kisah pelik amerika syarikat

Walaupun pengaruh budayanya yang mana menular ke seluruh dunia, Amerika Syarikat masih kelihatan sangat pelik kepada orang asing.

Orang-orang Eropah, orang-orang dari Asia Tenggara, Australia dan Inggeris masih cuba untuk memahami tentang kehidupan rakyat Amerika Syarikat yang dilihat sangat pelik.

undang undang amerika paling pelik 933

iluminasi.com kongsikan 6 fakta dan undang-undang Amerika Syarikat Yang Sangat Pelik Kepada Orang Luar.

6. Kanak-kanak di Amerika Syarikat tembak seorang dalam seminggu

kanak kanak di as tembak seorang dalam seminggu

Amerika Syarikat mempunyai kadar pemilikan senjata api tertinggi dan undang-undang senjata paling longgar di dunia.

Ia disebabkan oleh Pindaan ke-2, yang menjadi subjek perdebatan secara berterusan sejak ia wujudkan. Namun bukan jumlah pemilikan senjata api yang keterlaluan di Amerika Syarikat yang membuatkan orang luar terperanjat, malah ada lebih dari itu.

Antaranya termasuklah kanak-kanak di AS menembak sekurang-kurangnya seorang setiap minggu dan hakikat ini hanya berlaku di negara ini sahaja.

Malah, negara-negara yang dipenuhi dengan senjata api seperti Serbia, Norway dan juga Switzerland pun tidak mempunyai statistik di mana kanak-kanak menembak di antara satu sama lain.

Untuk tempoh 2 tahun yang lalu, kanak-kanak di AS telah menembak seorang setiap minggu termasuk diri mereka sendiri. Lebih buruk, AS masih membekalkan kanak-kanak dengan senjata api.

Pada tahun 2016, negeri Iowa membenarkan bayi untuk mengendalikan senjata api berpeluru. Dahsyat kan?

5. Undang-undang hubungan intim dengan haiwan

hubungan seks dengan haiwan dibenarkan di amerika syarikat

Mungkin ia kedengaran seperti tak masuk akal, namun terdapat hampir 10 negeri di Amerika Syarikat di mana perbuatan melakukan hubungan seks dengan haiwan masih dihalalkan.

Negeri-negeri tersebut adalah Hawaii, Kentucky, Nevada, New Mexico, Ohio, Texas, Vermont, West Virginia, Wyoming dan termasuk sebuah daerah iaitu Columbia.

Di samping itu, banyak negeri masih menganggap bahawai perbuatan ini sebagai satu salah laku. 

4. Gaji penjawat awam tertinggi adalah jurulatih sukan

jurulatih sukan gaji awam tertinggi di as

Jika anda pergi ke mana-mana negara lain di dunia Barat seperti Kanada, Jerman, Republik Czech, New Zealand atau di mana sahaja, pekerja awam yang dibayar gaji paling tinggi adalah orang yang bekerja dalam kapasiti tanpa mementingkan diri sendiri.

Mereka termasuklah golongan yang menguruskan universiti atau hospital awam atau majlis tempatan. Namun di Amerika Syarikat, mereka akan ketawakan sistem seperti ini.

Daripada memberi penghormatan kepada guru besar atau doktor pakar, pekerja awam dengan gaji tertinggi di 39 negeri menjadi milik jurulatih sukan, khususnya jurulatih bola sepak atau bola keranjang lelaki.

Dan jumlahnya bukanlah kecil. Malah, gaji yang diterima juga dicemburui oleh mereka di dalam sektor swasta. Sebagai contoh, jurulatih bola sepak University Alabama, Nick Saban, menerima gaji lebih daripada RM28 juta.

Jika ditambah dengan bonus, dia mungkin menjadi salah seorang pekerja awam yang dibayar paling tinggi yang tidak hidup dalam pemerintahan diktator yang korup.

Hanya Alaska, Delaware, Hawaii, Maine, Montana, New York, Nevada, New Hampshire, Vermont, South Dakota dan North Dakota sahaja enggan memberikan pakej gaji awam tertinggi kepada golongan jurulatih ini.

