Majoriti negara-negara di dunia ini terletak bersebelahan dengan negara-negara lain, membuatkan wujudnya sempadan negara, melainkan negara-negara terasing yang berbentuk pulau seperti Australia.

Disebabkan hidup berjiran, sensitiviti di antara negara bersempadan harus dijaga dengan rapi bagi mengelakkan pertikaian atau pertengkaran yang boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku, termasuklah peperangan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, ia tetap tidak dapat dielakkan kerana terdapat sempadan yang tersangat panjang dan sukar untuk dikawal dengan baik. iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 10 sempadan negara yang paling berbahaya di dunia.

1. Pakistan dan Afghanistan

durand line sempadan negara paling bahaya di dunia

Sempadan antara Afghanistan dan Pakistan yang mempunyai jarak 2,430 kilometer dikenali sebagai Garis Durang. Pertikaian di sempadan ini telah lama berlaku dan ia menjadi pertikaian antara Taliban dan presiden Afghanistan pada tahun 2001.

Pada tahun 2003, pasukan tentera kedua-dua negara terlibat dalam konflik bersenjata. 4 tahun kemudian, kerajaan Pakistan memulakan pembinaan pagar sebagai cara untuk mengekang pergerakan militan Taliban daripada menyeberangi sempadan ini.

durand line sempadan negara paling bahaya di dunia 2

Apa yang bahaya di sempadan ini adalah kekurangan kawalan kerajaan ditambah pula dengan rakyat kedua-dua pihak mempunyai senjata. Sempadan ini juga melihatkan banyak aktiviti jenayah seperti penyeludupan, pembunuhan dan penculikan.

Baru-baru ini sebuah lebuhraya menghubungkan kedua-dua negara ini telah ditutup berikutan ketidaksepakatan terhadap pintu pagar yang dibina oleh Pakistan. Pertikaian ini berakhir dengan insiden tembak-menembak merentasi sempadan yang mencederakan 24 orang dan 3 nyawa terkoban.

2. Iraq dan Iran

iran dan iraq sempadan negara paling bahaya di dunia

Salah satu sempadan yang paling berbahaya di dunia terletak di antara Iraq dan Iran yang bermula dari sungai Shatt-al-Arab hinggalah ke sempadan Turki. Walaupun sempadan itu telah lama ditakrifkan, iaitu hampir beberapa dekad, namun perselisihan antara wilayah-wilayah ini, terutamanya berkenaan penggunaan sungai ini masih berlangsung.

Pada tahun 1980, Iraq menuduh Iran menduduki wilayah negaranya secara haram, dan telah melancarkan serangan peluru berpandu.

iran dan iraq sempadan negara paling bahaya di dunia 2

Setelah 8 tahun berlalu yang mengorbankan lebih daripada 1 juta nyawa, kedua-dua negara ini menandatangni resolusi perdamaian PBB.

Walaupun begitu, peperangan itu tidak terhenti dan serangan merentasi sempadan terus berlanjutan.

3. Niger dan Chad

boko haram sempadan negara paling bahaya di dunia

Antara salah satu kumpulan pengganas paling dahsyat di dunia, Boko Haram, boleh ditemui di sepanjang sempadan Niger dan Chad. Untuk menentang kumpulan ini, Chad telah menghantar 2,000 orang tentera ke bandar sempadan ini iaitu Bosso, di sebelah bahagian Niger.

Kekejaman yang berlaku di bandar ini telah menyebabkan lebih daripada 17,000 melarikan diri.

niger dan chad sempadan negara paling bahaya di dunia

Semenjak ketibaan tentera Chad di bandar itu, seramai 32 orang tentera terkorban di mana 30 daripadanya adalah tentera Chad dan 2 tentera Niger manakala 55 orang daripada Boko Haram turut terkorban.

Sejak tahun 2015, kedua-dua negara ini telah melakukan kerjasama operasi ketenteraan memerangi kumpulan ini.

4. China dan Korea Utara

china dan korea utara sempadan negara paling bahaya di dunia 2

Korea Utara dan China dipisahkan oleh dua buah sungai iaitu Sungai Tumen dan Sungai Yalu, dan juga sebuah gunung iaitu Gunung Paektu. Disebabkan kawalan keselamatan yang teruk di sempadan ini melihatkan ramai rakyat Korea Utara menggunakannya sebagai laluan keluar dari negara komunis itu.

