Pencurian harta, artifak atau manuskrip sejarah adalah perkara biasa yang berlaku apabila sesuatu negara itu dijajah oleh musuh. Malah, kebiasaannya juga sesuatu struktur atau bangunan bersejarah juga dimusnahkan. Semua dilakukan untuk memusnahkan atau menyembunyikan sejarah sesuatu bangsa dan tamadun itu.

Banyak artifak yang tidak ternilai telah dicuri, diseludup, atau dibawa keluar secara paksa dari negara asalnya ke negara lain. Beberapa artifak dikembalikan ke negara asal mereka, tetapi banyak artifak masih berada dalam koleksi muzium banyak negara yang sebenarnya bukan milik mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebahagian daripada artifak ini harus dikembalikan ke negara asal mereka untuk memulihkan keseimbangan susunan budaya dunia. Kali ini, mari lihat beberapa artifak bersejarah yang dipercayai dicuri dari negara asalnya dan telah dituntut oleh oleh negara pemilk asal baranga tersebut untuk dipulangkan kepada mereka.

1. Topeng Ka-Nefer-Nefer

topeng ka nefer nefer

Topeng Ka-Nefer-Nefer ialah topeng pengebumian wanita bangsawan Mesir yang digali pada tahun 1951. Kemudian, ia telah dibeli oleh Muzium Seni Saint Louis dan menjadi sebahagian daripadanya. Mesir mendakwa topeng itu dicuri dan harus dikembalikan.

Seorang ahli arkeologi bernama Mohammed Zakaria Goneim menggali topeng itu pada tahun 1951 dari mayat seorang wanita yang sudah lama meninggal dunia. Pada tahun 1970-an, kerajaan Mesir mengetahui tentang kehilangan topeng itu. Muzium Seni Saint Louis di Amerika membeli topeng itu pada tahun 1998 hanya $500,000 daripada pembekal galeri dan seni, Phoenix Ancient Art of New York.

Apabila topeng itu menjadi sebahagian daripada muzium, timbul kecurigaan bahawa ia dicuri dari Mesir dan harus dikembalikan. Muzium Seni Saint Louis tidak menghiraukan tuntutan Mesir dan ia kekal di Saint Louis. Mahkamah Rayuan AS memutuskan pada 2014 bahawa topeng itu akan kekal di Saint Louis.

2. Batu marmar "The Elgin"

the elgin marbles

Batu marmar "The Elgin" dipecayai berusia lebih daripada 2,500 tahun dan ianya melambangkan asas budaya Yunani dan Eropah. Banyak daripada marmar Elgin dari Parthenon di Athens kini berada di Muzium British di bawah nama "Parthenon Marbles" dan pihak Kesatuan Eropah menuntut pemulangannya.

Koleksi klasik arca marmar Greek ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada Kuil Parthenon. Marmar Elgin ini telah diambil dari Acropolis oleh Thomas Bruce, Earl of Elgin ke-7, dan diangkut ke Britain pada tahun 1801 dan 1812.

Muzium Acropolis mempamerkan bahagian hiasan arca bersama-sama dengan kedudukan kepingan hilang yang  ditanda dan menunggu untuk mereka kembali ke Athens. Greece menuntut arca yang hilang ini dan mengatakan bahawa arca yang dipotong menyinggung budaya Eropah dan harus dikembalikan ke Athens.

3. Gangsa Benin

gangsa benin 459

Gangsa Benin ialah koleksi plak dari abad ke-13 dan ke-18. Artifak ini telah dicuri oleh tentera British dari Kerajaan Benin (kini Nigeria). Nigeria telah berulang kali meminta artifaknya dipulangkan, tetapi Muzium British tetap tidak mahu melepaskan emilikannya terhadap 700 keping gangsa Nigeria.

Istana diraja Kerajaan Benin, kini dikenali sebagai Nigeria, dihiasi dengan lebih daripada seribu Gangsa Benin. Gangsa Benin ini bermula pada abad ke-13 dan dicipta oleh tukang dari orang Edo. Semasa Ekspedisi Benin 1897, kebanyakan Gangsa Benin telah dirompak oleh tentera British.

Kebanyakan kepingan gangsa ini berada di muzium British, manakala yang lain dibeli oleh muzium Austria, Jerman dan Amerika Syarikat. Nigeria telah berulang kali meminta Muzium British untuk mengembalikan artifak yang dicuri ke muziu negara terrsebut di di Lagos.

