ibu ayah dan anak sedang makan bersuap

Siapa tak mahu badan yang cantik kan? Tak kiralah sama ada anda mahukan badan berotot ataupun langsing, perkara yang paling utama adalah menjaga pemakanan.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan, lebih-lebih lagi disebabkan oleh terlalu banyak mitos mengenai pemakanan yang disebarkan secara berleluasa di saluran media.

Dan disebabkan mitos-mitos ini lah yang membuatkan terdapat di antara mereka yang tidak menampakkan hasil walaupun sudah lama ber-diet.

iluminasi.com ingin kongsikan 8 mitos mengenai pemakanan yang sangat berleluasa dan dipercayai ramai.

1. Produk segar lebih baik daripada sejuk beku

makanan segar vs beku 8 mitos dan penipuan mengenai pemakanan yang ramai masih percaya 391

Ramai yang beranggapan bahawa makanan sejuk beku adalah kurang baik. Makanan sejuk beku sebenarnya bentuk makanan yang paling optimum, melainkan produk segar yang anda makan itu betul-betul datang daripada ladang.

Produk segar seperti sayuran atau daging biasanya hilang jumlah nutrien yang tinggi dalam masa 3 hari selepas dituai.

Dan jika anda mengambil kira masa perjalanan dan turun naik perubahan suhu, sangat mudah untuk melihatkan bagaimana nilai nutrisi pada makanan segar ini tersangat kurang sebelum sampai ke pasar raya berdekatan anda.

Makanan beku pula biasanya dibekukan terus selepas dituai, sekaligus mengekalkan nutrisi makanan sehinggalah ia disediakan. Namun kekurangan pada makanan beku adalah ia mungkin kehilangan rasa segar yang mana penting bagi sesetengah orang.

Perkara ini walaubagaimanapun tidak terlepas pandang oleh pengguna disebabkan harga makanan sejuk beku yang lebih murah. Malah, makanan sejuk beku tidak rosak dengan pantas, jadi anda kurang melakukan pembaziran.

2. Sayuran mentah lebih baik daripada yang dimasak

sayuran mentah lebih baik daripada yang dimasak 8 mitos dan penipuan mengenai pemakanan yang ramai masih percaya 388

Ramai yang suka sayur-sayuran dalam bentuk "jus detoks" kerana ia segar dan mentah. Jus detoks ini mengandungi enzim yang berguna kepada badan kerana buah-buahan dan sayuran tersebut diperah atau dikisar secara segar, manakala sayuran yang dipanaskan melebihi 48 darjah Celcius, segala mineral sayuran itu akan terhapus.

Namun, apa yang ramai tak tahu adalah badan kita sudah menghasilkan enzim-enzim ini secukupnya, jadi segala nutrien daripada sayuran mentah itu adalah sia-sia. Sayuran dipenuhi dengan banyak vitamin dan mineral lain yang mana tak akan pernah terhapus tak kiralah betapa tinggi suhu memasak.

3. Pengambilan lemak harus dielakkan

pengambilan lemak perlu dielakkan 8 mitos dan penipuan mengenai pemakanan yang ramai masih percaya

Lemak mempunyai pelbagai kategori: poli tak tepu, tak tepu dan tepu adalah beberapa jenis sahaja daripada keseluruhan lemak.

Para pakar pemakanan sering membahaskan manfaat dan bahaya pengambilan lemak, jadi tak ada kata sepakat yang jelas, namun mereka semua bersetuju bahawa tidak mengambil lemak dalam diet membuatkan badan anda kehilangan nutrien yang diperlukannya.

Lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam alpukat (avokado), kacang-kacang, ikan dan minyak sayuran adalah bagus dan penting untuk badan.

Lemak-lemak ini membantu merendahkan kolestrol dalam badan dan disebabkan badan manusia tidak menghasilkan jenis lemak ini dengan sendiri, maka amat penting untuk kita mengambilnya dalam setiap hidangan makanan.

Lemak tepu pula adalah yang paling teruk, ia menambah berat badan anda dengan segera. Pakar pemakanan mencadangkan bahawa pengambilan lemak ini dalam sehari tidak melebihi 10%.

