Tak ramai orang mempunyai cita-cita sebagai seorang chef. Dan jika mengambil kursus seni kulinari di universiti, pasti akan dipandang serong oleh kebanyakan orang (yang nak masak nasi goreng pun tak reti), seolah-olah ia adalah kursus yang mudah dan remeh.

Namun, hanya mereka yang berada dalam bidang ini sahaja tahu betapa rumitnya dunia masakan. Dalam susah payahnya, kerjaya sebagai seorang chef amat berbaloi dan memberikan kepuasan kepada mereka yang meminatinya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

makanan sedap sangat 270

chef ahmad maslan

iluminasi.com ingin berkongsi 6 chef yang paling hebat atas muka bumi.

Nota : Bintang Michelin adalah satu sistem penarafan yang digunakan oleh Michelin Guide untuk menggredkan restoran mengikut kualiti. Bintang tertinggi bagi sebuah restoran adalah 3.

6. Marco Pierre White

marco pierre white ketika muda

Chef terkemuka dari United Kingdom ini telah mengubah cara anda melihat makanan. Beliau menggabungkan masakan klasik British, Perancis dan Itali bersama-sama, yang menghasilkan gaya masakan unik dan tersendiri.

marco pierre white kini

masakan marco pierre white

Lebih hebat, beliau adalah chef termuda di dunia yang pernah dianugerahkan 3 bintang Michelin, ketika berusia 33 tahun. Selepas 21 tahun sebagai seorang chef, Marco bersara, dan mengembalikan bintang Michelin yang dimenanginya, dan berkata :

"Saya dihakimi oleh orang yang kurang pengetahuan (dalam bidang masakan) daripada saya, jadi, dimana harga saya sebagai seorang chef? Saya terlalu menghormati pemeriksa Michelin, dan memperkecilkan diri sendiri,".

Beliau juga merupakan mentor kepada chef terkemuka dunia, Gordon Ramsay

5. Heston Blumenthal

heston blumenthal

Lahir pada tahun 1966 di Kensington, London, Heston Blumenthal sangat terkenal dengan masakannya yang lazat dan juga cantik. Beliau merupakan pemilik restoran Fat Duck di Bray, Berkshire, salah satu restoran di Great Britain yang dianugerahkan 3 bintang Michelin.

Beliau merupakan chef pertama yang mengambil pendekatan saintifik dalam masakan, yang berjaya membuatkan restorannya mendapat bintang-bintang tersebut. Pendekatan dan pemahaman saintifik beliau terhadap makanan juga telah menjadikan beliau seorang fellow di Royal Society of Chemistry.

heston blumenthal 2

Beliau sangat bijak dalam menggabungkan makanan yang mempunyai persamaan molekul, walaupun ia kelihatan sangat aneh.

4. Wolfgang Puck

wolfgang puck

Chef Wolfgang Johannes Puck adalah seorang chef selebriti dan berasal dari Austria, yang berhijrah ke Amerika Syarikat ketika berusia 24 tahun. Beliau terkenal dengan gaya masakannya yang unik dengan menggabungkan masakan Itali dan Amerika, menggunakan bahan-bahan dari California.

Beliau menerima pujian yang melambung dari semua pihak disebabkan oleh restoran pertamanya, Spago. Cawangan restoran Spago di Beverly Hills telah dianugerahkan 2 bintang Michelin pada tahun 2008 dan 2009.

wolfgang puck chef austria

Beliau juga menghasilkan pelbagai buku masakan serta muncul dalam banyak rancangan masakan popular. Pada tahun 2017, beliau diberi penghargaan dengan dikurniakan bintang di Hollywood Walk of Fame.

3. Jamie Oliver

jamie oliver 801

Siapa yang tak kenal dengan ikon Britain dan chef terkemuka, Jamie Oliver ini. Tak seperti kebanyakan chef, Jami Oliver memfokuskan gaya masakannya hanya kepada masakan British. 

Apa yang membuatkan beliau terkenal dan disanjungi adalah kemahiran yang tinggi serta personalitinya yang disenangi, dan mendapat tajaan berjuta-juta ringgit. Beliau terkenal dengan rancangan masakannya dan sangat menggalakkan orang ramai makan makanan yang sihat.

jamie oliver memasak

jamie oliver buat pasta

Jamie Oliver telah mengeluarkan 5 siri buku Jamie's Kitchen pada tahun 2002, dan juga pencipta rancangan masakan The Naked Chef. Walaupun tidak pernah memenangi bintang Michelin, Jamie Oliver masih dianggap sebagai bintang dalam dunia masakan dan menjadi duta kepada pasaraya di British iaitu Sainsbury.

2. Gordon Ramsay

gordon ramsay

Penulis tahu ramai yang sudah menjangkakan chef ini akan berada di kedudukan ke-2 atau pertama senarai ini. Dengan nilai kekayaan melebihi RM250 juta dan jangkauan antarabangsa yang tiada tandingan, Gordon Ramsay adalah chef yang paling berjaya di dunia setakat ini.

Gaya masakan beliau adalah gabungan antara masakan Perancis, Itali dan British. Beliau sangat terkenal dengan sikap panas barannya dan tiada toleransi terhadap ketidakcekapan di dapur.

gordon ramsay berang

gordon ramsay dan marco pierre white

Gordon Ramsay pernah berlatih bola sepak untuk pasukan Rangers untuk beberapa bulan namun terpaksa berhenti disebabkan kecederaan serius. Tiada lagi masa depan dalam bidang bola sepak, beliau beralih arah ke bidang kulinari secara tak sengaja, dan memberikan fokus sepenuhnya. Beliau menyambung pelajaran dalam pengurusan hotel di Koleh Teknikal North Oxfordshire.

chef genius

resepi gordon ramsay

Pada tahun 1980an, Gordon Ramsay berpindah ke London, dan bekerja di bawah Marco Pierre White. Ketika berusia 23 tahun, Gordon Ramsay berpindah ke Paris dan bekerja dibawah Guy Savoy dan Joël Robuchon, yang mana kedua-duanya chef yang dianugerahkan bintang Michelin. Kerajinan dan ketekunan beliau membuatkan beliau berjaya seperti sekarang.

restaurant gordon ramsay

Beliau mempunyai 39 buah restoran di serata dunia termasuklah England, Amerika Syarikat, Itali, Perancis, Ireland, UAE, Qatar, Jepun, Afrika Selatan, Australia, Hong Kong dan Singapura. Beliau telah dianugerahkan 16 bintang Michelin secara keseluruhan.

Selain itu, Gordon Ramsay adalah chef pertama yang melantik chef wanita sebagai ketua chef di restoran yang dianugerahkan 3 bintang Michelin, iaitu Clare Smith and Angela Hartnett.

1. Mak sendiri

ibu ibu memasak

Ya penulis tahu anda akan komen, "Mak aku masak lagi sedap daripada dorang ni,". Betul, penulis setuju, masakan paling sedap adalah masakan emak. Tak ada yang lagi sedap daripada itu. Tak kisahlah mak masak apa sekalipun, walaupun telur goreng dengan ikan bilis pun, itu pun boleh tambah nasi 2-3 kali kan.

Sama juga kepada isteri, kedua-dua individu ini chef yang sangat hebat, walaupun tak bergaji dan tak kaya macam Gordon Ramsay. Awal pagi, tengah hari, minum petang, makan malam, makan tengah malam, makan bila terjaga pukul 3.30 pagi, semua boleh disiapkan. Salute untuk mereka yang bergelar ibu dan isteri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)