Oleh pada 13 Mar 2018 kategori

Disebabkan ada sesetengah negara digabungkan, dipisahkan atau ditukar nama, senarai negara yang "hilang" semakin meningkat.

Sebelum ini kami pernah berkongsi artikel mengenai 5 buah negara yang sudah lagi tidak wujud. Sebenarnya, terlalu banyak nama negara yang sudah tidak wujud jika ingin disenaraikan secara komprehensif, namun kali ini kami kongsikan nama-nama negara berikut yang mungkin agak popular dan biasa didengari tetapi kini sudah tiada:

Abyssinia

Antara empire berkuasa paling lama bertapak di muka bumi ini. Dahulunya juga digelar "Empire of Ethiopia" dimana kuasa takluknya juga merangkumi Egypt, Sudan, Yaman dan Saudi Arabia. Merupakan nama asal Ethiopia sehingga awal kurun ke-20. 

Afrika Barat Daya

Antara negara yang memiliki paling banyak harimau bintang. Negara ini menemui kebebasan pada tahun 1990 dan menukar namanya menjadi Namibia. Nama Namibia diperolehi daripada padang pasir "Namib" antara padang pasir tertua di muka bumi. Kebanyakan puak yang ada di Namibia masih lagi tidak mengamalkan pakaian sehingga kini.

awek namibia kaum himba

Austria-Hungary

Empayar pemerintahan monarki yang juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian yang bermula seawal 1867. Negara ini bukan hanya mempunyai Austria dan Hungary, malah sebahagian Republik Czech, Poland, Itali, Romania dan Balkan. Empayar ini runtuh pada penghujung Perang Dunia Kedua.

negara yang sudah tidak wujud basutoland

Basutoland

Basuto-Land berasal dari bahasa "Bantu" yang digunakan oleh masyarakat Shoto. Sebab itulah negara ini digelar "Basuto" oleh penjajah British pada waktu itu. Apa-apa pun, Basuto-land merupakan nama lama bagi Lesotho sebelum tahun 1966

Bengal

Bengal adalah sebuah kerajaan berautonomi dari tahun 1338 hingga 1539. Dahulunya dikenali sebagai "Gangaridai" oleh masyarakat Greece dan Rom. Kini ia bertukar menjadi sebahagian dari Bangladesh dan India. 

Burma

Burma telah menukar nama secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun masih banyak negara yang tidak mengiktiraf perubahan nama itu, termasuklah Amerika Syarikat.

Catalonia

Wilayah berautonomi di Sepanyol ini merdeka dari 1932 hingga 1934 dan 1936 hingga 1939. Peminat bola pasti tahu tentang negara ini. Jadi kami tidak mahu bercerita banyak tentang negara yang sudah tidak wujud tetapi terkenal ini.

ceylon sri lanka negara yang sudah tidak wujud

Ceylon

Ceylon asalnya adalah nama kepada sejenis rempah resepi kari yang menggunakan kelapa, limau dan tepung dalam menghasilkannya. Rempah ini dikatakan amat "pedas" dan "panas". Sebab itulah negara ini diberi nama Ceylon sebelum ini. Nama Ceylon kini ditukar menjadi Sri Lanka sejak tahun 1972.

Champa

Kerajaan ini terletak di kawasan tengah dan selatan Vietnam dari kurun ke 7 hingga 1832. Jangan terkejut kerana negara ini asalnya juga digelar sebagai "Nagara Champa". Masyarakat di sana juga ada dikalangan Melayu-Polinesia. Harap-harap di sana tak ada lah makcik bawang seperti di Malaysia.

Corsica

Menurut sejarah, Kepulauan Mediterranean ini pernah dikuasai oleh pelbagai negara namun pernah beberapa kali merdeka untuk seketika. Kini, ia berada di bawah pentadbiran Perancis.

Czechoslovakia

Negara ini telah mengalami banyak peristiwa hitam seperti peristiwa peperangan, melalui zaman komunisme, dan zaman revolusi velvet. Pada tahun 1993, negara ini berpecah secara aman menjadi Republik Czech dan Slovakia.

negara yang sudah tidak wujud

Empayar Uthmaniyyah

Juga dikenali sebagai Empayar Turki, ia bermula sekitar tahun 1300 dan berkembang hingga merangkumi wilayah kontemporari Rusia, Hungary, Balkan, Afrika Utara dan Timur Tengah. Kerajaan ini dibubarkan pada 1923 apabila Turki mengisytiharkan kemerdekaannya.

Gran Colombia

Sebuah negara Amerika Selatan yang merangkumi Colombia, Panama, Venezuela dan Ecuador antara tahun 1819-1830. Negara ini dibubarkan setelah Venezuela dan Ecuador memilih untuk berpisah.

Hawaii

Walaupun mempunyai kerajaan sendiri selama beberapa ratus tahun lamanya, Hawaii tidak diiktiraf sebagai sebuah negara bebas sehinggalah tahun 1840-an. Namun, pada tahun 1898, negara ini telah diilhakkan kepada Amerika Syarikat.

Jerman Timur & Jerman Barat

Kedua-dua negara ini bergabung dan membentuk Jerman yang bersatu pada tahun 1989 .

negara yang sudah tidak wujud ussr

Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) 

Pada tahun 1991, negara ini berpecah dan membentuk 15 buah negara baru iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine, and Uzbekistan.

New Granada

Negara Amerika Selatan ini merupakan sebahagian daripada Gran Colombia dari 1819-1830 dan dimerdekakan dari 1830-1858. Pada tahun 1858, ia dikenali sebagai Grenadine Confederation sebelum ditukar menjadi the United States of New Granada pada tahun 1861 dan United States of Colombia pada 1863. Akhirnya, ia menjadi Republik Colombia pada 1886.

