Agak aneh jika anda tidak mengenali nama Fujiko Fujio kan? Nama ini terkenal disebabkan oleh siri manga dan anime popular di seluruh dunia iaitu Doraemon.

Dikeluarkan pada tahun 1973, Doraemon dianggap sebagai salah satu anime yang paling berjaya dalam sejarah. Jadi tak hairanlah robot kucing ini dinobatkan sebagai Duta Anime pada tahun 2008.

Sebenarnya, Fujiko Fujio adalah nama pena bagi pelukis duo dari Jepun, iaitu Hiroshi Fujimoto (Fujiko F. Fujio) dan Motoo Abiko (Fujiko A. Fujio).

BESARKAN TEKS     A-  A+

fujiko f fujio

(Hiroshi Fujimoto atau Fujiko F. Fujio)

Walaupun kedua-duanya menjadi terkenal disebabkan oleh Doraemon, namun masing-masing mempunyai karya individu yang menakjubkan.

Melalui nama "gabungan" Fujiko Fujio, Fujimoto dan Abiko juga menghasilkan karya manga yang baik selain Doraemon. Kerana licin, manga-manga juga dibuat menjadi siri anime yang popular.

Menggunakan gabungan nama Fujiko Fujio, Hiroshi dan Motoo juga menghasilkan manga yang popular selain daripada Doraemon. Kerana mendapat sambutan hangat, manga-manga ini juga dijadikan siri anime.

1. Ninja Hattori-kun

ninja hattori kun

Anime ini mengisahkan seorang anak berusia 11 tahun bernama Kenichi Mitsuba. Disebabkan oleh sifatnya yang malas, Kenichi sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah.

Namun, dia bertemu dengan seorang ninja cilik bernama Hattori Kanzo yang kemudiannya sering membantu Kenichi.

Hattori memiliki seorang adik yang bernama Shinzo dan anjing bernama Shishimaru, yang mana kedua-duanya juga merupakan ninja sama seperti Hattori.

Manga Ninja Hattori-kun dihasilkan oleh Fujiko A. Fujio. Sebagai serial anime, Ninja Hattori-kun ditayang kan pada tahun 1981 hingga tahun 1987 dengan jumlah 705 episod.

Disebabkan populariti yang hebat, studiro Shin-Ei Animation mengeluarkan satu lagi siri ini berjudul Ninja Hattori-kun Returns sejak tahun 2013.

2. Perman

perman

Bukan Ninja Hattori-kun sahaja yang mendapat sambutan hangat, tetapi karya Fujiko Fujio iaitu Perman juga disukai oleh penonton seluruh dunia.

Anime ini mengisahkan Mitsuo Suwa, seorang pelajar sekolah rendah biasa yang mempunyai peluang untuk menjadi seorang juara. Dia mendapat alat-alat ajaib daripada Birdman, adiwira daripada planet yang lain dalam bentuk lencana, helmet dan jubah.

Mitsuo boleh bertukar menjadi seorang adiwira dan membanteras jenayah yang berlaku di bandarnya.

Komik Perman dihasilkan pada tahun 1967 dan 1968 dalam 4 jilid dan diterbitkan dalam majalah Weekly Shounen Sunday. Kemudian, Fujiko F. Fujio meneruskan komik ini sebanyak 3 jilid di antara tahun 1983 hingga 1986 dalam majalah CoroCoro Comics.

Pada tahun 1983, Perman mula ditayangkan di pelbagai negara di seluruh dunia dengan 529 episod.

3. Kiteretsu Daihyakka

kiteretsu daihyakka

Protagonis dalam anime fiksyen sains ini, Eiichi Kite atau Kiteretsu adalah sangat mirip dengan Nobita dalam siri Doraemon. Dari segi penampilan, kedua-duanya memakai baju T, seluar pendek dan cermin mata. 

Kedua-duanya berusia 10 tahun dan sangat lemah dalam hal sukan. Namun, tak seperti Nobita yang lemah, Kiteretsu yang sering memakai topi bertulis "K" amat pintar apabila melibatkan mesin.

Dia boleh menghasilkanrobot yang sangat canggih bernama Korosuke. Bersama-sama dengan Korosuke, Kiteretsu sering mengembara dan berhadapan dengan pengalaman yang pelbagai.

Kiteretsu Daihyakka mempunyai dua siri manga yang dihasilkan oleh Fujiko F. Fujio. Siri pertama muncul dalam 3 jilid pada tahun 1974 hingga 1977.

Siri kedua, Shin Kiteretsu Daihyakka, mempunyai 6 jilid yang diterbitkan pada tahun 1988 hingga 1994. Studio Gallop juga menjadikannya siri anime pada tahun 1988 hingga 1996 dengan 331 episod.

