Angkatan bersenjata Pakistan menikmati populariti yang besar dalam kalangan rakyat negara itu.

Ia bukan sahaja kerana mereka telah mempertahankan sempadan negara terhadap musuh-musuh dalaman dan luaran dari masa ke masa, tetapi juga kerana angkatan bersenjata Pakistan dan pasukan mereka telah banyak membantu rakyat mereka dalam setiap keperluan, sama ada gempa bumi, banjir dan lain-lain seperti tragedi semula jadi dan buatan manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi yang tak tahu, Pakistan adalah negara yang mempunyai pasukan tentera yang sangat kuat dalam kalangan kuasa dunia yang lain.

iluminasi.com kongsikan 7 fakta hebat dan menakjubkan tentang pasukan tentera Pakistan yang anda tak tahu.

1. Pasukan tentera ke-13 terkuat di dunia

tentera pakistan ke 13 terkuat di dunia

Menurut laporan perbandingan yang dibuat oleh Business Insider mengenai 25 pasukan tentera terkuat di dunia, Pakistan tersenarai di kedudukan ke-13.

Ia menggambarkan betapa hebat ketahanan dan keupayaan tentera Pakistan walaupun perlu bekerja dengan sumber yang jauh lebih rendah daripada yang tersedia berbanding dengan angkatan bersenjata yang lain di dunia.

2. Memiliki pasukan tentera ke-17 terbesar di dunia

tentera pakistan ke 17 terbesar di dunia  

Dalam kedudukan yang dihasilkan oleh Firepower Global 2018, Pakistan dinamakan sebagai pasukan tentera ke-17 terbesar di dunia dari segi kakitangan aktif.

Mungkin kedudukan ini tidak kelihatan hebat melihat kepada angka "17", namun ia mengambil kira kuasa lebih daripada 130 buah negara, yang mana sangat menakjubkan.

3. Pasukan tentera Islam terkuat di dunia 

tentera pakistan terkuat dalam dunia islam

Pakistan adalah satu-satunya negara majoriti Islam di dunia yang memiliki senjata nuklear, menjadikan tentera mereka sebagai kuasa yang paling berkuasa dalam dunia Islam.

Walaupun Business Insider menempatkan Mesir dan Turki di atas tentera Pakistan iaitu di kedudukan ke-13 dalam senarai, namun Turki dan Mesir tidak mempunyai kekuatan nuklear, menjadikan tentera Pakistan lebih kuat.

4. Memiliki kakitangan tentera wanita paling ramai dalam kalangan pasukan tentera dunia Islam

tentera pakistan miliki anggota wanita paling ramai dalam kalangan pasukan tentera dunia islam

Sejak tahun 1947, sebilangan besar wanita telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Pakistan dalam pelbagai bidang.

Ketika ini, Pakistan mempunyai bilangan wanita yang paling banyak berkhidmat untuk angkatan bersenjata dalam semua tentera negara majoriti Islam.

Dan peranan mereka tidak terhad kepada bahagian perubatan atau kejuruteraan sahaja. Angkatan bersenjata Pakistan mempunyai beberapa pejuang wanita aktif yang bersedia menggadaikan nyawa mereka untuk melindungi sempadan negara. Tabik!

5. Tentera Udara Pakistan adalah yang ke-10 terkuat di dunia 

tentera udara pakistan ke 10 paling kuat di dunia

Angkatan Tentera Pakistan terkenal sebagai salah sebuah tentera yang paling kuat dan begitu juga dengan angkatan udaranya.

Dengan memiliki 4 daripada 6 helikopter terhebat dalam perkhidmatan, 70,000 anggota aktif pasukan udara, 951 pesawat bersama 2 jenis pesawat pertempuran dan pengawasan, Angkatan Udara Pakistan (PAF) dianggap sebagai kuasa udara ke-10 terkuat di dunia.

Angkatan Udara Pakistan juga terkenal dengan juruterbang lelaki dan wanita yang terlatih dan telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa.

6. Penyumbang ke-5 terbesar dalam misi keamanan PBB

pakistan penyumbang ke 5 terbesar dalam misi kemanan pbb

Dengan lebih daripada 6,000 anggota tentera dalam misi kemanan PBB, Pakistan adalah penyumbang ke-5 terbesar dalam aktiviti pengaman PBB.

Angkatan bersenjata Pakistan dan kakitangan mereka juga mempunyai sejarah yang panjang sebagai penjaga keamanan PBB di kawasan konflik di seluruh dunia, termasuk Bosnia, Congo, Sierra Leone, Kuwait selain banyak lagi.

7. Tentera Pakistan mempunyai kadar bunuh diri 0% 

tentera pakistan miliki kadar bunuh diri 0

Bunuh diri dalam kalangan anggota perkhidmatan tentera yang aktif masih menjadi hakikat yang membimbangkan bagi semua negara di dunia.

Walau bagaimanapun, Pakistan adalah sebahagian daripada pasukan yang sangat diberkati yang mempunyai kadar bunuh diri sebanyak 0%.

Fakta ini mempamerkan kekuatan mental anggota mereka serta komitmen terhadap tanah air.




Hakcipta iluminasi.com (2017)