Walaubagaimanapun, semua jenis lemak perlu diambil dalam jumlah sederhana tetapi dengan sengaja memilih pilihan yang bebas lemak hanya akan menyebabkan kerosakan yang besar kepada badan anda. Anda kehilangan nutrien penting dan mungkin menyekat peningkatan kesihatan anda.

4. Jus buahan 100% adalah minuman yang berkhasiat

jus buah buahan adalah minuman yang berkhasiat 8 mitos dan penipuan mengenai pemakanan yang ramai masih percaya

Jus buah-buahan boleh dikatakan sebagai salah satu "makanan kesihatan" yang paling teruk anda boleh pilih, lebih-lebih lagi jika ia tidak diperah segar. Jumlah gula semulajadi dan tambahan dalam satu hidangan minuman dengan mudah boleh melepasi jumlah pengambilan gula yang disyorkan untuk tiga hari.

Dengan memilih untuk makan buah dengan cara ini, anda mengambil semua gula semulajadi yang terdapat dalam buah, tetapi tidak ada langsung serat pemakanan. Segelas jus epal hanya mengandungi 0.2 gram serat, manakala sebiji buah epal mengandungi 3.3 gram.

Yang mana satu pilihan terbaik, buah atau jus? Minum jus buah juga boleh meningkatkan selera makan anda, yang mana boleh menyebabkan anda makan lebih banyak daripada biasa.

5. Produk organik lebih sihat

produk organik lebih sihat 8 mitos dan penipuan mengenai pemakanan yang ramai masih percaya

Melabel sesuatu produk dengan label "organik" tidak ada kena mengena dengan nilai nutrisinya, namun lebih daripada 60% mereka yang berusia bawah 30 tahun percaya baahawa hasil organik adalah lebih sihat daripada makanan yang diubahsuai secara genetik.

Sekiranya produk itu dilabel organik, itu bermakna ia bebas daripada racun perosak, baja atau bahan tambahan. Pihak kerajaan telah mengawal dengan ketat produk yang boleh dilabel sebagai organik namun ia tidak menghalang syarikat-syarikat daripada memasarkan produk tersebut seperti ia lebih sihat daripada produk lain.

Ambil Gatorade sebagai contoh. Pada tahun 2016, PepsiCo mengeluarkan G Organic untuk memanfaatkan fakta bahawa 50% daripada pengguna yang membeli produk organik bertindak sedemikian kerana mereka fikir ia lebih baik untuk keihsatan mereka.

Dan walaupun G Organik mengandungi gula tebu organik, namun ia mengandungi gula yang sama banyak dengan Gatorade biasa. Malah, minuman sukan hanya diperlukan jika anda bersenam lebih daripada 1 jam, jadi adalah lebih baik untuk mengelak daripada mengambil produk ini jika anda tidak bersenam atau bersenam dalam tempoh yang singkat.

6. Telur berwarna coklat lebih "semulajadi" daripada berwarna putih

telur berwarna coklat lebih semulajadi daripada berwarna putih 8 mitos dan penipuan mengenai pemakanan yang ramai masih percaya

Terdapat salah faham umum yang berleluasa iaitu telur berwarna lebih coklat adalah petunjuk bahawa ia dihasilkan dalam keadaan yang lebih organik. Warna telur sebenarnya ditentukan oleh baka ayam jantan itu sendiri.

Tiada perbezaan dalam rasa antara telur yang mempunyai warna yang berbeza. Namun apa yang pasti adalah terdapat perbezaan di antara telur ayam yang datang daripada ayam "free-range" dan ayam yang menghabiskan seluruh hidupnya di dalam sangkar.

Ayam jantan yang dibesarkan dalam sangkar biasanya hidup dalam ruang yang begitu sempit dan ramai saintis percaya bahawa kualiti hidup ayam-ayam ini boleh memberi kesan terhadap rasa telur ayam.

Walau bagaimanapun, pengeluar daging boleh sewenang-wenangnya melabel telur ayam sebagai "free-range" dengan hanya memberikan akses kepada ayam-ayam tersebut untuk keluar daripada sangkar.

