Sebagai orang kebanyakan, pilihan penulis dalam membeli buah-buahan kebiasaannya berkisar kepada buah-buahan tempatan yang kosnya rendah berbanding buah-buahan import.

Yang paling mahal pun rasanya durian, bergantung kepada musim dan jenisnya. Penulis nak makan Musang King pun, tunggu bila permintaan dah reda dan orang ramai tidak lagi memburunya. Harganya pun lebih berpatutan. Namun bagi sesetengah peminat buah di seluruh dunia, mereka tidak peduli tentang harga yang perlu dibayar - asalkan mereka dapat merasai keunikan buah-buahan tertentu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Atas sebab itu, ada lima jenis buah yang diisytiharkan mempunyai harga paling mahal di dunia. Buah-buahan apa itu dan apakah tahap mahalnya?

Mangga Northern Territories

buah mangga pine creek utara australia mahal

Penulis gemarkan buah mangga apatah lagi beberapa jenis mangga yang mempunyai isi tebal, pejal dan biji yang kecil. Bagaimanapun harga yang penulis nak bayar, paling mahal pun mungkin RM10 bagi satu kilogram mangga. Bagaimanapun di Australia, bagi menghormati peladang mangga yang bekerja di bahagian Northern Territory - setiap tahun akan diadakan acara lelongan melibatkan hasil tanaman mereka sebagai acara amal.

Buah mangga itu yang dilelongkan dalam kuantiti satu talam, kebiasaannya mampu mencecah harga yang amat tinggi kerana lelongan ini turut disertai golongan kenamaan. Tradisi ini yang dimulakan pada tahun 1970 berjaya memperolehi RM180 setalam dalam acara julung kali diadakan.

Rekod jualan tertinggi dipegang dalam acara tahun 2012 pada harga RM138 ribu bagi satu talam mangga yang berisi 14 buah biji. Boleh kata RM10,000 sebiji. Untuk tujuan amal tak ada masalah rasanya kan? Jadi mohon hantar sebiji pada kami selepas ini, bagi kami cuba.

Tembikai Densuke

tembikai susu densuke

Mempunyai rupa yang unik berbanding buah tembikai lain, tembikai Densuke amat terkenal di kalangan golongan berkemampuan kerana kerap kali dijadikan hadiah perkahwinan golongan bangsawan.

Melihat isinya, tampak kelihatan serupa saja dengan tembikai-tembikai lain namun rasanya dikatakan jauh lebih manis serta mempunyai kerangupan yang amat mengujakan pemakannya. Setiap pembeliannya akan disertakan dengan kotak cantik bagi melindungi buahnya daripada kemik, serta sijil pengesahan status tembikai itu.

Berapakah harga tertinggi pernah dicapai dalam jualan tembikai Densuke? Dalam satu acara lelongan tahun 2008, sebiji tembikai ini berjaya mencecah harga RM25,750 - bersamaan harga sebuah kenderaan di negara kita.

Tembikai susu Yubari

tembikai susu yubari

Sekiranya tembikai Densuke mampu mencecah harga sebuah kereta, adik-beradiknya yang turut sama datang dari Jepun - tembikai susu Yubari pula mampu mendapatkan anda sebuah pangsapuri kos rendah lengkap dengan perabot di dalamnya.

Ini kerana tembikai susu itu berjaya dilelong dengan harga RM122,000 dalam satu acara lelongan tahun 2018, memecahkan rekod harga tertinggi yang dicatat pada tahun 2016 hampir dua kali ganda. Apa yang menarik tentang tembikai susu ini? Rasanya yang manis berkrim.

Hanya 500 biji saja akan dihasilkan setiap tahun daripada kumpulan 8 orang peladang yang beroperasi di Yubari, Jepun.

Nenas Cornwall

nenas cornwall pineapple

Di sebuah ladang bernama Ladang Heligan yang terletak di Cornwall, terletak di sebuah kampung bernama Mevagissey - peladang di situ mengusahakan tanaman nenas yang unik. Keunikannya datang daripada caranya di tanam.

Dengan menggunakan teknik yang diistilahkan sebagai teknik tanaman Victoria, penanaman nenas di Cornwall menggunakan bahan jerami yang dicampurkan dengan najis dan air kencing kuda - bagi menggalakkan pertumbuhannya. Ini kerana cuaca di Britain dikatakan sejuk, kurang sesuai bagi tanaman nenas.

Seandainya dijual, harganya dikatakan mampu mencecah RM55,000 sebiji disebabkan oleh keperluan penanaman menggunakan teknik rumah kaca, di mana jerami dan najis kuda tadi akan digunakan sebagai asas tanamannya - yang telah diamalkan sejak abad ke 19 bagi membolehkan Britain menghasilkan nenas mereka sendiri dalam skala kecil.

Bagaimanapun, nenas itu hanya dimakan di kalangan pekerja dan majikan Ladang Heligan, kerana hanya lebih kurang 40 pokok dapat ditanam setiap tahun bergantung kepada kuantiti baja yang ada serta suhu cuaca.

Anggur Ruby Roman

buah anggur ruby roman paling mahal di dunia

Mempunyai saiz yang jauh lebih besar berbanding sebiji buah anggur biasa, anggur Ruby Roman dikatakan mempunyai tekstur yang sangat seimbang, di antara rasa kenyal dan manis yang mampu membuatkan pemakannya merasa nikmat.

Mula ditanam pada tahun 2008 di daerah Ishikawa, Jepun - mengekalkan harganya, pengeluarannya dikawal dan hanya 26,000 gugus anggur Ruby Roman di jual setiap tahun. Kebanyakannya dijual melalui proses lelongan. Mengambil masa selama 2 tahun untuk dihasilkan setiap biji, harga jualan yang diramalkan perlu ditetap bagi mendapatkan kembali kos adalah sekitar

Sama seperti daging wagyu, syarat pengeluarannya juga sangat ketat. Mana-mana gugus anggur yang layak dikategorikan sebagai Ruby Roman mestilah mempunyai berat 20 gram setiap biji, mempunyai kandungan gula pada paras 18 peratus dan mempunyai warna merah yang ditetapkan. Harga paling tinggi pernah dicapai untuk anggur ini? RM46,000 dalam satu lelongan tahun 2019.

Gulp.




Hakcipta iluminasi.com (2017)