Pastinya ramai di antara kita yang tidak pernah melihat ikan ini, yang diberi nama ikan matahari laut. Melihat kepada rupa bentuknya, ia seperti seekor ikan yang tidak siap dihasilkan. 

Ia mempunyai pelbagai nama termasuklah seperti yang disebutkan atau "ocean sunfish" yang dipanggil oleh orang Inggeris, "the swimming head" oleh orang Jerman dan "ikan bulan" oleh beberapa negara Eropah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 7 fakta menarik tentang ikan matahari laut yang ramai tak tahu.

1. Juga dikenali sebagai ikan mola mola 

ikan mola mola boleh ditemui di seluruh dunia

Nama saintifik bagi ikan matahari laut ini adalah mola-mola. Perkataan "mola" berasal dari bahasa Latin untuk batu giling, dan nama ikan ini adalah rujukan kepada bentuknya yang kelihatan seperti cakera.

Jadi ikan ini biasanya dirujuk sebagai mola mola, atau mola sahaja. Ia juga dikenali sebagai ikan sunfish biasa, kerana terdapat 3 lagi spesis ikan sunfish yang tinggal di lautan iaitu mola ramping, mola berekor tajam dan ikan sunfish selatan.

2. Ikan mola mola sangat subur 

ikan mola mola sangat subur

Ikan mola mola pernah dijumpai dengan kira-kira 300 juta telur dalam ovarinya, jumlah yang tersangat banyak lebih berbanding yang pernah ditemui dalam mana-mana spesies vertebrata.

Walaupun ikan mola-mola menghasilkan banyak telur, telur tersebut sangat kecil dan pada asasnya tersebar ke dalam air, menjadikan peluang mereka untuk bertahan hidup agak rendah.

Sebaik sahaja telur disenyawakan, embrio tumbuh menjadi larva berduri kecil dengan ekor. Selepas menetas, duri dan ekor akan hilang, membuatkan ikan kecil menyerupai ikan mola-mola dewasa.

3. Tidak berbahaya kepada manusia

berenang bersama ikan mola mola

Walaupun memiliki saiz yang sangat besar, ikan mola mola tidak berbahaya bagi manusia.

Ia bergerak dengan perlahan dan mungkin lebih takutkan manusia. Kerana spesis ini tidak dianggap sebagai ikan yang baik untuk dimakan di kebanyakan tempat, ancaman terbesar terhadap ikan ini adalah dilanggar oleh bot atau ditangkap untuk dijadikan umpan kepada ikan lain.

Pemangsa semulajadi ikan ini yang terbesar adalah jerung pembunuh dan singa laut.

4. Ikan bertulang paling besar di dunia

ikan mola mola dengan rupa pelik

Ukuran ikan mola mola terbesar yang pernah direkodkan adalah lebih daripada 3 meter dengan berat melebihi 2,000 kilogram.

Rata-rata, ikan ini mempunyai berat sekitar 900 kilogram, menjadikannya spesis ikan bertulang paling besar di dunia. 

Ikan bertulang mempunyai rangka tulang, yang membezakannya dari ikan kartilaginous, yang "tulangnya" diperbuat daripada rawan, seperti ikan jerung.

5. Tidak mempunyai ekor

Apabila anda melihat ikan ini, pastu anda akan menyedari sesuatu yang tidak lengkap padanya. Ikan ini tidak mempunyai ekor.

Sebaliknya, ia mempunyai lampiran bonjol yang dipanggil clavus, yang terbentuk melalui gabungan sirip dorsal dan sirip dubur.

Walaupun ketiadaan ekor, ikan mola mola masih mampu melompat keluar daripada air. 

6. Boleh ditemui di seluruh dunia 

anjing laut makan ikan mola mola

Ikan mola mola hidup di perairan tropika dan bersuhu sederhana, serta boleh ditemui di lautan Atlantik, Pasifik, Mediterranean, dan India.

Walaupun boleh ditemui di merata tempat, namun untuk melihat ikan ini, anda mungkin perlu mencarinya di lautan kerana spesis ini agak sukar untuk ditangkap dan dipamerkan di akuarium.

Monterey Bay Aquarium adalah satu-satunya akuarium di Amerika Syarikat yang memiliki ikan mola-mola dan ikan ini disimpan di hanya beberapa akuarium lain, seperti Oceanarium Lisbon di Portugal dan Kaiyukan Aquarium di Jepun.

7. Lebih gemar habiskan masa berdekatan dasar lautan pada waktu malam 

ikan mola mola di dasar laut

Dari tahun 2005 hingga 2008, saintis menandakan 31 ikan mola mola di Atlantik Utara dalam kajian pertama seumpamanya.

Ikan-ikan yang ditandakan telah menghabiskan lebih banyak masa berhampiran dengan permukaan laut pada waktu malam berbanding waktu siang.

Ia juga menghabiskan lebih banyak masa di dasar lautan ketika berada di perairan hangat seperti di Teluk Stream dan Teluk Mexico. 

Rujukan:

1. Atlantis

2. Thought

3. National Geographic




Hakcipta iluminasi.com (2017)