Mendengar seseorang itu berkata bahawa mereka sanggup untuk bermati-matian bagi mendapatkan sesuatu yang diingini bukanlah sesuatu yang pelik.

Namun bagi sesetengah orang, mereka bukan hanya bercakap kosong tetapi benar-benar sanggup mati untuk mencapai matlamat.

Tindakan ini seolah-olah tidak menghargai hidup dan hanya membawa kerugian kepada diri sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 kisah orang yang sanggup mati untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

1. Charles Vance Millar 

charles vance millar 891

Charles Vance Millar adalah seorang peguam Kanada yang sukakan jenaka praktikal, terutamanya berkaitan dengan ketamakan mangsanya.

Memandangkan dedikasinya yang sangat tinggi untuk menghiburkan diri sendiri, adalah tidak mengejutkan bahawa dia menggunakan kematiannya untuk melakukan beberapa prank terakhir.

Charles meninggal dunia akibat angin ahmar pada 31 Oktober 1926. Semasa membaca wasiatnya, beberapa permintaan aneh telah dibuat olehnya.

Contohnya, dia meninggalkan rumah percutian di Jamaica kepada tiga orang yang membenci satu sama lain dan memberikan saham dalam kelab lumba kuda kepada dua penyokong anti-lumba kuda.

Tetapi permintaan paling terkenal yang dibuat oleh Charles sudah tentunya adalah Great Stork Derby.

Dalam wasiatnya, Charles menetapkan bahawa sebahagian harta pusakanya akan diberikan kepada mana-mana wanita di Toronto yang mempunyai bayi yang paling ramai dalam sedekad selepas kematiannya.

Selepas 10 tahun kemudian, empat wanita masing-masing dianugerahkan RM440,000. 

2. Robert Dwyer

robert dwyer 978

Memilih untuk mati sebagai cara untuk menjaga keluarga dari segi kewangan adalah sesuatu yang biasa bagi sesetengah orang.

Robert Budd Dwyer adalah Bendahari Negeri Pennsylvania dari tahun 1981 hingga 1987. 

Dia didakwa menerima rasuah sebagai balasan untuk memberikan kontrak kerajaan kepada firma California.

Pada Disember 1986, dia didapati bersalah dan dijadualkan dijatuhi hukuman pada Januari tahun berikutnya.

Robert membantah bahawa dia tidak bersalah sehingga hari kematiannya, yang mana berlaku tak lama selepas itu.

Pada 22 Januari 1987, Robert mengadakan sidang akhbar di mana dia mengaku tidak bersalah buat kali terakhir. 

Setelah selesai memberi kenyataan, dia mengeluarkan sepucuk pistol dari sampul surat lalu menembak kepalanya sendiri ketika siaran langsung TV sedang dijalankan.

Sekiranya Robert dijatuhkan hukuman sebelum membunuh diri, undang-undang negeri itu akan melarang pembayaran faedah kepada isterinya.

Banyak sumber yang rapat dengan Robert telah menyatakan bahawa sebab Robert membunuh diri adalah untuk memastikan keluarganya akan menerima manfaat penuh daripadanya.

3. Charles Joeseph Gliniewicz

charles joeseph gliniewicz

Charles Joeseph "Joe" Gliniewicz adalah seorang leftenan polis di Fox Lake, Illinois.

Pada 1 September 2015, Joe memberitahu melalui radio bahawa dia sedang mengejar tiga suspek bersenjata.

Dia kemudiannya ditemui mati dan dan satu usaha memburu dilancarkan untuk mencari suspek.

Tidak lama selepas pengebumiannya, satu tuduhan timbul bahawa kematian Joe disebabkan oleh bunuh diri.

Satu siasatan yang dijalankan telah mendedahkan bahawa dia telah melakukan penyelewangan wang dari program bimbingan belia selama beberapa tahun.

Setelah menyedari bahawa satu audit yang akan dilakukan mungkin mendedahkan perbuatan jenayahnya selama ini, dia cuba untuk membunuh juruaudit yang menjalankan audit tersebut.

Selepas rancangannya tidak berjaya, dia mengatur cubaan untuk membunuh diri dalam usaha untuk menutup jenayahnya.

4. Thomas Doty

thomas doty keratan akhbar

Seperti Robert Dwyer, Thomas Doty juga mahu menggunakan kematiannya untuk menyediakan kewangan kepada keluarganya.

Walau bagaimanapun, tidak seperti Robert, dia bukan sahaja mengambil nyawa sendiri, tetapi ramai yang lain.

Pada 22 Mei 1962, Thomas menaiki pesawat Continental Airlines 11. Penerbangan yang berlepas dari Chicago itu tidak pernah sampai ke destinasinya Kansas City.

Semasa penerbangan, dia pergi ke tandas kapal terbang dan meletupkan enam batang dinamit yang telah diseludup. Kemalangan tersebut telah membunuh kesemua 45 nyawa yang menaiki kapal tersebut.

Sebelum menaiki pesawat tersebut, Thomas telah membeli insurans nyawa bernilai RM1.2 juta. Walaubagaimanapun, selepas kematiannya disahkan sebagai bunuh diri, polisi insuransnya terbatal dan balunya hanya diberikan RM12 dalam bentuk bayaran balik.

5. Lasantha Wickrematunge

lasantha wickrematunge 827

Menjadi seorang wartawan di Sri Lanka adalah satu kerjaya yang sangat berbahaya dan tiada siapa yang lebih memahami keadaan ini lebih daripada Lasantha Wickrematunge.

Dia telah berhadapan dengan ancaman dan gangguan sejak permulaan kerjayanya. Dalam satu kejadian yang tidak dapat dilupakan, dia dan isterinya ditarik keluar dari kereta dan dipukul dengan kayu.

Situasi menjadi sangat teruk sehinggakan isterinya membawa ketiga-tiga anak mereka untuk tinggal di Australia.

Sejurus sebelum kematiannya, dia menyatakan bahawa "Apabila aku akhirnya mati dibunuh, kerajaanlah yang membunuh aku".

Pada Januari 2009, Lasantha ditembak mati ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Namun, dia telah meramalkan tentang pembunuhannya itu dan telah menulis sebuah artikel terakhir untuk diterbitkan selepas kematian.

Di artikel tersebut, Lasantha menuduh kerajaan menggunakan pembunuhannya sebagai "ala utama" untuk mengawal wartawan-wartawan.

6. Dave Duerson

dave duerson

Dave Duerson menikmati kerjaya bola sepak yang panjang sejak berada di kolej.

Dalam tempoh 11 musim dengan National Football League (NFL), Dave bermain untuk Bears Chicago, New York Giants dan Kardinal Phoenix.

Dia telah dipilih untuk Pro Bowl sebanyak empat kali berturut-turut, namun semua ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut keluarganya, Dave menderita sekurang-kurangnya 10 gegaran di bahagian kepala sepanjang kerjayanya.

Pada 17 Februari 2011, dia ditemui mati akibat luka tembakan di bahagian dada atas perbuatannya sendiri.

Dalam sebuah nota, Dave meminta agar otaknya dihantar ke Kolej Perubatan Boston University School untuk digunakan dalam penyelidikan ke ensefalopati traumatik kronik.

Ia kemudiannya dinyatakan oleh Dr. Ann Mckee bahawa adalah tidak dapa dipertikaikan bahawa Dave telah menderita penyakit itu selama ini.

Kematian Dave menghidupkan menarik semula perhatian orang ramai terhadap kerosakan jangka panjang yang boleh dihadapi oleh para pemain.

Rujukan:

1. Sunday Leader

2. Independent

3. Time




Hakcipta iluminasi.com (2017)