3. 7 negeri membenarkan perogol tuntut hak penjagaan anak

perogol ada hak tuntut anak mangsa rogol di amerika syarikat

Di mana pun bahagian di dunia, pastinya wujud golongan lelaki yang suka merogol wanita. Dan kadang-kala, ia membuatkan mangsa rogol hamil. 

Bergantung kepada di mana mereka tinggal dan keyakinan agama mereka, mangsa tersebut berhak memutuskan untuk terus hamil atau tidak.

Namun, bagi 7 negeri di Amerika Syarikat, adalah dibenarkan untuk bapa (perogol) untuk menuntut hak penjagaan anak yang dilahirkan hasil daripada jenayah rogol tersebut. 

Cuba bayangkan, anda telah diserang dengan kejam, dirogol tanpa perikemanusiaan dan terus tabah hamil selama 9 bulan, tiba-tiba si perogol datang dan menuntut bayi tersebut.

Bagi mereka yang tinggal di Alabama, Mississippi, Maryland, New Mexico, North Dakota, Wyoming atau Minnesota, itulah hakikatnya.

Malah, terdapat lagi 20 negeri yang mana ia mungkin dibenarkan.

Sebagai contoh, di Indiana, anda hanya boleh menghalang perogol daripada menuntut hak penjagaan jika anda teringat untuk melakukannya dalam masa 3 bulan selepas bayi dilahirkan.

Seram kan?

2. 30% rakyat Amerika Syarikat lebih pentingkan wang daripada nyawa

sebahagian rakyat amerika syarikat pentingkan wang daripada kesihatan

Berbanding dengan negara maju lain, penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat adalah sangat mahal. Dan sikap rakyat Amerika Syarikat terhadap kesihatan adalah hasil daripada kos yang terlalu tinggi.

Apabila berhadapan dengan penyakit atau kecederaan yang serius, sekitar 30% rakyat Amerika Syarikat lebih suka menanggungnya daripada membayar untuk mendapatkan rawatan.

Dan perkara ini tidak berlaku di mana-mana negara maju yang lain.

Norway adalah negara dengan penjagaan kesihatan kedua termahal di dunia, tetapi hampir semua rakyatnya tidak mengelak daripada mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Jepun mempunyai sistem berinsurans, sistem swasta dengan bayaran sering dibuat oleh para majikan sama seperti Amerika Syarikat tetapi rakyat mereka tidak mengelak daripada mendapatkan rawatan perubatan. 

Dan untuk melihat situasi ini berlaku, anda perlu menyulusri negara miskin di mana gaji adalah sangat rendah dan penjagaan kesihatan merupakan satu kemewahan.

Amerika Syarikat memiliki antara doktor dan hospital terbaik di dunia, tetapi hakikat bahawa rakyatnya memilih wang berbanding kesihatan adalah sesuatu yang tak masuk akal.

1. Rakyat Amerika Syarikat juara makanan segera

makanan segera

Amerika Syarikat adalah tempat kelahiran makanan segera. Ia merupakan negara yang mencipta sistem pandu lalu dan mempopularkan rangkaian makanan segera.

Dan rakyat Amerika Syarikat kini adalah pemakan ke-3 paling laju di dunia. Pada hari biasa, rakyat Amerika hanya menghabiskan masa sebanyak 74 minit untuk makan, hampir paling rendah di dunia.

Bagi mereka yang tinggal di negara ini, perkara ini mungkin tidak mengejutkan namun bagi orang luar, pastinya anda tertanya-tanya bagaimana mereka melakukannya.

Di Perancis, tempoh purata dihabiskan untuk makan dalam sehari adalah 135 minit dan di Turki pula adalah 162 minit sehari.

Dan walaupun rakyat Jepun menghabiskan lebih banyak masa bekerja berbanding di Amerika Syarikat, mereka masih mampu memperuntukkan masa selama 115 minit sehari untuk makan.

Hanya 2 buah negara yang makan lebih pantas daripada Amerika Syarikat iaitu Kanada dengan 72 minit dan Mexico dibawah 70 minit.

Ini mungkin disebabkan oleh budaya makanan segera dan etika kerja keras di negara ini, yang lebih mementingkan produktiviti.


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)