Ia memerlukan jumlah wang yang terlalu untuk melengkapkan dan melatih saiz tentera yang tersangat besar.

Rasuah yang meluas ditambah dengan kekurangan persaingan, kos yang melampau, kelewatan, isu-isu yang menguatkuasakan kawalan mutu dan monopoli dalam industri pertahanan meletakkan negara ini dalam keadaan lemah yang serius dalam memperoleh teknologi baru.

Struktur organisasinya juga mempunyai banyak cacat cela kerana objektif utama Tentara Pembebasan Rakyat adalah memberikan perlindungan dan pemeliharaan kepada lebih daripada 88 juta anggota Parti Komunis berbanding masyarakat awam sendiri.

Antara masalah serius  lain termasuklah kekurangan pengalaman pertempuran kerana China tidak terlibat dalam pertempuran dengan musuh asing sejak Vietnam pada tahun 1979.

Kekurangan pengalaman berbanding dengan negara-negara seperti AS, UK, dan Rusia menempatkan China di kedudukan yang agak teruk.




Hakcipta iluminasi.com (2017)