atlet pendapatan tertinggi

Bagi seseorang atlet, tempoh karier mereka sebenarnya sangatlah singkat. Bagi seorang pemain bola sepak professional misalnya, umur 30-an sudah dianggap tua dan kebanyakannya akan bersara daripada menjadi pemain bola sepak professional sebelum umur mereka mencecah 35 tahun.

Kehebatan dan populariti seseorang atlet juga membolehkan mereka dilantik sebagai duta-duta produk terkenal yang membolehkan mereka mendapat pendapatan sampingan yang sangat lumayan. Malah, ada atlet dimana pendapatan mereka daripada program penjenamaan ini lebih lumayan daripada gaji sebagai seorang atlet.

Kali ini kami ingin berkongsi senarai 7 orang atlet yang sudah mencapai status sebagai seorang billionaire. Hanya 2 sahaja dalam senarai ini daripada sukan bola sepak sementara yang lain daripada sukan golf, tinju, golf, bola keranjang dan lumba kereta.

1. Cristiano Ronaldo

kekayaan cristiano ronaldo

Kedatangan semula Cristiano Ronaldo pada saat akhir jendela perpindahan pemain cukup mengejutkan banyak pihak. Walaupun beliau terpaksa bersetuju dengan potongan gaji, pemain ini masih memperoleh £500,000 seminggu di Old Trafford. Namun, pendapatan dan aset kewangannya yang membezakannya dengan pemain lain adalah kerana beliau memperoleh anggaran £36 juta dari pelbagai tajaan, menurut Forbes.

Melalui pendapatan daripada kerjaya sebagai pemain sahaja, beliau telah mengumpul pendapatan lebih dari £500 juta dan dengan perjanjian tajaan seumur hidupnya dengan Nike serta jenama CR7nya yang merangkumi pakaian, aksesori, hotel dan gim, bintang Portugal ini adalah salah satu atlet dengan pendapatan tertinggi dalam sejarah sukan.

2. Floyd Mayweather

kekayaan floyd mayweather

Nilai bersih Floyd Mayweather dikatakan sekitar $1.2 bilion. Beliau memperoleh £220 juta untuk pertarungannya melawan Conor McGregor pada bulan Ogos 2017. Walaupun terdapat desas-desus mendakwa beliau mungkin miskin, petinju ini bijak menjana kewangan dengan sejumlah 'pelaburan pintar' cukup untuk memberikannya pendapatan tujuh angka tambahan kepadanya setiap bulan.

Beliau adalah salah satu tarikan rancangan bayar-per-tontonan paling menguntungkan sepanjang masa dalam sejarah sukan. Beliau menduduki tempat teratas dalam senarai Forbes and Sports Illustrated dari 50 atlet dengan gaji tertinggi tahun 2012 dan 2012 dan senarai Forbes menyenaraika sekali lagi pada 2014 dan 2015 sebagai atlet dengan gaji tertinggi di dunia.

3. Lionel Messi

lionel messi 31

Lionel Messi telah membuat perpindahan mengejutkan apabila berpindah ke pasukan Paris Saint Germain (PSG). PSG dilaporkan hanya membayar £500,000 seminggu kepadanya, kurang dari setengah daripada £1.15 juta yang diperolehnya dalam seminggu di Barcelona. 

Walau bagaimanapun, Messi tetap memperoleh pendapatan sampingan daripada hak gambar dan bonus masing-masing berjumlah £175,000 dan £250,000 setiap minggu. Tawaran penajaan dengan jenama-jenama besar seperti Adidas dan Pepsi juga membantu pemain Argentina ini mencapai kekayaan luar biasa. 

4. Tiger Woods

tiger woods

Tiger Woods hampir menamatkan kariernya setelah pendedahan skandal seksnya dan kecederaan yang dialaminya. Beliau hanya satu daripada dua atlet di dunia selain Roger Federer yang pendapatan tajaannya mencapai nilai £80 juta dalam satu tahun.

Forbes menyenaraikan beliau sebagai atlet Amerika Syarikat yang sudah mencapai status billionaire pada tahun 2009 tetapi beliau kehilangan banyak penajaan setelah terlibat dalam kemalangan dengan keretanya pada Thanksgiving 2009.

5. Michael Jordan

michael jordan air jordan 165

Pada tahun 2020 dikatakan Michael Jordan memperoleh £ 27,780 sejam walaupun pada hakikatnya tidak bermain bola keranjang sejak tahun 2003. Jenama ‘Air Jordan’ miliknya dikatakan membawa sekitar £2.5 bilion setahun kepada Nike, membantunya membina kekayaan peribadi yang mengejutkan bernilai sekitar £1.7 bilion

Coca Cola, McDonald's dan Chevrolet juga menulis beberapa cek berjumlah besar kepada pemain berusia 58 tahun ini sebagai pertukaran untuk promosi dari pihaknya. Nilai bersihnya dilaporkan £1.66 bilion.

6. Michael Schumacher

michael schumacher

Ketika Schumacher berada di puncak, pemandu Jerman ini menjadi atlet dengan gaji tertinggi kedua di dunia menurut Forbes pada tahun 2004. Ketika zamannya mendominasi kejuaraan perlumbaan Formula 1, beliau dikatakan memperoleh sekitar £50 juta setahun dari kontraknya dengan Ferrari.

Beliau juga memperoleh tambahan £5 juta selama tiga tahun hanya dengan memakai topi yang mempunyai logo Deutsche Vermongensberatung. Malangnya, pemandu lagenda dari Jerman ini terlibat dalam kemalangan ski yang mengerikan pada tahun 2013 yang menyebabkan beliau mengalami koma.

7. Jack Nicklaus

jack nicklaus

Dengan enam gelaran Masters dan lebih dari 117 kemenangan kejohanan, Jack Nicklaus dianggap sebagai salah satu pemain golf terhebat di dunia. Wang hadiah kemenanngannya bukan satu-satunya sumber pendapatannya kerana beliau juga mempunyai beberapa tawaran penajaan dan aliran pendapatan yang menguntungkan.

Selain perjanjiannya dengan jenama MacGregor Golf, beliau juga mengeluarkan banyak buku, merancang lapangan golf dan bahkan terlibat dalam pembinaan banyak permainan video golf sepanjang kariernya. Jack Nicklaus dipercayai menjana £1.15 bilion yang luar biasa sepanjang kariernya. 

Kredit:

  1. TalkSport
  2. The Mirror


Hakcipta iluminasi.com (2017)