mesin masa doraemon

Doraemon adalah antara salah satu siri anime paling popular dan berjaya di dunia.

Dihasilkan oleh Hiroshi Fujimoto di bawah nama pena Fujiko F. Fujio pada tahun 1969, Doraemon berasal dari tahun 2112 di mana terdapat pelbagai produk canggih dan futuristik.

Namun, teknologi yang semakin canggih dihasilkan manusia pada hari ini mampu menyaingi produk fantasi dalam siri anime ini dan beberapa daripadanya mirip mesin Doraemon.

iluminasi.com kongsikan 7 gajet canggih Doraemon yang wujud pada hari ini.

1. Pencetak 3D 

pencetak 3d doraemon

Versi Doraemon: Menukar lukisan ke dalam versi sebenar dengan saiz sebenar.

Masukkan gambarajah sesuatu yang anda mahu ke dalam celah mesin terletak di bahagian tengah dan ia akan mengeluarkan objek sebenar. 

pencetak 3d masa kini

Mesin sebenar: Pengimejan pepejal yang dicipta oleh Chuck Hull pada 1980-an, membentuk asas percetakan 3D.

Anda perlu menghasilkan cetakan pelan reka bentuk maya tentang apa sahaja yang anda ingin hasilkan, masukkan ke dalam mesin pencetak dan ia akan mendeposit lapisan demi lapisan untuk menghasilkan produk siap.

Bergantung kepada pencetak, anda boleh memilih untuk menggunakan getah, plastik, kertas, bahan seperti polyurethane, logam dan banyak lagi sebagai bahan.

2. Jeli penterjemah

jeli penterjemah

Versi Doraemon: Jika anda makan jeli magik ini, anda secara serta-merta tahu bercakap dan memahami apa-apa sahaja bahasa dalam alam semesta.

wordlens

Produk sebenar: Google Translate dan WordLens, yang merupakan aplikasi yang menawarkan perkhidmatan terjemahan menggunakan kamera dan dalam masa-sebenar.

WordLens telah dibeli oleh Google dan boleh dimuat turun secara percuma. Ia sangat sempurna untuk mentafsirkan tanda jalan di negara asing

3. Kamera Kisekae 

kisekae camera

Versi Doraemon: Potong mana-mana gambar pakaian yang anda yang inginkan dari majalah atau katalog fesyen, atau gunakan pakaian yang sudah siap dari koleksi anak patung kertas anda.

Masukkannya ke dalam kamera dan kemudian fokuskan kamera pada orang yang anda mahu memakaikan pakaian tersebut.

Dengan serta-merta pakaian tersebut akan terpakai pada orang tersebut.

aplikasi dressup

Produk sebenar: Ini adalah produk yang paling hampir dan anda perlu menggunakan pakaian sendiri.

Aplikasi DressUp adalah satu idea yang dihasilkan oleh seorang lelaki Itali yang mahukan teknologi untuk membantu dia memilih pakaian pada waktu pagi.

Anda ambil gambar setiap pakaian yang anda miliki dan susunnya ke dalam kategori seperti warna dan jenis pakaian.

Aplikasi ini membantu anda memadankan dan memisahkan pakaian mengikut warna dan musim.

Apabila anda selesai, anda boleh berkongsi OOTD anda di platform media sosial anda.

 4. Take-copter

take copter

Versi Doraemon: Take-copter adalah gabungan bagi perkataan taketombo (perkataan Jepun untuk kopter-buluh) dan helikopter.

Ia boleh dipasangkan kepada mana-mana bahagian badan dan anda perlu menggunakan minda anda untuk menentukan destinasi, kelajuan dan ketinggian.

Ia dikuasakan oleh bateri. 

gen h4

Produk sebenar: Produk yang paling hampir adalah GEN H4, helikopter terkecil di dunia yang berharga RM350,000.

Ia mempunyai satu tempat duduk dan dua rotor di atas satu sama lain.

Untuk memandu helikopter ini di Jepun, anda tidak memerlukan lesen.

5. Jubah halimunan

jubah halimunan

Versi Doraemon: Jubah putih yang membuat apa-apa sahaja bawahnya tidak kelihatan atau halimunan.

Produk sebenar: Sekeping kain "retro-reflektif" yang menjadikan pemakainya kelihatan seperti hilang dengan menunjukkan imej di belakang pemakainya.

jubah halimunan sebenar

Transmisi imej masa-sebenar memberikan ilusi bahawa orang yang memakai kot tersebut lutsinar.

Pencakar langit terkini di Seoul, Tower Infinity, akan menggabungkan ke persekitarannya menggunakan teknologi yang serupa.

6. Sensor gelombang otak (Dream TV)

dream tv doraemon

Versi Doraemon: Doraemon menggunakannya untuk melihat ke impian orang lain pada skrin.

Produk sebenar: Peranti yang dicipta oleh firma Silicon Valley, NeuroSky, adalah pengikat kepala yang boleh mengukur gelombang otak.

neurosky

Ia dapat mengetahui betapa mendalam pemakainya menumpukan perhatian dan menunjukkan hasilnya dengan memaparkan frekuensi beta dan sinar gamma pada skrin.

7. Lampu pengecil

lampu pengecil doraemon

Versi Doraemon: Sejenis lampu suluh yang mana apabila disuluhkan pada seseorang atau sesuatu objek, ia akan menjadi kecil.

Produk sebenar: Sebuah "robot mikro perubatan" yang dibangunkan oleh Universiti Ritsumeikan di barat Jepun.

medical micro robot

Hanya bersaiz 3 sentimeter, bot-mikro tersebut boleh digunakan di dalam badan pesakit untuk menerangi bahagian dalaman mereka dan mengambil gambar, menyuntik ubat dan mengumpul sampel tisu.

Rujukan:

1. Future of Things

2. NeuroSky

3. DressUp


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)