pemimpin komunis popular

Walaupun populariti komunisme telah berkurang dalam beberapa tahun terakhir, ia pernah menjadi salah satu ideologi politik paling popular di dunia dan mencapai puncaknya pada abad ke-20.

Terdapat beberapa tokoh dalam sejarah yang memperjuangkan penyebaran fahaman komunisme yang dihormati di negara masing-masing dan juga di peringkat antarabangsa. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 pemimpin komunis yang paling berpengaruh.

Penafian: Pihak Ilumiasi hanya berkongsi senarai nama pemimpin komunis ini atas dasar perkongsian ilmu semata-mata dan bukanlah kerana penghormatan atau sanjungan kami pada mereka. Kami juga mengeji sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan mereka di Tanah Melayu atau Malaysia satu ketika dahulu.

7. Fidel Castro

fidel castro 536

Fidel Castro adalah pemimpin politik dan revolusi di Cuba yang terkenal setelah menggulingkan pemerintahan Fulgencio Batista yang menindas pada tahun 1959 dan menubuhkan pemerintahan komunis di negara itu.

Fidel Castro adalah salah seorang ketua negara yang paling lama berkhidmat di dunia setelah menjadi peneraju pemerintahan Cuba antara 1959 dan 2008 sebagai Perdana Menteri dan kemudian sebagai Presiden. Fidel Castro dikagumi oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk pemerintahannya yang berideologi komunis yang memperjuangkan gerakan anti-imperialisme.

6. Kim Il-Sung

kim il sung 193

Kim Il-Sung adalah pemimpin revolusi Korea Utara yang bertugas sebagai ketua negara dan pemerintahan negara itu antara tahun 1948 dan 1994. Sebagai bapa pengasas Republik Komunis Korea Utara, Kim Il-Sung menjadi pemimpin yang paling berpengaruh di negara itu dalam sejarah dengan ramai orang Korea Utara melihat pemimpin itu sebagai tuhan.

Kim Il-Sung dilahirkan pada 12 April 1912 di Mangyongdae, dan terdedah kepada penindasan yang dihadapi oleh Korea Utara ketika negara itu berada di bawah penjajahan Jepun. Kim bergabung dengan Parti Komunis China yang dipimpin Mao pada tahun 1931 dan terlibat dalam perang gerila anti-Jepun.

Kim kemudiannya berhijrah ke Republik Soviet pada tahun 1945 di mana dia dilantik sebagai jeneral "Red Army". Setelah Tentera Soviet menjatuhkan pendudukan Jepun di Korea, Kim Il-Sung dilantik sebagai pemimpin Korea Utara. Kim Il-Sung memerintah Korea Utara selama kira-kira 45 tahun hingga kematiannya pada tahun 1994.

5. Ho Chi Minh

ho chi minh

Ho Chi Minh adalah pemimpin komunis abad ke-20 di Vietnam, dan merupakan ahli politik paling berpengaruh dalam sejarah negara itu. Minh dilahirkan pada 19 Mei 1890 di Hoang Tru, sebuah perkampungan kecil Vietnam dan kemudian diberi nama Nguyen Sinh Cung.

Minh mempunyai hak istimewa untuk mengunjungi beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Inggeris ketika zaman remajanya. Ho Chi Minh menganut ideologi komunis mengenai Marxisme-Leninisme ketika tinggal sebentar di Moscow pada tahun 1923.

Minh berperanan dalam perjuangan kemerdekaan Vietnam dan menjadi Presiden pertama Vietnam Utara. Ho Chi Minh meninggal dunia pada 2 September 1969 di Hanoi. Minh dihormati di seluruh dunia sebagai seorang revolusioner dan menjadi inspirasi untuk perjuangan revolusi lain di Asia dan Afrika.

4. Mao Zedong

mao zedong 74

Mao Zedong adalah pemimpin revolusi China abad ke-20, pemimpin komunis, dan pengasas Republik Rakyat China. Mao adalah salah satu tokoh komunisme di Asia dan merupakan pengasas Parti Komunis China.

