Untuk menghasilkan seni yang mengagumkan, kemahiran khas diperlukan untuk membezakan seseorang pelukis dengan yang lain.

Dalam sesetengah kes, pelukis sengaja dan tidak sengaja memasukkan petunjuk yang memberi penerangan tentang kehidupan peribadi, keinginan, dan teknik mereka.

Dan banyak petunjuk ini tersembunyi dalam pandangan yang hampir jelas. iluminasi.com kongsikan 6 rahsia tersembunyi dalam lukisan terhebat sepanjang zaman.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. Mirror - Rembrandt 

rembrandt mirror

Rembrandt terkenal dengan penggunaan cahaya dan walaupun ramai seniman lain yang menggunakan cahaya dalam cara yang sama, tidak seorang pun daripada mereka dapat mencipta keindahan yang dilakukan seperti Rembrandt di atas kanvas.

Selama bertahun-tahun, teknik Rembrandt telah berjaya dibongkar berdasarkan butir-butir dalam lukisannya.

Untuk mencipta ketepatan fotografi yang hampir sama, Rembrandt memanipulasi persekitarannya menggunakan cermin dan pencahayaan, seperti kebanyakan jurugambar gunakan hari ini.

Untuk potret dirinya, Rembrandt menggunakan siri kompleks cermin rata dan cekung bersama-sama dengan projektor seperti kamera obskura untuk mendapatkan keserupaan yang paling hampir.

Semasa hidupnya, Rembrandt tidak pernah mendedahkan tekniknya, sehinggalah ahli sejarah seni mencuba sistem cermin sendiri lalu menemui rahsia hebat Rembrandt.

5. Portrait of a Woman - Edgar Degas

portrait of a woman

Antara tahun 1876 dan 1880, Edgar Degas telah menghasilkan lukisan yang dikenali sebagai Portrait of a Woman.

Namanya adalah sangat tepat kerana ia benar-benar tiada apa-apa kecuali wanita yang memakai pakaian hitam, tetapi di bawahnya, potret lain muncul.

Seawal tahun 1922, perubahan warna dan butiran ganjil yang lain telah diperhatikan, tetapi tidak ada lagi yang disiasat lebih daripada itu.

Menggunakan teknologi sinar-X moden, akhirnya kita dapat mencari apa yang telah dilukiskan oleh Edgar.

Pada tahun 2016, selepas pemeriksaan selama 33 jam, telah ditentukan bahawa Edgar telah melukis seorang lagi wanita, kemungkinan besar model awalnya, Emma Dobigny.

Potret yang sama dengan yang ada di sebalik Portrait of a Woman sebenarnya wujud, tetapi ia berada dalam koleksi peribadi dan jarang ditunjukkan.

Lukisan ini adalah kemungkinan besar draf yang berbeza yang kemudian dilukis oleh Edgar.

4. Arthritis - Michelangelo

arthritis michaelangelo

Michelangelo hidup sehingga usia 89 tahun dan meninggal dunia pada tahun 1564. Tanda-tanda menunjukkan bahawa walaupun dengan usaha berterusannya, beliau bergelut dengan penyakit yang biasa pada orang tua hari ini, iaitu osteoarthritis.

Pada tahun-tahun sebelum kematiannya, Michelangelo berhenti menandatangani namanya sendiri di atas lukisan, kerana terpaksa bergantung kepada orang lain untuk berbuat demikian.

Dia juga berhenti melukis dalam apa jua bentuk, beralih ke tukul dan pahat untuk mencipta seni. Dalam surat kepada anak saudaranya, Michelangelo mengadu tentang "gout" dan tangannya yang kaku.

Pada masa itu, gout adalah istilah untuk ketidakselesaan pada hampir mana-mana sendi dalam badan, tetapi Michelangelo secara khusus menyebut tangannya sebagai anggota yang sakit.

Potret Michelangelo di akhir usia menunjukkan tangan yang agak serupa dengan penghidap arthritis moden.

