ciptaan hebat pihak nazi sewaktu perang dunia pertama

Dalam sejarah, kita telah menyaksikan banyak ciptaan-ciptaan hebat yang dihasilkan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam peperangan ini. Ciptaan-ciptaan yang dihasilkan ini penting bagi memastikan pihak yang terlibat mempunyai kelebihan terhadap musuh  mereka.

Sebelum ini kami pernah berkongsi mengenai 7 Ciptaan Hebat Pihak Kesatuan Soviet maka kali ini kami kongsikan pula ciptaan hebat pihak Nazi Jerman ketika era Perang Dunia Kedua satu ketika dahulu. 

Ciptaan dan inovasi yang dihasilkan ini boleh diklasifikasikan cukup hebat ketika zaman tersebut sehinggakan pihak Amerika Syarikat sendiri kemudiannya mencipta teknologi yang hampir serupa dengan apa yang dihasilkan oleh pihak Nazi.

1. Peluru berpandu boleh pandu

peluru berpandu jerman 562

Salah satu konsep inovatif yang muncul ketika Perang Dunia Kedua adalah konsep peluru yang boleh dipandu menuju ke sasaran bergerak. Salah satu contoh awal ialah bom anti kapal Fritz X, pertama kali digunakan oleh Tentera Udara Jerman pada tahun 1943 dan berjaya menenggelamkan kapal perang Itali.

Pada masa yang sama, Angkatan Laut A.S. telah menghasilkan bom anti-kapal yang lebih canggih yang  dikenali sebaagai Bat, yang menggunakan radar untuk mengesan sasaran tanpa memerlukan operator manusia. 

Senjata anti kapal yang lain adalah torpedo Zaunkoenig, yang dipasang pada kapal U Jerman dari tahun 1943 dan seterusnya. Ia menggunakan gelombang suara bawah air dan bukannya radar untuk menuju ke sasaran.

2. Peluru berpandu jarak jauh

roket v 2

Ketika itu banyak negara sudah mempunyai kekuatan peluru berpandu jarak dekat tetapi hanya Nazi Jerman yang berusaha keras memfokuskan untuk menghasilkan roket jarak jauh dengan menggunakan berbahan bakar cecair.

Hasilnya adalah V-2, peluru berpandu 14 tan yang dilancarkan secara menegak dengan jarak sasaran jarak 200 batu dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 3,500 batu per jam. V-2 adalah salah satu dari dua senjata jarak jauh yang dicipta oleh Jerman, satu lagi adalah adalah bom V-1.

Kedua-dua V-1 dan V-2 dilancarkan sebanyak ribuan kali, terutamanya ketika menyerang London dan bandar pelabuhan Antwerp di Belgium. V-1 adalah generasi awal peluru berpandu pada hari ini sementara V-2 adalah peluru berpandu balistik pertama di dunia.

3. Unit Udara payung terjun 

unit payung terjun jerman

Tentera Jerman adalah pasukan tentera pertama yang memanfaatkan potensi yang ada pasukan penerjun payung. Penggunaan tentera yang dilepaskan dengan payung terjun merupakan strategi baru pada waktu itu yang mengejutkan pihak musuh.

Hermann Göring, sebagai ketua Luftwaffe, membentuk rejimen payung terjun pertama pada tahun 1935. Semasa Perang Saudara Sepanyol, Jerman telah memperoleh pengalaman dalam pendaratan udara, terutama menggunakan Junkers Ju-52. Pesawat inilah yang menjadi tenaga kerja pasukan payung terjun Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Jerman melancarkan apa yang disebut sebagai 'serangan' udara pertama dalam sejarah pada 12 Mac 1938 ketika pasukan payung terjun Jerman merampas dan mengambil alih sebuah lapangan terbang di Wagram di Austria semasa Anschluss, satub peristiwa pengambilalihan damai di Austria.

4. Helikopter

helikopter pertama dunia

Flettner Fl 282 Kolibri atau Hummingbird adalah helikopter  satu tempat duduk kokpit terbuka. Ia dihasilkan oleh Anton Flettner untuk Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Ia adalah helikopter pertama yang dihasilkan secara besar-besar untuk kegunaan di medan perang. 

Peranan utama Hummingbird termasuklah untuk pengintipan udara dan pengiriman barang antara kapal. Namun, ketika perang berlangsung, Luftwaffe mula menggunakan Fl 282 di medan perang.

Untuk versi pertama,, terdapat hanya 1 tempat duduk untuk juruterbangnya namun kemudian satu tempat duduk untuk pemerhati ditambah di paling belakang kapal. Versi kedua ini dikenali sebagao B-2 dan versi ini terbukti berfunngsi dengan baik sebagai pesawat penembak artileri yang berguna dan unit pemerhatian ditubuhkan pada tahun 1945.

5. Roket

roket redstone

Roket Redstone

Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, Office of Strategic Services (OSS) melancarkan Operasi Paperclip, sebuah program di mana lebih dari 1,500 saintis, jurutera, dan juruteknik dari Nazi Jerman dan negara-negara lain dibawa ke Amerika Syarikat untuk projek khas. 

Salah satu tujuan Operation Paperclip adalah untuk menghalang kepakaran dan pengetahuan saintifik Jerman jatuh ke tangan Kesatuan Soviet.

V-2 yang dicuri dan penciptanya seperti Wernher von Braun membuka jalan untuk program roket AS bermula daripada penciptaan roket Redstone bagi ke misi ke Zuhal (Saturn) dan penciptaan Apollo yang akhirnya membawa angkasawan AS ke bulan.

6. Gogel "Night Vision"

gogel night vision 855

Seawal tahun 1939, alat penglihatan malam pertama telah diperkenalkan oleh tentera Jermann. Peralatan pertama ini dibangunkan oleh AEG bermula pada tahun 1935. Pada akhir Perang Dunia Kedua, tentera Jerman telah melengkapkan kira-kira 50 kereta kebal Mark V Panther dengan peralatan yang membolehkan askar mereka melihat pada waktu malam ini., 

Gogel "Night Vision" pertama ini dikenali sebagai Vampir ZG 1229 dengan beratnya sekitar 2.3kg. Askar yang membawa peralatan ini dikenali sebagai pemburu malam kerana kemampuan mereka melihat musuh dengan jelas dalam keadaan gelap.

Peralatan ini datang dengan lampu sorotan penglihatan dan inframerah serta satu bateri untuk lampu dan bateri kedua dimuatkan di dalam topeng gas yang berfungsi menukar gambar yang dilihat ke dalam versi night vision. 

7. Metamfetamin

pervitin dadah perangsang

Pervitin adalah versi awal dari apa yang kita kenal sekarang sebagai dadah kristal met. Metamfetamin mula-mula menjadi terkenal di Jerman dimana ianya dibawa masuk ke pasaran oleh pembuat ubat Temmler Werke yang berpusat di Berlin.

Ahli fisiologi tentera Jerman Otto Ranke segera menyedari kemampuan luar biasanya. Sebatian metamfetamin dapat membuat pejuang (juruterbang, khususnya) berada dalam keadaan berjaga-jaga walaupun tidak cukup tidur.

Ia juga dapat mengekalkan kekuatan tentera secara keseluruhan dan dianggap "ubat perang yang ideal." Dalam kalangan askar Jerman, Pervitin dikenali sebagai "Stuka-Tablet" dan "Herman-Göring-Pills".

Kredit:

  1. Ranker
  2. War History Online
  3. Histoyv Collection


Hakcipta iluminasi.com (2017)