Sepanjang sedekad yang lalu, kedua-dua negara memulakan pembinaan pagar dan dinding di sempadan ini. Pertikaian wilayah menjadi lebih serius dan membimbangkan sejak permulaan rejim Kim Jong-il dan peningkatan imigran Korea Utara di China.

china dan korea utara sempadan negara paling bahaya di dunia

Terdapat juga laporan mengenai tentera Korea Utara menyeberangi sempadan ini untuk mencuri makanan dan wang disebabkan pegawai berpangkat rendah menerima catuan makanan yang rendah.

Pada April 2016, kerajaan Chinaa telah menghantar kira-kira 2,000 tentera ke sempadan ini setelah mendapat laporan bahawa Pyongyang merancang ujian nuklear. China telah mengesahkan bahawa 3 rakyatnya dibunuh di sempadan ini dan penyiasatan sedang dijalankan.

5. Yaman dan Arab Saudi

yaman dan arab saudi sempadan negara paling bahaya di dunia

Sempadan antara Yaman dan Arab Saudi yang mempunyai jarak 1,770 kilometer ini telah melihatkan tahap keganasan yang sangat melampau. Selama 65 tahun yang lalu, kedua-dua negara ini mengalami konflik keganasan.

Arab Saudi dilihatkan semakin tenat dalam jenayah penyeludupan senjata, pengganas Al-Qaeda dan pelarian ekonomi dari Ethiopia, Yaman dan Somalia yang memaksa kerajaannya untuk membina tembok.

yaman dan arab saudi sempadan negara paling bahaya di dunia 2

Yaman menentang pembinaan tembok itu mengatakan bahawa ia melanggar hak penggembalaan para gembala kambing. Sejak Mac 2015, kedua-dua negara ini secara rasminya berperang antara satu sama lain. Dianggarkan seramai 6,000 nyawa orang awam dan tentera terbunuh sejak perang ini bermula.

Dalam masa satu hari sahaja, 15 peluru berpandu dan 130 mortar dilancarkan ke Arab Saudi.

6. Colombia dan Ecuador

colombia dan ecuador sempadan negara paling bahaya di dunia 2

Pertikaian antara Colombia dan Ecuador semaking tegang dalam beberapa tahun ini disebabkan oleh kumpulan pemberontak Colombia yang dikenali sebagai Angkatan Tentera Revolusi Colombia (FARC).

Kerajaan Colombia telah menghantar tentera ke wilayah Ecuador beberapa kali dalam usaha menyerang kumpulan tersebut. Ahli-ahli FARC telah menceroboh tanah di sepanjang sempaan ini dan merupakan kumpulan yang sangat kejam menggunakan mortar dan periuk api yang memaksa orang asli di kawasan itu untuk keluar dari penempatan mereka.

colombia dan ecuador sempadan negara paling bahaya di dunia

Kumpulan ini bertanggungjawab ke atas pembunuhan lebih daripada 200,000 nyawa dalam 50 tahun yang lalu. Kadar pembunuhan di bandar berdekatan sempadan ini mencecah setinggi 96 orang daripada 100,000 orang.

Disebabkan presiden Ecuador mendakwa tentera Colombia tidak mempunyai izin untuk menyeberang sempada, kerajaan Colombia telah menuduh Ecuador melindungi pengganas. Sejak itu Ecuador telah meningkatkan usaha untuk menghapuskan FARC.

7. Bangladesh dan India

bangladesh dan india sempadan negara paling bahaya di dunia 2

Bangladesh dan India berkongsi sempadan sepanjang 4,095 kilometer, dan antara yang paling panjang di dunia. Sempadan ini sangat rumit dan mempunyai wilayah yang sangat mengelirukan. Sebagai contoh, terdapat tanah India yang dikelilingi oleh wilayah Bangladesh, di dalam wilayah India. Pening kan?

Sempadan ini menjadi jalan biasa untuk penyeludupan barang dari India ke Bangladesh dan pendatang tanpa dokumen dari Bangladesh ke India.

