Kepantasan adalah salah satu faktor utama yang menjadi tolok ukur dalam pemilihan untuk membeli kenderaan mewah seperti supercar. Kebanyakkan pengeluar menitik beratkan hal ini supaya penjualan mereka laris dan menguntungkan. Berikut kami kongsikan bersama anda supercar apakah yang paling laju setakat ini yang berada di pasaran.

7. Pagani Huayra

Mungkin jenama dari Italy ini sedikit asing bagi kebanyakkan orang, namun ianya adalah sebuah supercar berkelajuan tinggi dengan enjin V12.6000 cc twin-turbo dan 730 kuasa kuda. Kelajuan maksimum yang dicatatkan kereta ini ialah 383km/jam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. McLaren F1

mclaren f1

McLaren memang terkenal dengan pelbagai kereta pantasnya dan salah satunyanya ialah McLaren F1. Berbekalkan enjin BMW MV12 6.100cc, supercar ini boleh mencapai kelajuan sehingga 388km/jam. Sedikit kelainan dengan stereng pengemudi yang berada di tengah dan mempunyai badan yang serat karbon membuatkan pengalaman memandunya sedikit unik.

5. 9FF GT9-R

9ff gt9 r

Salah satu siri model Porsche 911 ialah 9FF GT9-R dan ianya merupakan supercar yang mempunyai durasi pantasan mencapai 100km/jam dalam hanya 2.9 saat. Berteraskan enjin 4.000 cc flat-6 yang ditransformasikan dianya mampu mencecah kelajuan maksimum 420km/jam. Dilengkapi dengan 6 transmisi kelajuan dan hanya seberat 1,326 kg ianya diproduksikan pada tahun 2007-2008.

4. Bugatti Veyron Super Sport

bugatti veyron super sport

Bugatti memang tidak asing lagi dalam mengeluarkan model mewah supercar dunia. Salah satu modelnya ialah Bugatti Veyron Super Sport yang mempunyai enjin W16 quad-turbocharged. Supercar ini pernah mencatat rekod di dalam Guinness Book of Record apabila mencapai kelajuam maksimum 431km/jam ketika dipandu uji di Ehra-Lessein. Untuk maklumat tambahan, Bugatti juga mengeluarkan model pacuan 4 roda paling laju di dunia iaitu Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse dengan kelajuan 409km/jam

3. Hennessey Venom GT

hennessey venom gt

Salah satu jenama supercar terpantas ialah Hennessey Venom GT yang sering bersaing dengan Bugatti. Kereta yang mempunyai enjin V8 twin-turbocharged 7.000cc ini telah mencatat rekod kelajuan maksimum 435km/jam pada pandu uji di Kennedy Space Center baru-baru ini. Supercar ini merupakan keluaran Hennesey Perfomance Engineering di Texas, Amerika Syarikat.

2. Koenigsegg Agera RS

koenigsegg agera r

Jenama supercar ini yang berasal dari Sweden mungkin tidak asing lagi pada peminat kereta berkelajuan tinggi. Model Koenigsegg Agera RS yang dilengkapi dengan enjin DOHC V8 turbocharged 5.000 cc ini mampu memcapai kelajuan maksimum 457.94 km/jam. Pada November 2017 kereta ini secara tidak rasminya digelar kereta paling laju di dunia.

1. Bugatti Chiron

bugatti chiron

Bugatti Chiron berjaya menduduki tangga teratas di dalam senarai supercar paling laju di dunia. Mempunyai jentera enjin W16 8.000 cc quad-turbocharged yang diperbaharui, dia mampu mencecah kelajuam maksimum sehingga 463km/jam. Mempunyai transmisi automatic 7 gear dual-clutch kereta ini memang menjadi impian ramai peminat supercar di luar sana namun jangan terkejut kerana harganya boleh mencecah sehingga USD 2.7 juta bersamaan RM 10.49 juta.




Hakcipta iluminasi.com (2017)