Tiada apa di dunia ini yang mampu menyamai kebijaksanaan manusia. Namun begitu, haiwan juga mempunyai kehebatan yang tidak dapat ditandingi manusia.

Sebagai contoh, dari segi pendengaran. Walaupun manusia mempunyai otak yang lebih pintar, pendengaran haiwan jauh lebih hebat. 

Kebanyakan haiwan di dunia mempunyai pendengaran yang tajam, namun beberapa haiwan menggungguli senarai ini sebagai haiwan dengan pendengaran paling tajam di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. Anjing

pendengaran anjing

Pasti anda tahu bahawa pendengaran anjing lebih tajam daripada manusia.

Tapi adakah anda tahu bagaimana? Pertama sekali, pendegaran anjing adalah 4 kali ganda manusia.

Pendengaran yang sangat tajam ini didorong oleh beberapa faktor. Yang pertama adalah frekuensi pendengaran anjing adalah 2 kali ganda manusia.

Juga, setiap daripada telinga anjing terdiri daripada 18 otot berlainan berbanding 3 otot pada telinga manusia. Otot-otot ini membolehkan ajning mengangkat, memusingkan dan mencondogkan telinga.

Jadi, ia boleh mengarahkan telinga ke arah bunyi datang, sekaligus meningkatkan had pendengaran haiwan ini. 

5. Kucing

pendengaran kucing antara yang paling tajam

Kucing mempunyai deria pendengaran yang sangat menakjubkan, terutamanya terhadap bunyi bernada tinggi. Malah, julat pendengaran kucing lebih tinggi daripada anjing.

Kucing juga mempunyai 32 otot di setiap telinga membenarkan haiwan ini menggerakkan telinga ke hadapan dan belakang dengan mudah.

Malah, kucing boleh memutarkan telinga 180 darjah dengan bebas. Jika dibandingkan dengan manusia, mencari sumber bunyi adalah lebih mudah bagi kucing.

4. Ikan lumba-lumba

ikan lumba lumba

Walaupun memiliki telinga luar yang kecil, ikan lumba-lumba boleh menghantar bunyi ke telinga tengah melalui rahang bawahnya.

Sistem korteks pendengaran di dalam otak haiwan ini jauh lebih hebat daripada manusia. Oleh itu, pemprosesan bunyi lebih cepat daripada kita.

Frekuensi pendengaran lumba-lumba juga jauh lebih luas daripada manusia. Selain itu, ikan lumba-lumba menggunakan ekolasi atau pantulan bunyi yang lebih hebat.

Haiwan ini menghantar gelombang bunyi dan memproses gelombang yang melantun semula, membolehkan ikan ini mengenal pasti apa yang akan berlaku. Bukan hanya lokasi objek, tetapi juga saiz dan bentuknya.

3. Burung hantu

burung hantu

Sebagai haiwan yang hidup pada waktu malam, burung hantu mempunyai pendengaran dan penglihatan yang sangat tajam. Walaupun dalam keadaan gelap, haiwan ini boleh mengesan pergerakan mangsa di tanah dan menangkapnya.

Hal ini disebabkan oleh penempatan tidak simetri pada telinga burung hantu yang sensitif.

Ya, sebelah telinga terletak lebih tinggi manakala sebelah lagi terletak sedikit ke hadapan berbanding yang satu lagi. Kedudukan telinga tidak simetri ini membantu dalam pengesanan arah dan sumber bunyi yang pantas.

2. Kelawar

kelawar

Sama seperti burung hantu, kelawar adalah haiwan malam yang hanya aktif pada waktu tersebut. Namun, penglihatan haiwan ini sangat teruk.

Jadi, bagaimana ia boleh terbang dan mencari mangsa? Jawapannya adalah menggunakan pendengaran yang menakjubkan dan sistem pantulan.

Malah, kelawar adalah mamalia yang paling sensitif pendengarannya. 

Ketika kelawar terbang pada waktu malam, ia akan menghantar beberapa siri bunyi, iaitu bunyi ultra (ultrasound). Kemudian, ia akan memproses pantulan bunyi menggunakan telinga yang sensitid.

Sel yang sangat efisyen pada telinga kelawar kemudian akan melakukan tafsiran teliti, membantu mengenalpasti lokasi dan saiz objek dari jarak jauh.

1. Kupu-kupu lilin

kupu kupu lilin pendengaran paling tajam di dunia

Kelawar boleh dianggap sebagai raja pendengaran yang hebat. Tetapi, sejenis kupu-kupu mempunyai pendengaran yang lebih hebat daripada kelawar, iaitu kupu-kupu lilin.

Ditemui di kebanyakan bahagian dunia, kupu-kupu ini boleh mendengar bunyi sehingga pada frekuensi 300 kHz. Tiada haiwan lain di dunia yang diketahui mempunyai tahap pendengaran yang lebih tinggi sehingga kini.

Manusia hanya boleh mendegar bunyi sehingga frekuensi 20kHz. Pendengaran yang tersangat tajam ini membantu kupu-kupu ini mengelakkan daripada dimakan kelawar, yang mana juga mempunyai pendengaran yang tajam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)