Disebabkan kadar penghijrahan yang sangat tinggi ini, Pasukan Keselamatan Sempadan India mempunyai polisi yang membenarkan mereka menembak sesiapa dalam pandangan.

bangladesh dan india sempadan negara paling bahaya di dunia

Namun, penyeberangan haram melintasi semapdan ini adalah hasil daripada garis sempadan itu sendiri yang sangat mengelirukan, dan merupakan usaha untuk sampai ke wilayah Bangladesh yang terpisah. 

Polisi menembak India itu telah melihatkan lebih daripada 1,000 nyawa terkorban di antara tahun 2000 hingga 2010.

8. Mexico dan Amerika Syarikat

mexico dan amerika syarikat sempadan negara paling bahaya di dunia

Dengan jarak 3,200 kilometer dari California ke Texas, sempadan di antara Amerika Syarikat dan Mexico merupakan sempadan yang paling tinggi dari segi jumlah manusia yang menyeberang, setiap tahun.

Sempadan ini merentasi sebahagian besar kawasan bandar dan padang pasir. Dianggarkan sebanyak 20,000 ejen peronda sempadan berkumpul di sekitar bandar besar membuatkan padang pasir ditinggalkan tidak berkawal.

mexico dan amerika syarikat sempadan negara paling bahaya di dunia 2

Ini menyebabkan 500,00 orang cuba untuk menyeberangi sempadan ini secara haram melalui padang pasir yang mana mengorbankan beratus-ratus nyawa setiap hari.

Zon ini biasanya sangat berbahaya di wilayah El Paso-Juarez yang sangat terkenal dengan penyeludup yang menyeludup dadah, senjata dan juga manusia. Beratus-ratus nyawa terkorban di sini selepas pertempuran antara pihak polis dan kumpulan ini. Kekejaman ini tular sehingga ke wilayah Amerika Syarikat.

9. India dan Pakistan

india dan pakistan sempadan negara paling bahaya di dunia 2

Sempadan di antara India dan Pakistan berjarak 2,897 kilometer adalah sangat berbahaya dan dikawal dengan ketat. Jika anda pernah menonton filem Bajrangi Bhaijaan anda tahu betapa tegangnya hubungan di antara kedua-dua negara ini, dan bagaimana Salman Khan bersusah payah untuk menyebarangi sempadan ini dengan pelbagai cara.

Ia dikawal dengan sangat ketat sehinggakan ia menjadi satu-satunya sempadan yang mampu dilihat dari angkasa lepas disebaabkan oleh lampu spotlight yang sangat banyak di bahagian India.

bajrangi bhaijaan border scene 550

india dan pakistan sempadan negara paling bahaya di dunia 3

Sejak pemisahan 1947 yang menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban, kedua-dua negara ini telah bertempur dalam 3 perang lain dan menghabiskan sekurang-kurangnya 25 tahun membantah tuntutan wilayah Kashmir serta gunung glasier.

Jumlah mangsa korban telah melebihi 50,000 nyawa.

10. Korea Utara dan Korea Selatan

korea utara dan korea selatan sempadan negara paling bahaya di dunia 2

Walaupun sempadan di antara Korea Utara dan Korea Selatan tidak begitu panjang dengan jarak 257 kilometer, ia dikatakan antara yang paling bahaya di dunia disebabkan ketegangan antara kedua-dua negara ini.

Ia dikenali sebagai Zon Bebas Tentera (DMZ) yang dilawak ketat oleh tentera kedua-dua pihak dan lengkap dengan dawai berduri dan periuk api. Tamatnya Perang Korea tidak menghapuskan permusuhan di antara kedua-dua negara ini dan telah berperang lebih dari 60 tahun serta tidak mengiktiraf kedaulatan negara masing-masing.

korea utara dan korea selatan sempadan negara paling bahaya di dunia

Beratus-ratus nyawa telah terkorbaan disebabkan situasi ini termasuklah rakyat Amerika Syarikat. Ketegangan yang tersangat hebat menyebabkan DMZ ditubuhkan sebagai zon penampan untuk memberikan negara dan tentera-tentera mereka berada pada jarak yang selamat dari masing-masing.

Sesiapa cuba untuk menyeberangi DMZ akan ditembak.

Rujukan:

1. Foreign Policy

2. World Atlas

3. Travel Noire




Hakcipta iluminasi.com (2017)