Jika anda tinggal atau sering melawat ke negara Matahari terbit ini, kebarangkalian untuk anda melihat kereta jenama Amerika Syarikat di jalan raya di Jepun adalah sangat tipis.

Jika anda terserempak dengan kereta jenama Amerika pun, kemungkinan besar ia adalah Jeep Wrangler.

Ketika mana kereta jenama Jepun memenuhi jalan-jalan dan lot parkir di Amerika Syarikat, namun pembuat kereta Amerika hampir berputus asa untuk menjual kereta mereka di Jepun walaupun ia kekal sebagai pasaran kereta ke-3 terbesar di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelarkan situasi ini sebagai tidak adil, sama seperti yang disuarakan oleh Majlis Dasar Automotif Amerika yang mewakili tiga pengeluar kereta gergasi AS iaitu General Motors, Ford dan Fiat Chrysler.

Tetapi pemerhati industri bersetuju tentang perbezaan ketara ini disebabkan oleh ciri-ciri unik dalam pasaran kereta Jepun iaitu syarikat-syarikat Amerika menghasilkan kereta yang tak sesuai dengan selera Jepun, Amerika tidak melabur dalam wakil jualan di negara ini dan banyak pengguna Jepun mempunyai idea yang berterusan bahawa kenderaan Amerika tidak boleh diharapkan serta tidak cekap.

Kira-kira 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta kecil kelas khas yang dipanggil sebagai kereta Kei.

pembuatan kereta jepun

Hampir semua jumlah ini dijual oleh jenama Jepun, seperti Suzuki dan Daihatsu.

Jepun adalah negara yang sesak dan pemandu sukakan kemudahan dan kecekapan kenderaan kecil untuk bergerak di jalan-jalan yang sempit atau sesuai dengan ruang parkir yang padat.

Menurut Kristin Dziczek, naib presiden industri, buruh & ekonomi di Pusat Penyelidikan Automotif, terdapat pasaran berbeza dan pengguna yang berbeza di Jepun.

Walaupun kereta A.S. tidak dikenakan cukai untuk masuk ke Jepun, namun kereta Amerika tidak dibuat untuk pengguna Jepun.

"Kami menyediakan mereka "bahan buangan", kereta yang kami hasilkan untuk pengguna Amerika Utara yang kami harap kami boleh menjual di pasaran lain," kata Kristin Dziczek.

Para pembuat kereta Jepun begitu mahir dalam melayani selera pengguna Jepun sehinggakan kira-kira 95% daripada kereta di jalan-jalan mereka adalah buatan Jepun.

Baki lagi 5% merangkumi kereta import dan kebanyakannya adalah kereta mewah Eropah atau kereta sport. 

honda civic

Mercedes-Benz, BMW dan Volkswagen, termasuk Audi, semuanya menjual puluhan ribu kereta di Jepun setiap tahun.

Walaupun jumlah itu masih agak kecil berbanding dengan pasaran tempatan dan pasaran utama yang lain, namun ia masih menjadi pilihan dan terjual, kata Christopher Richter penganalisis CLSA yang berpangkalan di Tokyo.

"Pembuat kereta Amerika tidak betul-betul mencuba (untuk memenuhi keperluan pengguna Jepun)," kata Christopher Richter.

Ford meninggalkan Jepun sepenuhnya pada tahun 2017 dan General Motors hanya menjual sekitar 700 buah kereta di Jepun pada tahun 2018.

Masalah bagi jenama Amerika adalah sukar untuk bersaing dengan kenderaan Jepun yang sama tanpa membezakan diri mereka dalam beberapa cara.

Inilah yang mungkin menyumbang kepada populariti jenama Fia tChrysler iaitu Jeep.

Hampir setiap kali, Jeeps yang dilihat di Jepun adalah Jeep Wrangler, yang merupakan model yang paling melambangkan jenama dan gaya hidup Amerika yang lasak.

Jenama Jeep ini mempunyai imej kuat yang luar biasa di luar negara, kata Rebecca Lindland, penganalisis auto bebas.

"Jika anda berfikir tentang beberapa jenama yang paling berkuasa, sangat dihormati dan disukai di dunia, saya akan mengatakan Jeep adalah pesaing yang hebat dalam perlumbaan ini," kata Rebecca Lindland.

Rujukan:

1. CNBC

2. The Atlantic

3. News




Hakcipta iluminasi.com (2017)