Newfoundland

Antara tahun 1907 hingga 1949, Newfoundland hanya wujud sebagai sebuah wilayah berautonomi. Sesudah itu, Newfoundland bergabung menjadi satu wilayah di bawah pentadbiran Kanada.

Pakistan Timur 

Sebelum ini Pakistan Timur adalah pembahagi antara India dan Bengal. Ianya Digelar sebagai Pakistan Timur antara 1947 hingga 1971. Wilayah yang berasal dari Pakistan ini akhirnya ditukar nama menjadi Bangladesh.

negara yang sudah tidak wujud persian iran

Parsi

Empayar Kerajaan Parsi berkembang dari Laut Mediterranean sehinggalah ke India. Parsi Moden mula diasaskan pada abad ke-16 yang anda kenali kini sebagai Iran.

Prussia

Pada tahun 1660, Prussia merupakan sebuah duchy dan menjadi sebuah kerajaan pada abad berikutnya. Jajahannya yang paling luas meliputi dua pertiga bahagian Utara Jerman dan Barat Poland. Prussia yang menjadi sebuah unit persekutuan Jerman menjelang Perang Dunia Kedua dibubarkan sepenuhnya apabila perang tamat.

Republik Arab Bersatu

Antara 1958 hingga 1961, negara bukan jiran iaitu Syria dan Mesir bergabung untuk membentuk sebuah negara bersatu. Pada tahun 1961, Syria mengambil keputusan meninggalkan pakatan itu namun Mesir masih menggunakan nama Republik Arab Bersatu tersebut sehinggalah 10 tahun berikutnya.

Rhodesia

Sebelum tahun 1980, Zimbabwe dikenali sebagai "Rhodesia Selatan" yang dinamakan bersempena seorang diplomat British iaitu Cecil Rhodes. Apabila Rhodesia Utara menukar nama kepada Zambia, Rhodesia Selatan turut mengikut jejak langkah menukar nama kepada

negara yang sudah tidak wujud siam

Siam

Asalnya negara ini memang menggunakan nama "Siam" oleh Raja Mongkut Siam sebelum tahun 1939. Ianya bertukar nama kepada "Thailand" pada tahun 1939. Dan kemudiannya ditukarkan kembali kepada "Siam" selama dua tahun sekitar tahun 1946 sehinga 1948. Pada tahun 1949, "Siam" ditukar buat kali terakhirnya kepada "thai-land" atau "Thailand" sehingga kini. 

Sikkim

Kini merupakan bahagian paling utara di India, Sikkim merupakan sebuah monarki bebas dari awal kurun ke-17 hingga tahun 1975. Walaupun Sikkim kini sebahagian dari India, namun rakyatnya tidak berkulit gelap. Sikkim sangat hampir dengan sempadan Bhutal, China, Bangladesh dan Nepal. Lihat gambar di bawah ini. Inilah wajah penduduk Sikkim India masakini.

masyarakat sikkim

Tanganyika dan Zanzibar

Kedua-dua negara Afrika ini bergabung pada tahun 1964 untuk menjadi Tanzania. Perkataan Tanganyika dan Zanzibar tidak lagi digunakan sebagai nama kawasan, daerah atau negeri tapi digunakan sebagai simbolik darah asal masyarakat Tanzania. Lebih kurang seperti suku-suku di negeri sembilan.

Texas

Republik Texas memperoleh kemerdekaan daripada Mexico pada tahun 1836 dan menjadi sebuah negara bebas sehinggalah diilhakkan kepada Amerika Syarikat bermula 1845.

Tibet

Kerajaan ini mula diasaskan sekitar abad ke-7 sebelum dijajah China pada tahun 1950. Sejak itu, ia dikenali sebagai Wilayah Autonomi Xizang China. Mungkin China menjajah tibet kerana sukakan Gunung Everest atau mungkin juga Tibet mudah dijajah China kerana rakyatnya amat sukakan menari dan minum arak di mana Tibet amat terkenal dengan minumal nasional berakohol mereka iaitu "Chang".

Transjordan

Negara ini menjadi kerajaan bebas Jordan pada tahun 1946. Sebelum ini dikenali sebagai Transjordan semasa perang dunia pertama. "Trans" pada nama Transjordan tidak bermakna rakyat mereka adalah dikalangan gay.

negara yang sudah tidak wujud vietnam selatan

Vietnam Selatan 

Negara ini wujud dari tahun 1954 hingga 1976 sebagai sebuah wilayah anti komunis di Vietnam. Dulu, Vietnam utara pernah membantu dengan Vietnam Selatan untuk melawan puak haluan kiri di Vietnam Selatan yang menjadi persengketaan di antara dua negara ini. Akhirnya Vietnam Selatan menyerah kalah kepada Vietnam Utara. Peperangan ini menyebabkan Vietnam kerugian hampir $200 bilion.

Vermont

Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaannya dan menjadi negara bebas sehingga 1791. Setelah itu, ia menjadi negeri pertama menyertai Amerika Syarikat selepas tiga belas koloni.

Yugoslavia

Yugoslavia telah berpisah menjadi Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia and Montenegro dan Slovenia pada awal tahun 90-an. Pada tahun 1946, Yugoslavia ada nama lainnya iaitu "Federal People's Republic of Yugoslavia". Kawasan jajahan Yugoslavia merangkumi Zadar, Rijeka dan Istria.

Zaire

Zaire menukar namanya menjadi Republik Demokrasi Congo pada tahun 1997. Asalnya negara ini ditadbir oleh satu-parti secara total yang dipimpin oleh diktator ala-ala-ala tentera bernama Mobutu Sese Seko.


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)