3. The Blue Room - Pablo Picasso

the blue room oleh pablo picasso

Pablo Picasso menghasilkan lukisan The Blue Room pada tahun 1901. Ketika itu, Picasso sangat miskin dan tertekan.

Dengan menggunakan warna biru, beliau menyatakan keadaannya yang melankolis, tetapi The Blue Room sentiasa membuatkan ahli sejarah teruja akan tekanan berus yang digunakan.

Ketika diperiksa oleh teknologi inframerah, seorang lelaki misteri telah ditemui. Di sebalik lukisan itu, ada gambar lelaki yang memakai tali leher.

Tiada siapa tahu siapa sebenarnya lelaki itu dan mengapa Picasso melukisnya. Berkemungkinan lelaki itu adalah Ambroise Vollard, seorang peniaga seni Paris yang membukan peluang untuk pameran pertama Picasso.

Apa yang kita tahu adalah bahawa Picasso tidak mampu membeli kain kanvas, jadi ada kemungkinan beliau melukis lukisan The Blue Room di atas lukisan lelaki tersebut.

2. Starry Night - Vincent Van Gogh

starry night van gogh

Salah satu karya seni Van Gogh yang paling terkenal ialah Starry Night, yang dilukis pada tahun 1889 sambil dibelenggu dengan masalah mental.

Ini adalah salah satu episod psikotik yang paling teruk dilalui Van Gogh, namun daripada masalah ini lah dia mencipta karya seni yang tidak diketahui mengandungi fakta saintifik, sehingga tahun 1940-an selepas kematiannya.

Turbulensi dan aliran turbulen dikatakan lebih sukar untuk dijelaskan berbanding mekanik kuantum, tetapi dalam Starry Night, Van Gogh sebenarnya menggambarkan pergolakan yang sempurna.

Lukisan-lukisan lain ketika beliau di rumah sakit jiwa juga menggambarkan pergolakan yang sempurna, yang telah menyebabkan para penyelidik percaya bahawa semasa masa ketidakstabilan mentalnya, Van Gogh entah bagaimana mempunyai kemampuan untuk melihat dan melukis pergolakan beberapa dekad sebelum ia mula-mula digambarkan.

1. Don Ramon Statue - Francisco Goya

don ramon statue

Pada tahun 1823, pelukis Sepanyol Francisco Goya melukis potret Don Ramon Satue, hakim Mahkamah Agung Sepanyol.

Namun, di sebalik lukisan itu, mungkin terdapat tokoh yang jauh lebih penting dan bahkan terkenal dalam sejarah Sepanyol, iaitu Joseph Bonaparte.

Mungkin anda seperti kenal nama ini, dan ya, Joseph merupakan abang kepada maharaja Perancis iaitu Napoleon Bonaparte.

Joseph Bonaparte dilantik secara sebagai raja Sepanyol oleh adiknya dan memerintah dari tahun 1809 hingga 1813.

Sinar X yang digunakan pada lukisan ini menunjukkan angka tahun tersebut dan terdapat pingat serta pakaian seragam yang dipakainya.

Dia jelas seorang lelaki penting kerana memakai pingat yang dikaitkan dengan pesanan yang dibuat oleh Bonaparte.

Potret itu dihasilkan sekitar zaman pemerintahan Bonaparte sebagai raja, dan Francisco berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan lukisan tersebut daripada mata orang ramai.

Francisco terselamat daripada banyak pergolakan politik di Sepanyol sepanjang awal tahun 1800-an dan selepas pasukan Napoleonon menarik diri dari negara itu.

Dan menjelang tahun 1820, adalah sangat berbahaya untuk Goya untuk mempunyai apa-apa yang berkaitan dengan rejim tersebut.

Oleh itu, dia menutup potret itu dengan Patung Don Ramon, dan rahsianya tersembunyi selama 200 tahun yang akan datang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)