Oleh pada 15 Jul 2019 kategori

Artifak sejarah yang sangat berharga telah bertukar tangan dari penjajah kepada pencuri dan berakhir di tempat sejauh beribu-ribu kilometer dari tempat asalnya. Dan perbalahan tentang siapakah pemilik sebenar bagi artifak-artifak tersebut menjadi satu masalah di antara negara-negara.

Dengan pasaran gelap dalam karya seni yang dicuri bernilai kira-kira RM26 bilion setahun, ia menjadikan artifak-artifak ini sangat menjadi rebutan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, pemilik masa lalu dan kini boleh menuntut sesuatu objek yang kadang-kala membawa kepada pertikaian dan peperangan antara negara.

1. Preah Vihear/Khao Phra Viharn - Kemboja vs Thailand

preah vihear

Di Kemboja ia dipanggil Preah Vihear dan di Thailand pula ia dikenali sebagai Khao Phra Viharn. Namun, kedua-dua negara menuntut pemilikan kuil di sempadan Kemboja-Thailand yang percaya ia berada di tanah masing-masing.

Pemilikan kuil kuno ini menjadi subjek pertikaian antara kedua negara sejak Perancis berundur dari wilayah tersebut pada tahun 1950-an. 

Dalam keputusan pada tahun 1962, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan kedaulatan ke atas tanah di sekelilingnya kepada Kemboja. Tidak lama kemudian, Thailand menarik diri dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Kemboja telah meminta agar Mahkamah Keadilan Antarabangsa menjelaskan keputusannya secara rasmi.

Peperangan mini ini diteruskan pada tahun 2008 apabila Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengumumkan bahawa kuil Warisan Dunia ini milik Kemboja.

Pada bulan Februari 2011, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memerintahkan gencatan senjata antara kedua-dua negara selepas 10 orang hilang tetapi pertikaian itu diteruskan pada April 2011 mengakibatkan kematian 18 orang dan pemindahan 85,000.

2. Sphinx - Mesir vs Britain

sphinx 225

Sphinx, yang merupakan simbol Mesir purba adalah monumen yang dibina berdasarkan imej Firaun Khafre dari dinasti keempat.

Janggut artifak berusia 4.600 tahun itu secara luruh secara tidak sengaja dan dibawa pergi kemudiannya dijual ke Muzium British pada tahun 1818.

Sepanjang 160 tahun yang lalu, ia telah disimpan di ruang bawah tanah muzium tersebut tanpa sebarang rancangan untuk dikembalikan ke Mesir.

3. Rosetta Stone - Mesir vs Britain

rosetta stone

Seketul batu basalt hitam yang ditemui di Rosetta, Mesir pada tahun 1799 oleh seorang pegawai Perancis masih menjadi isu pertikaian di antara 2 buah negara pada hari ini iaitu Mesir dan Britain.

Dikenali sebagai Rosetta Stone, artifak yang terkenal ini mempunyai tulisan dalam bahasa Yunani, watak-watak bersifat purba dan hieroglif.

Batu berusia 2,200 tahun itu dipercayai menyimpan rahsia untuk menterjemahkan hieroglif dan masa lalu kuno Eqypt.

Dalam penyerahan Perancis ke British pada 1801, Batu Rosetta dipindahkan ke Muzium British di London. Sehingga hari ini, Mesir masih mencari cara untuk mendapatkan semula batu ini.

4. Tanah Masjid Babri - Islam vs Hindu (India)

masjid babri

Di utara Uttar Pradesh, para ulama dan pemimpin Islam berganding bahu untuk bangkit terhadap keputusan mahkamah berkenaan dengan tapak masjid yang dirobohkan.

Keputusan mahkamah tinggi pada tahun 2010 memberikan pemilikan dua pertiga tanah tersebut kepada orang Hindu, mengakibatkan umat Islam menolak keputusan dan membuat rayuan di peringkat mahkamah agung.

Orang Hindu dan Muslim telah bertengkar berkenaan masjid Babri selama lebih dari satu abad. Orang Hindu mendakwa lokasi ini merupakan tempat kelahiran Rama, tuhan mereka. 

Pada tahun 1992, masjid orang Islam ini telah dirobohkan oleh para perusuh Hindu dalam satu rusuhan yang dianggap sebagai yang paling buruk dalam sejarah India dan mengorbankan 2,000 orang.

5. Nefertiti Bust - Mesir vs Jerman

nefertiti

Mesir telah menjalankan kempen yang berterusan untuk mendapatkan lebih daripada 5,000 artifak dari seluruh dunia yang didakwa milik mereka.

Pemimpin utama mereka ialah Zahi Hawass, ketua antik untuk Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir dan artifak yang berada di senarai teratas adalah patung Nefertiti yang didakwa dicuri pada tahun 1913 oleh ahli arkeologi Jerman menggunakan dokumen haram.

Patung berusia 3,300 tahun itu adalah patung isteri firaun Akhenaten, yang namanya telah dipadamkan dari monumen itu oleh para paderi yang tidak bersetuju dengan amalan keagamaannya setelah kematiannya pada tahun 1338 SM.

Jerman mendakwa bahawa patung itu terlalu rapuh dan tidak kuat untuk dihantar pulang ke Mesir. 

6. Patung Parthenon - Greece vs Britain

patung parthenon

Dalam perselisihan dengan Perdana Menteri David Cameron, Greece menegaskan bahawa dengan mengembalikan Parthenon marmar ke Athens berpotensi dapat meringankan krisis kewangan negara semasa yang dihadapi.

Patung-patung marmar itu diberikan kepada Lord Elgin pada tahun 1799 oleh Sultan Empayar Uthmaniyyah yang pernah menguasai Greece.

David Cameron enggan memindahkan patung-patung tersebut dari Muzium British ke Greece.

7. Obelisk of Axum - Ethiopia vs Itali

obelisk of axum

Pada tahun 2005, batu obelisk berusia 1,700 tahun dikembalin ke Ethiopia selepas 70 tahun berada di Itali.

Batu obelisk Axum itu dianggap sebagai sebahagian daripada sebuah kerajaan hebat dunia purba yang dicuri oleh askar Itali pada tahun 1937. 

Membongkar dan menghantar monumen seberat 160 tan itu kembali ke Ethiopia menelan kos sebanyak RM31.7 juta dan ditanggung oleh kerajaan Itali.

Untuk mengelakkan artifak ini dari membeku, pemanas telah dipasang pada pesawat dan monumen itu dibalut dengan batang keluli agar tidak bergerak dalam penerbangan selama enam jam.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)