(Gambar sekadar hiasan)

Setiap negara mempunyai peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan negara dan orang awam terjaga.

Ia juga bagi memastikan kehidupan manusia berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan keterlaluan. Namun, sudah tentu setiap negara mempunyai undang-undang yang berbeza mengikut cara hidup dan juga keutamaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi perkara-perkara yang memudaratkan seperti penyalah gunaan dadah, kebanyakan negara melaksanakan undang-undang yang sama.

iluminasi.com kongsikan 7 perkara gila yang anda boleh lakukan secara halal di negara tertentu.

1. Jual buah pinggang - Iran

jual buah pinggang di iran

Di Iran, orang akan memasang poster di sekitar bandar untuk mengiklankan tentang penjualan buah pinggang. Mereka biasanya menulis jenis darah dan nombor telefon, namun ada yang lebih agresif.

Sesetengah poster disimbah dengan warna terang bagi menarik perhatian manakala yang lain memaparkan keputusan ujian yang membuktikan bahawa buah pinggang mereka berada dalam keadaan baik.

Malah, terdapat di antara mereka yang menurunkan iklan pesaing supaya persaingan menjadi berkurangan.

iklan jual buah pinggang di iran

Amalan ini sudah tentunya sangat kontroversial, namun ada yang mendakwa bahawa ia telah memberikan manfaat kepada sistem penjagaan kesihatan Iran. 

Sejak Iran "membuka" pasaran buah pinggang, senarai menunggu penderma buah pinggang di hospital telah dihapuskan sepenuhnya.

2. Pasang penyembur api pada kereta - Afrika Selatan

pasang penyembur api pada kereta di afrika selatan

Di Afrika Selatan, anda boleh membeli produk yang dikenali sebagai "Blaster", sebuah penyembur api atau flamethrower yang mampu menembak api sejauh 20 meter dan direka khas untuk dipasang pada kereta.

Produk ini menyembur api di kedua-dua bahagian kenderaan anda dan menurut iklannya, ia tidak akan merosakkan cat kereta anda. Lebih menarik, ia tidak menyalahi undang-undang di negara itu.

Namun ia membawa masalah apabila berlakunya 13,000 kes kecurian kereta setiap tahun, membuatkan kerajaan Afrika Selatan membenarkan secara sah untuk anda membunuh sesiapa sahaja yang cuba untuk memecah masuk ke dalam kereta anda.

Namun, pencipta produk ini menegaskan bahawa Blaster mungkin tidak akan membunuh sesiapa tetapi hanya akan membuatkan mereka silau.

Blaster dikeluarkan pada tahun 1998 dan sejak itu, ia telah hilang daripada pasaran bukan kerana ia menyalahi undang-undang tetapi kerana kekurangan permintaan.

3. Berkahwin dengan anjing - India

berkahwin dengan anjing di india 2

Di India, anda boleh berkahwin dengan haiwan yang anda mahukan secara sah. Ia tidak hanya terhad kepada anjing namun haiwan ini menjadi pilihan yang sangat popular untuk dikahwini.

Seorang lelaki di New Delhi menerangkan prosesnya. Ketika kanak-kanak, dia telah merejam anjing menggunakan batu dan menggantung dua anjing.

Dan dia yakin bahawa penyakit-penyakit yang menjangkitinya di kemudian hari adalah hukuman terhadap kekejamannya.

berkahwin dengan anjing di india

Dia merujuk kepada ahli astrologi tempatan mengenainya, yang mana telah memberitahu bahawa dia hanya mempunyai satu cara untuk menghapus sumpahan tersebut iaitu harus berkahwin dengan seekor anjing.

Lelaki ini kemudiannya mendapat restu daripada keluarganya dan mereka juga membantunya memilih anjing terbaik untuk menjadi pengantin perempuannya.

Majlis perkahwinan tersebut dilakukan dengan begitu mewah lengkap dengan pesta bagi meraikan penyatuan abadi lelaki dan seekor anjing.

4. Memiliki karya seni yang dicuri - Belanda

mencuri karya seni di belanda 2

Sekiranya anda mencuri sekeping karya seni yang tidak ternilai di Belanda, anda tidak perlu menggunakan pasaran gelap untuk menjualnya semula.

