Anda mungkin pernah meluahkan sesuatu seperti "rasa nak tumbuk muka bos aku tu sampai mampus". Percaya atau tidak kes majikan mati dibunuh oleh pekerjanya sendiri benar-benar terjadi di negara barat. Antara punca yang dikenalpasti ialah pertelingkahan melibatkan hal kerja, rompakan dan dendam kerana dipecat. Biarpun kebanyakan kes-kes tersebut melibatkan dendam kesumat yang sudah disimpan sekian lama, tetapi terdapat beberapa kes pembunuhan yang berlaku secara spontan.
1. Jeffrey Johnson menembak bosnya di Empire State Building
BESARKAN TEKS A- A+
Kredit foto: ihsan WNBC / nydailynews.com
Selepas 6 tahun bekerja di sebuah firma rekaan pakaian Hazan Imports di Midtown Manhattan, Johnson telah diberhentikan pada tahun 2014. Dia kembali ke syarikat tersebut dengan pistol kaliber .45 dan menembak mati bekas majikannya yang pernah bertukar gangguan sebelum pemecatannya. Selepas melakukan tembakan sebanyak 4 kali terhadap mangsa yang sudah layu terbaring, dia mula berjalan ke arah Empire State Building. Sebaik tiba di sana, pegawai NYPD berhadapan dengannya sehingga meletusnya kejadian tembak-menembak sekali lagi. Akibatnya, 9 orang tercedera akibat peluru sesat oleh pihak polis manakala Johnson ditembak mati.
2. Sarah McLinn memenggal kepala bosnya hampir putus
Kredit foto: fox4kc.com
Harold Sasko merupakan pemilik restoran francais pizza Cici di Kansas City berusia 52 tahun ketika dia mengupah Sarah McLinn yang berusia 19 tahun ketika itu. Sebaik mengetahui dia baru sahaja terlibat dengan najis dadah dan kegiatan jenayah, Sasko menjemput McLinn untuk tinggal bersamanya. McLinn membalas permintaan itu dengan mencampur pil tidur dalam birnya, mengikat tangan dan kaki dengan zip dan memotong hampir putus kepalanya.
Peguam McLinn memberikan hujah bahawa gangguan identiti disosiatif yang dimiliknya menjadi punca dimana dia mempunyai sebanyak 4 personaliti berbeza - salah seorang daripadanya bernama Alyssa yang merupakan pembunuh sebenar. Pendakwa mendakwa McLinn telah meneliti tempat berpotensi untuk dipotong pada bahagian leher Sasko dan merancang untuk melarikan diri selepas pembunuhan itu. Dia akhirnya didapati bersalah dan dihukum minimum 50 tahun penjara.
3. Ernesto Hernandez Avalos memukul bosnya sehingga mati menggunakan penyedok tanah
Kredit foto: ihsan Orange County District Attorney's Office / ocweekly.com
Pada Januari 2007, Avalos merupakan seorang buruh kasar warga California berusia 27 tahun. Semasa melakukan kerja-kerja landskap, bosnya bernama Woo Sung Park menegur yang dia bekerja dengan terlalu perlahan. Avalos bertindak membalas kritikan tersebut dengan menghentak Park di belakang kepala dan memukulnya sehingga mati menggunakan penyedok tanah.
Sebaik polis tiba di tempat kejadian dan cuba menahan Avalos, dia mengambil sebuah kapak untuk melunaskan 'kerja'nya. Sebaik ditenangkan, Avalos mengaku menggunakan methamphetamine sebelum bekerja pada hari itu namun menegaskan dia merasakan Park akan menyerangnya secara fizikal. Dia akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun.
4. Yolanda Saldívar membunuh bintang pop terkenal, Selena
Kredit foto: Youtube Googlemedia
Saldivar ialah presiden kelab peminat penyanyi Selena dimana jawatan tersebut berjaya disandangnya dengan cara mengganggu pengurus Selena sehingga menyerah kalah. Tidak cukup dengan itu, dia juga mencuri duit kepunyaan Selena dan dipecat sebaik pihak pengurusan mengetahuinya. Apabila Selena mengadakan pertemuan dengannya di bilik motel pada Mac 1995 untuk berbincang mengenai hal tersebut, Saldivar mendakwa dia telah diperkosa dan meminta Selena membawanya ke hospital. Apabila hospital itu memberitahu yang Saldivar sebenarnya tidak diperkosa, Selena menuntut cek bank dari Saldivar yang kemudian bertindak menembaknya.
Semasa pertuduhan dibacakan, Saldivar mendakwa senapang itu mengeluarkan peluru secara tiba-tiba yang ditolak oleh pendakwa dengan bukti bahawa pistol itu begitu berat dan tidak boleh menembak dengan sendiri. Malah, Saldivar juga tidak memanggil 911 sebaliknya mengejar Selena yang sedang berlumuran darah ke lobi hotel sambil memanggilnya 'si jalang'. Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sementara berita palsu internet tidak putus-putus mengisytiharkan dia sudah mati.
5. Russell Carter mencekik bosnya dengan tali leher
Kredit foto: Wales News Service / telegraph.co.uk
Pemandu lori Welsh yang baru sahaja dipecat, Russell Carter percaya yang bosnya, Kinglsey Monk tidak membayar gajinya yang berjumlah $4,000. Oleh itu, dia mengambil Monk dan 3 orang pekerja lain sebagai tebusan sebelum memukul Monk dengan paip dan mencekiknya dengan tali leher sendiri. Untuk menamatkan sesi 'mengutip hutang'nya, Carter menyimbah tebusan lain dengan petrol sebelum membakar bangunan itu. Mereka bagaimanapun berjaya melarikan diri dan Carter mendakwa dirinya gila dan tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya. Sistem perundangan UK tidak bersetuju dan memberikan Carter 30 tahun hukuman penjara.
6. Eric Allen Kirkpatrick menembak bosnya di parti Krismas syarikat
Kredit foto: bc.ctvnews.ca
Kirkpatrick membunuh bekas majikannya, Benjamin Banky yang merupakan CEO syarikat produk kesihatan semula jadi, TallGrass Distribution tidak lama selepas dia dibuang kerja. Kirkpatrick muncul di parti Krismas syarikat dengan senapang patah dan melepaskan tembakan dan membunuh Bank. Selepas itu, Kirkpatrick menyerah diri serta mengaku tidak bersalah tetapi akhirnya tetap disabitkan dengan kesalahan membunuh.
Sumber rujukan: ranker.com