Dalam berdekad-dekad yang lalu, banyak filem superhero telah berjaya memasuki senarai box office dan mendapat pujian melambung.

Namun, masih terdapat filem superhero yang gagal mendapat sambutan daripada penonton wayang dan pengkritik.

Filem-filem seperti Green Lantern, Daredevil, Elektra dan 2 filem Ghost Rider gagal untuk memanfaatkan kejayaan filem sebelumnya seperti siri Superman, The Watchmen dan trilogi Batman.

BESARKAN TEKS     A-  A+

adegan dalam filem badang

Namun jika dihitung, lebih banyak yang berjaya daripada yang gagal dan kos penghasilan juga memainkan peranan yang sangat penting.

Tak kiralah sama ada ia bakal untung atau tidak, kos untuk menghasilkan filem superhero sudah diketahui sangat tinggi.

iluminasi.com kongsikan 7 filem superhero yang paling mahal pernah dihasilkan sehingga tahun 2018.

7. The Avengers (2012) – RM922 juta

the avengers 2012

Apabila anda mempunyai sekumpulan superhero dalam sebuah filem yang sama, ia sudah tentu akan menelan belanja yang sangat besar memandangkan kebanyakan daripada watak-watak ini mempunyai siri mereka sendiri.

Penghasilan The Avengers menelan kos sebanyak RM922 juta oleh Marvel Studios dan Disney. Namun jika melihatkan kepada pungutannya, ia lebih daripada berbaloi.

The Avengers mencatatkan kutipan yang tersangat tinggi iaitu RM6.37 bilion.

6. Man of Steel (2013) – RM943 juta

man of steel 2013

Sebagai memulakan semula francais filem Superman, Man of Steel meneroka semula asal Superman atau Clark Kent atau Kal El.

Dibintangi oleh Henry Cavill, Man of Steel mendapat sambutan hangat dan tersenarai di box office, dengan jumlah kutipan RM2.8 bilion.

Jumlah ini jauh melebihi kosnya yang agak tinggi iaitu sekitar RM943 juta, menjadikannya filem superhero ketiga termahal pernah dihasilkan.

Walaubagaimanapun, filem ini menerima sambutan yang bercampur-campur di mana para pengkritik merungut dengan jalan cerita filem yang tidak memberikan apa-apa yang baru termasuk pada watak-watak.

5. The Dark Knight Rises (2012) – RM964 juta

the dark knight rises

Sebagai yang terakhir bagi trilogi Batman yang berjaya, penerbit The Dark Knight Rises merasakan bahawa ia layak mendapat belanja besar iaitu RM964 juta bagi menghasilkannya.

Dan ia dianggap sebagai satu langkah yang baik kerana filem itu menjadi salah satu daripada sepuluh filem teratas dalam jumlah kutipan sepanjang zaman.

Bukan itu sahaja, filem ini juga merupakan filem Batman terhebat dari 10 filem Batman yang dihasilkan oleh DC dan Warner Bros.

Walaupun berjaya, pengarah Christopher Nolan enggan memasukkan watak-watak yang memiliki superpower dalam sirinya, yang mendorong pengeluar untuk membenarkan penghasilan filem Batman-Superman baru yang dibintangi Ben Affleck sebagai Caped Crusader.

Namun, ramai yang berpendapat bahawa Christian Bale lebih memberikan impak sebagai Batman.

4. Avengers: Age of Ultron - RM1.05 bilion

avengers age of ultron

Jika ada perkara yang kita pelajari ketika membaca artikel ini adalah filem superhero merupakan antara filem yang paling menelan kos tertinggi di dunia. Begitu juga dengan filem Avengers kedua iaitu Avengers: Age of Ultron.

Filem ini diarahkan oleh Joss Whedon dan mempunyai bajet besar kira-kira RM1.05 bilion, dibintangi oleh pelakon terkemuka dunia.

Filem ini menerima sambutan hangat dari para peminat dan pengkritik serta memberikan pulangan besar kepada Disney apabila filem itu menjadi filem ke-21 dalam sejarah Cinema untuk melepasi paras jumlah kutipan USD1 bilion, iaitu sebanyak USD 1.405 bilion (RM5.89 bilion)

3. Spider-Man 3 (2007) – RM1.08 bilion

spiderman 3

Filem Spider-Man terakhir daripada trilogi Sam Raimi yang dibintangi Tobey Maguire, Spider-Man 3, dianggap oleh ramai sebagai filem terburuk dalam siri ini.

Peminat dan pengkritik memberikan maklum balas negatif mengenai bagaimana Sam Raimi mengendalikan filem itu.

Walau bagaimanapun, ia tidak dapat dinafikan bahawa Spider-Man 3 juga merupakan filem Spider-Man yang mendapat jumlah kutipan tertinggi sehingga kini iaitu lebih daripada RM3.7 bilion di seluruh dunia.

Malah, ia juga disenaraikan sebagai salah satu daripada 35 filem terhebat yang terhebat sepanjang zaman.

Kos penghasilan filem superhero ini adalah hampir 30% daripada kutipan tersebut iaitu RM1.08 bilion, yang tertinggi bagi senarai filem superhero.

2. Avengers: Infinity War (2018) - RM1.26 bilion

avengers infinity war

Diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo, Avengers: Infinity War menampilkan sekurang-kurangnya 76 watak, menjadi filem terpanjang Marvel hingga kini dan menjadi filem superhero terbesar di dunia.

Kos penghasilan filem ini adalah yang kedua tertinggi di dunia bagi kategori filem superhero iaitu mencecah RM1.26 bilion.

Walaupun tersangat mahal namun jika dibandingkan dengan kutipan keseluruhannya, filem ini dikatakan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.

Kutipan keseluruhan Avengers: Infinity War mencecah RM8.58 bilion, hampir 7 kali ganda kosnya.

1. Justice League (2017) - RM2.5 bilion

justice league

Dan filem superhero dengan kos paling tinggi pernah dihasilkan tak lain dan tak bukan adalah filem yang mendapat maklum balas yang buruk, Justice League.

Walaupun para penonton kelihatan agak memaafkan kesakitan terhadap DC Extended Universe, namun para pengkritik masih tetap tidak mempunyai belas kasihan.

Dan malangnya Justice League juta tidak terlepas daripada kritikan.

Menurut sumber, kos penghasilan Justice League mencecah RM2.5 bilion namun ia dianggap sebagai satu kegagalan kerana kutipannya hanyalah sebanyak RM2.76 bilion.




Hakcipta iluminasi.com (2017)