Jika anda mampu bersabar, karya hasil curi anda akan menjadi milik anda secara sah.

Selepas 20 tahun, undang-undang mengenai pengehadan untuk kecurian harta akan tamat dan ia menjadikan barang curi tersebut menjadi milik sesiapa sahaja yang memilikinya.

mencuri karya seni di belanda 35

Ia agak rumit jika anda mencuri dari koleksi awam atau lukisan yang diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada warisan budaya mereka.

Untuk karya seni jenis ini, anda perlu menunggu 30 tahun sebelum menjadi milik anda. Akan tetapi, ia masih boleh berlaku.

Pihak polis tidak memberikan keutamaan kepada kes kecurian seni, jadi jika anda boleh menyembunyikan karya Rembrandt di loteng anda selama beberapa dekad, ia akan menjadi milik anda.

5. Mendapatkan bantuan daripada pegawai kerajaan untuk menyuntik heroin - Kanada

kanada sediakan bantuan pegawai kerajaan untuk suntik heroin 340

Di Vancouver terdapat sebuah bangunan yang dikenali sebagai InSite, bangunan kerajaan di mana penagih boleh menyuntik heroin secara sah dengan bantuan profesional perubatan.

Anda perlu membawa dadah sendiri untuk masuk, tetapi tidak ada risiko untuk ditangkap ketika mengunjunginya dan anda boleh menggunakan nama palsu.

Di dalamnya, anda akan mendapati terdapat 12 pondok suntikan, masing-masing dilengkapi dengan jarum bersih dan peralatan steril. Kakitangan perubatan juga akan membantu anda mencari urat yang betul.

pondok suntikan heroin di kanada

insite kanada 307

Kebiasaannya, mereka berdiri di sana dan mengawasi anda sekiranya anda terlebih dos bagi memastikan pengambilan heroin berjalan dengan selamat.

Program ini bermula kerana, 20 tahun yang lalu, Vancouver mempunyai kadar HIV tertinggi dalam di dunia maju. Sejak itu, projek ini dianggap sebagai satu kejayaan.

Malah, sesetengah daripada mereka mengunjungi pusat ini 2 atau 3 kali sehari. 

6. Berjalan dalam keadaan bogel - Sepanyol

berjalan bogel di sepanyol

Sepanyol mempunyai reputasi dan sangat terkenal dengan pantai bogel. Warganegara dan pelancong dari seluruh dunia bergegas ke salah satu pantai Sepanyol di mana memakai pakaian di tempat awam adalah satu pilihan.

Namun, apa yang ramai tak tahu adalah anda sebenarnya tak perlu untuk ke pantai jika ingin berjalan sambil berbogel.

Di Sepanyol, adalah tidak menjadi satu kesalahan undang-undang untuk anda telanjang ke mana sahaja tempat awam yang anda mahukan.

Sejak tahun 1978, perlembagaan Sepanyol tidak hanya menjamin kebenaran rakyatnya untuk berjalan-jalan dalam keadaan telanjang, mereka juga telah menjadikannya sebagai satu hak manusia yang tidak dapat dipisahkan.

Sudah tentu terdapat percubaan untuk menukar undang-undang ini pada masa lalu, tetapi tiada yang berjaya.

7. Hisap semua jenis dadah di dunia - Portugal

dadah dibenarkan disalahgunakan di portugal

Portugal telah melaksanakan dasar di mana penggunaan apa sahaja jenis dadah secara peribadi sebagai bukan satu kesalahan jenayah di negara mereka.

Namun, ini tidak bermakna Portugal menjadikannya sah dari segi undang-undang dan jika ditangkap memiliki dadah, anda masih boleh dihantar untuk dikaunseling.

Apa yang menariknya, anda tidak akan dipenjarakan kerana memiliki simpanan dadah peribadi, sama ada anda menghisap ganja atau menyedut kokain.

hisap kokain

Dan dasar yang dilaksanakan Portugal ini seolah-olah berfungsi. Sebelum dasar ini dilaksanakan, mereka mempunyai masalah besar dengan najis dadah di mana setiap seorang dalam 100 orang ketagihan heroin.

Dalam tempoh empat tahun "menghalalkan" dadah, kematian disebabkan oleh dadah turun hampir 90% dan kadar HIV menjunam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)