4. 21 Emon

21 emon

Fujiko F. Fujio sememangnya mempunyai imaginasi yang tinggi tentang masa depan.

Beberapa karya sering menceritakan tentang perkara-perkara yang futuristik. Salah satunya adalah 21 Emon (Nijuichi Emon).

Manga 21 Emon diterbitkan pada tahun 1968 hingga 1969 sebagai salah satu siri komik dalam majalah Weekly Shounen Sunday.

Dalam manga ini yang berlatar belakangkan tahun 2018, ia memaparkan kisah seorang budak lelaki bernama 21 Emon yang mempunyai impian untuk menjadi juruterbang angkasa dan menjelajahi angkasa lepas.

Walau bagaimanapun, dia mempunyai kewajipan untuk membantu perniagaan hotel milik keluarganya.

Oleh kerana Bumi pada masa itu menjadi sebuah planet yang dikunjungi oleh banyak makhluk dari semua penjuru galaksi, persaingan perniagaan hotel semakin genting dan hotel keluarganya diancam dengan bangkrap.

Dihasilkan oleh studio Shin-Ei Animation, manga animasi ini dicipta pada tahun 1991.

Walaupun ia membawa unsur-unsur fiksyen sains yang sama, namun latar belakang dalam siri anime ini berubah, bukan lagi pada tahun 2018 tetapi antara tahun 2051 hingga 2071.

5. Esper Mami

esper mami

Berbeza dengan siri-siri dalam senarai ini, anime ini mempunyai protagonis yang merupakan seorang gadis. Mami Sakura, pelajar sekolah menengah biasa diberkati dengan kuasa ghaib.

Dia boleh melakukan aksi terapung, teleportasi, telekinesis, dan telepati. Dengan bantuan teman rapatnya, Kazuo Takahata, Mami menggunakan kelebihan ini untuk menyelesaikan pelbagai kes misteri yang berlaku di sekelilingnya.

Seperti karya Fujiko F. Fujio yang lain, Esper Mami juga membawakan kisah seorang protagonis yang mempunyai kelebihan daripada kanak-kanak lain seusianya.

Dihasilkan dari tahun 1977 hingga 1982, manga Esper Mami diterbitkan dalam 9 jilid melalui majalah Shounen Big Comic.

Juga dihasilkan oleh Shin-Ei Animation, Esper Mami telah dijadikan siri anime yang disiarkan di TV Asahi pada tahun 1987 hingga 1989 sebanyak 119 episod.

6. Obake no Q-taro

obake no q taro

Sekiranya anda suka cerita hantu, anime ini mungkin menjadi kegemaran anda. Akan tetapi, sosok hantu yang dipaparkan tidaklah menakutkan.

Sebaliknya, Q-taro, yang ditampilkan dengan 3 helai rambut mampu membuatkan anda ketawa dengan kelakuannya yang lucu. 

Fujiko Fujio menghasilkan manga ini dari tahun 1964 hingga 1966 dan diteruskan oleh Fujiko F. Fujio pada tahun 1971 hingga 1974.

Manga ini juga telah digubah menjadi anime sebanyak 2 kali. Yang pertama, oleh TMS Entertainment, Obake no Q-taro disiarkan sebanyak 70 episod pada tahun 1971 dan 1972.

Kemudian, Shin-Ei Animation sekali lagi menghasilkannya pada tahun 1985 hingga 1987 dengan sejumlah 510 episod.

Manga dan anime Obake no Q-taro menceritakan kisah hidup Q-taro dengan keluarga manusia.

Ia boleh terbang dan membuatkan badannya menjadi lutsinar. 

7. Mojacko

mojacko

Siri anime ini juga telah menjadi "tontonan wajib" bagi kanak-kanak. Anime ini menceritakan kisah persahabatan antara seorang budak lelaki bernama Sorao Amano dan makhluk asing dari Planet Moja bernama Mojacko (Mojara dalam manga).

Sorao cuba membantu Mojacko dan Donmo, robot yang selalu mengiringi Mojacko, untuk kembali ke planet asal mereka.

Sebelum menjadi siri anime, Mojacko adalah manga oleh Fujiko F. Fujio sebanyak 3 jilid dari tahun 1969 hingga 1997.

Dihasilkan oleh Oriental Light dan Magic, kisah Sorao dan Mojacko telah disesuaikan menjadi siri anime yang menyiarkan 74 episod pada tahun 1995 hingga 1997.

Rujukan:

1. Kincir

2. Fandom

3. Anime List




Hakcipta iluminasi.com (2017)