Mao Zedong dilahirkan pada tanggal 26 Disember 1893 di Shaoshan di Imperial China, dan memeluk gerakan anti-imperialis yang terbentuk pada masa mudanya, terutama setelah Revolusi Xinhai 1911. Mao mendapatkan ilham dari pemimpin komunis lain seperti Karl Marx dan Vladimir Lenin dan memperjuangkan ideologi Marxisme-Leninisme.

3. Joseph Stalin

joseph stalin 723

Joseph Stalin adalah pemimpin politik dan revolusi Rusia abad ke-20 dan merupakan wajah Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia Kedua dan juga Perang Dingin. Joseph Stalin menjadi tokoh instrumental dalam gerakan sosialis di seluruh dunia pada abad ke-20.

Joseph Stalin dilahirkan pada 18 Disember 1878 di sebuah bandar kecil Gori dan datang dari keluarga berpendapatan rendah. Semasa pemerintahan Lenin sebagai pemimpin, Stalin mendapat pengikut fahaman itu di kalangan masyarakat Rusia dan menggantikan Lenin sebagai pemimpin Kesatuan Soviet setelah kematian Lenin pada tahun 1924.

Dalam pemerintahannya, Stalin terinspirasi oleh ideologi Karl Marx dan Vladimir Lenin dan menggabungkan dua idealogi tersebut untuk membentuk ideologi Stalinisme, suatu bentuk sosialisme yang diperjuangkannya. Joseph Stalin meninggal dunia pada 5 Mac 1953.

2. Vladimir Lenin

vladimir lenin 495

Vladimir Ilyich Lenin adalah ahli politik abad ke-20 yang pernah bertugas di beberapa jawatan terpenting di Rusia termasuk sebagai ketua pemerintah antara tahun 1917 dan 1924. Vladimir Lenin adalah antara pemimpin komunis yang paling penting dalam sejarah Rusia.

Lenin dilahirkan pada 22 Mac 1870 di Simbirsk, Rusia dari keluarga yang agak kaya yang merupakan golongan konservatif liberal. Ayah Lenin meninggal pada tahun 1886 sementara abangnya dibunuh pada tahun 1887, peristiwa yang selama-lamanya mengubah kepercayaan politik dan spiritual Lenin, dan yang mendorongnya untuk mula mempraktikkan sosialisme revolusioner.

Lenin naik ke  tampuk kepemimpinan negara setelah partinya menggulingkan parti pemerintah pada tahun 1917 semasa Revolusi Oktober dan segera menubuhkan pemerintahan komunis-sosialis. Pemerintahan sosialis yang ditubuhkan Lenin pada awal abad ke-20 adalah asas pemerintahan berikutnya yang memerintah republik itu selama sekitar tujuh dekad.

1. Karl Marx

karl marx

Karl Marx boleh dikatakan pemimpin komunis paling berpengaruh di dunia sepanjang zaman. Karl Marx juga merupakan ahli falsafah, sosiologi dan ahli ekonomi yang terkenal serta sering disebut sebagai salah satu tokoh paling berpengaruh dalam sejarah manusia.

Karl Marx dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Kerajaan Prussia di wilayah Lower Rhine moden di mana dia menghabiskan sebahagian besar masa kecilnya. Karl Marx kemudiann berpindah ke Cologne di mana dia menulis sebuah karya kontroversi berjudul Rheinische Zeitung yang kemudiannya diharamkan oleh kerajaan Prussia.

Karl Marx mungkin paling dikenalt sebagai pengasas Marxisme, sebuah gerakan ideologi yang doktrinnya dipraktikkan oleh pemerintah di seluruh dunia dan menjadi instrumen dalam penubuhan negara-negara komunis abad ke-20 seperti Cuba, USSR, dan China.

Kredit:

  1. History.com
  2. World Atlas


Hakcipta iluminasi.com (2017)