4. Patung “Old Fisherman from Aphrodisias”

patung old fisherman from aphrodisias 631

Patung diperbuat dari marmar berusia lebih 2000 tahun yang dikenali sebagai "Nelayan Lama dari Aphrodisias," kini tinggal di Muzium Pergamon Berlin, Jerman. Turki telah berulang kali meminta patung ini dikembalikan, tetapi Jerman enggan memulangkannya. Mereka mengatakan bahawa ia dibeli dari pasar seni.

Patung ini dikatakan telah dicuri dan diseludup masuk ke Jerman dari Aphrodisias pada tahun 1904. Pada tahun 1905, seorang lelaki bernama Gaudin telah bekerja untuk melakukan pembinaan landasan keretapi Damsyik-Madinah Hedjaz. Semasa membentuk landasan kereta api, dia menemui pelbagai artifak semasa penggalian.

Selepas dia meninggal dunia pada tahun 1921, isterinya menjual artifak itu ke pelbagai muzium. Walaupun sudah banyak kali dituntut, pihak berkuasa Jerman enggan berbuat demikian dengan mengatakan bahawa patung ini dibeli dari pasar seni dan adalah sah.

5. Khazanah Diraja Empayar China

khazanah diraja empayar china

Lebih 23,000 artifak berharga yang dirompak pada abad ke-19 dari Beijing kini berada di Muzium British. Media kerajaan China meminta beberapa kali agar mereka memulangkan artifak itu, tetapi Britain terus-menerus enggan memulangkannya.

Pada 2013, Perdana Menteri Britain David Cameron menerima pelbagai permintaan daripada media kerajaan China berhubung pemulangan artifak berharga mereka yang dirompak dari Beijing pada abad ke-19. Muzium British terus menolak rayuan dan menyatakan bahawa artifak ini adalah objek warisan dunia dan harus disimpan di London untuk pelawat.

Muzium British menyimpan lebih 23,000 artifak China yang tidak ternilai yang sangat dimahukan kembali China. Pada abad ke-19, Pemberontakan Boxer telah dijatuhkan oleh Perikatan Lapan Negara, dan Britain adalah sebahagian daripada perikatan itu. Britain menjarah Kota Terlarang dan memusnahkan Istana Musim Panas Lama di Beijing.

6. Khazanah Ethiopia Magdala

khazanah ethiopia magdala

Pada tahun 1868, Britain menawan Empayar Abyssinian, Magdala, yang kini Ethiopia. Mereka mengambil beberapa khazanah diraja termasuk mahkota emas tiga tingkat Abud. Pada 2007, Ethiopia mendakwa semua artifak yang diambil semasa pengepungan harus dikembalikan, tetapi Britain enggan memulangkannya.

Beberapa ekor gajah dan ratusan keldai digunakan untuk mengangkut barangan yang kemudiannya dilelong. Richard Holmes, di bawah naungan Muzium British, membeli pelbagai barangan termasuklah mahkota emas tiga tingkat Abud yang pernah duduk di atas ketua pemimpin Gereja Ethiopia.

Satu muzium, Victoria and Albert Museum menawarkan untuk memulangkan sebahagian daripadanya sebagai pinjaman jangka panjang kepada Afrika. Malangnya British tidak sepenuhnya telus tentang pemulangan barangan tersebut sehingga memaksa Ethiopia menolak tawaran itu, dan barang-barang itu masih boleh dilihat di Muzium British.

7. Batu Rosette

batu rosette

Batu Rosetta ialah kepingan basalt hitam seberat 1,680 paun sejak 196 SM. Ia mengandungi dekri dinasti tiga bahasa dalam tiga bahasa: hieroglif Mesir, bahasa Demotik, dan juga dalam bahasa Yunani. Pada tahun 1801, ia telah dicuri oleh British selepas mereka mengalahkan Rejim Perancis di Mesir.

Ia telah tinggal di muzium British sejak itu walaupun banyak usaha oleh Mesir untuk menuntut pemulangannya. Ia pertama kali ditemui pada tahun 1799 oleh jurutera Perancis semasa membuat pembaikan pada kubu berhampiran bandar Rosetta (Rashid).

Kredit:

  1. NBC News
  2. The Guardian
  3. ARTnews
  4. The New York Times
  5. Daily Mail
  6. Independent
  7. Sydney Morning Herald



Hakcipta iluminasi.com (2017)