padang pasir paling bahaya di dunia

Pada dasarnya, gurun atau padang pasir adalah sangat berbahaya kerana hampir mustahil untuk mendapatkan air di sini. Malah, padang pasir juga adalah antara tempat yang paling sukar untuk manusia bertahan hidup.

Tak cukup dengan itu, terdapat padang pasir di Bumi yang mempunyai cuaca lebih teruk daripada di Marikh. Dengan itu, iluminasi.com kongsikan dengan pembaca 7 gurun dan padang pasir yang paling berbahaya di dunia.

7. Gurun Namib - Angola, Namibia dan Afrika Selatan

gurun namib

Perkataan Namib bermakna "tempat yang luas" dalam bahasa Khoekhoe. Gurun ini dianggap sebagai yang tertua di dunia dengan kewujudan sejak 80 juta tahun lalu.

Sebahagian besar haiwan yang hidup di sini adalah kumbang Tenebrionid. Terletak di padang pasir pantai Afrika Selatan, tidak ada manusia yang mendiami mana-mana sudut padang pasir ini.

Dengan suhu melebihi 45 darjah Celsius pada musim panas, waktu malam boleh berubah menjadi bertentangan dengan menghasilkan sejuk yang membeku.

Selain itu, spesis arthropod yang tinggal di sini adalah sangat biasa dan ia boleh menyebabkan bahaya yang dahsyat.

6. Gurun Kalahari - Botswana, Namibia dan Afrika Selatan

gurun kalahari

Kalahari adalah perkataan yang berasal dari bahasa lisan ke-5 terbesar dari Afrika Selatan, iaitu Setswana. Perkataan itu menekankan maksud "tersangat dahaga" terhadap padang pasir ini.

Menerima sekitar 100mm hujan setiap tahun, gurun merupakan padang pasir yang menerima hujan terendah di Afrika Selatan.

Keadaan cuaca di padang pasir ini boleh menjadi tersangat panas sehinggakan tiada ruang untuk manusia bertahan di sini.

Penternak biri-biri dilihat memudaratkan kawasan padang pasir ini kerana mereka memburu spesies terancam seperti anjing liar Afrika.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada perlindungan yang dilakukan untuk memelihara hidupan liar, satu projek menaikkan pagar melindungi anjing-anjing liar yang terancam ini telah dilancarkan.

5. Antartika

antartika

Diiktiraf oleh seluruh dunia, Antartika adalah salah satu tempat yang paling sejuk di dunia. Tersenarai di bawah kategori padang pasir yang paling berbahaya, Antartika berada di bahagian paling selatan di Bumi.

Seluruh Antartika dipenuhi dengan ais dan hanya antara 1000 dan 5000 orang sahaja yang tinggal di sini dengan membentuk igloos.

Dengan kawasan seluas 14 juta kilometer persegi, padang pasir ini dianggap sebagai benua kelima terbesar. Dalam keadaan cuaca sedemikian, tiada seorang pun dari mereka yang tinggal di sini untuk tempoh yang lama.

4. Gurun Arab - Yaman, Teluk Parsi, Oman, Jordan, Iraq

gurun arab

Gurun Arab adalah sangat luas dan terletak di Asia Barat. Dengan kawasan seluas 2.33 juta kilometer persegi, padang pasir ini adalah yang ke-4 terbesar dan berbahaya di dunia.

Keadaan iklim di gurun ini juga adalah aneh di mana suhu dapat bertukar dari tersangat panas kepada ais pada waktu malam. Disebabkan ini, benda-benda yang diperbuat daripada plastik akan hancur akibat perubahan cuaca yang drastik.

Apa yang menarik adalah terdapat beberapa haiwan yang hidup dalam keadaan ekstrim ini. Antaranya termasuklah cicak ekor berduri, kucing pasir dan oryx yang begitu mudah bertahan hidup di sini.

Juga terdapat laporan berlakunya insiden pasir jerlus di mana beberapa karavan dan manusia lenyap akibat bencana alam semulajadi ini.

3. Gurun Karakum - Turkmenistan

gurun karakum

Gurun Karakum, yang terletak di Asia Tengah, mempunyai kawasan seluas 350,000 kilometer persegi. Gurun ini juga dikenali sebagai "Kara-Kum", yang merangkumi lebih daripada 70% kawasan Turkmenistan.

Gurun Karakum sangat jarang menerima hujan dengan hanya antara 70 dan 150 mm setiap tahun. Di samping itu, ia juga telah menerima gelaran "Pintu Neraka" akibat daripada deposit minyak di rongga bawah tanah.

Kawah itu terbentuk selepas medan gas asli runtuh. Oleh kerana kehadiran gas metana di dalam kawah, api yang bernyala berterusan sejak 40 tahun yang lalu.

Rongga bawah tanah dengan gas berbahaya mungkin boleh tersebar ke kawasan berdekatan yang mencetuskan kebimbangan bagi penduduk setempat. 

2. Gurun Sahara - Algeria, Chad, Mesir, Libya, Mali, Mauritania, Morocco, Niger, Selatan Sahara, Sudan dan Tunisia

gurun sahara

Gurun Sahara dianggap sebagai padang pasir ketiga terbesar di dunia selepas Antartika. Gelombang haba di padang pasir ini boleh membuatkan sesiapa sahaja sesak nafas hanya dalam beberapa saat.

Apabila dibandingkan dengan jumlah keluasan Amerika Syarikat, Gurun Sahara adalah 9.2 juta kilometer persegi lebih besar. Jika anda menyemak peta dunia, maka anda akan melihat bahawa lebih separuh bahagian Amerika Utara boleh dilitupi oleh Gurun Sahara.

Gurun mengalami iklim yang tersangat panas sehinggakan beberapa spesis haiwan mengalami evolusi dalam tempoh tertentu.

1. Gurun Atacama - Chile

gurun atacama 416

Gurun Atacama dianggap sebagai padang pasir yang paling berbahaya di dunia.

Ia adalah yang paling kering di dunia kerana adalah mustahil untuk mendapatkan setitis air dari mana-mana bahagian padang pasir ini. 

Terletak di Amerika Selatan, padang pasir ini tidak menerima hujan sepenuhnya antara tahun 1570 dan 1971.

Selain itu, padang pasir ini telah dianggap sebagai tanah gersang selama lebih dari 200 tahun yang lalu.

gurun atacama 2

Curahan hujan sederhana dilihat pada tahun 2015, yang membantu beberapa tumbuh-tumbuhan dan bunga untuk tumbuh.

Keadaan atmosfera dan cuaca di sini adalah setanding dengan Marikh dan kadang-kala ia melepasi tahap itu.

Ketika ini, Gurun Atacama digunakan untuk menguji prasyarat bagi misi Marikh oleh NASA.

Rujukan:

1. CNN

2. Livescience

3. Daily Mail



Hakcipta iluminasi.com (2017)