Sedarlah bahawa ini tidak semestinya bermakna haiwan ini sebenarnya berkeliaran bebas di kawasan terbuka. 

7. Makan lepas jam 7 petang menambahkan berat badan

makan lepas jam 7 petang menambahkan berat badan 8 mitos dan penipuan mengenai pemakanan yang ramai masih percaya

Berapa kali anda terpaksa menahan rasa "tusukan" disebabkan rasa lapar pada waktu malam ketika anda cuba untuk diet? Ramai yang beranggapan bahawa makan selepas pukul 7 malam akan menyebabkan berat badan bertambah.

Ini sebenarnya bukanlah masalah sebenar, ia disebabkan oleh pemakanan yang berlebihan yang tak dapat dielakkan. Rasa teringin untuk makan pada waktu malam ketika berdiet sebenarnya disebabkan oleh sistem badan yang kekurangan nutrisi.

Mitos bahawa makan melepasi jam 7 petang adalah kenyataan biasa yang anda akan dengar, tetapi tiada langsung bukti saintifik disebaliknya. Mitos ini menjadi "fakta" kerana, biasanya, jika anda makan melepasi waktu ini, ia disebabkan oleh kekurangan makanan pada siang hari.

Orang ramai cenderung untuk makan berlebihan pada waktu malam kerana mereka tidak makan makanan yang berkhasiat pada siang hari, yang mengakibatkan pertambahan berat badan disebabkan oleh memakan snek waktu malam.

8. Lebih rendah pengambilan kalori, lebih cepat kurus

lebih kurang kalori lebih cepat kurus 8 mitos dan penipuan mengenai pemakanan yang ramai masih percaya 747

Mitos ini adalah antara yang paling kerap dipercayai oleh orang ramai. Untuk memudahkan pemahaman, penulis berikan satu situasi. Katakan ada biskut mengandungi 100 kalori di hadapan anda dan juga sayuran mengandungi 100 kalori juga.

Anda rasa yang mana satu anda membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat? Sudah tentulah sayuran tersebut, tetapi kedua-duanya mengandungi jumlah kalori yang sama.

Terlalu bimbang akan jumlah kalori yang anda ambil setiap hari sebenarnya memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Terlalu tertekan mengenai diet anda seringkali menyebabkan pertambahan berat badan, kerana hormon stress meningkatkan penghasilan lemak.

Orang yang sedang ber-diet juga berisiko untuk makan makanan tidak berkhasiat sekaligus merosakkan perjalanan diet mereka. Adalah lebih baik untuk menambahkan lebih sayuran dan buahan ke dalam diet anda. 

Jika anda fokus tenaga dan masa anda terhadap apa yang anda makan, maka pengiraan kalori tidak lagi penting.

9. Ketuhar gelombang mikro mengurangkan nilai nutrisi makanan

ketuhar gelombang mikro mengurangkan nilai nutrisi makanan 8 mitos dan penipuan mengenai pemakanan yang ramai masih percaya

Ini adalah satu lagi kenyataan palsu yang berleluasa. Tak kiralah apa sekali cara yang anda gunakan untuk memasak, ia pastinya akan menyebabkan kehilangan nutrien pada makanan.

Cara terbaik untuk memelihara nilai nutrien dalam makanan anda adalah mengehadkan tempoh memasak dan jumlah cecair yang digunakan. Dan peranti yang direka khas untuk tujuan ini, adalah ketuhar mikro yang terdapat di rumah anda.

Sebagai contoh, bayam. Jika anda merebusnya di atas dapur, bayam akan kehilangan lebih daripada jumlah asid foliknya. Tetapi jika anda memasukkannya ke dalam ketuhar mikro dengan sedikit percikan air, sayur ini akan kekal berkhasiat.

Dan sudah tentu jika anda menggunakan jumlah air yang banyak, ia sama seperti anda merebus sayur ini dan menyedut segala nutriennyaa.

Pastikan anda menutup bekas makanan dengan ketat untuk mewujudkan persekitaran stim dengan berkesan dan hanya menggunakan bekas yang selamat untuk digunakan bersama ketuhar ini.

Rujukan:

1. Healthy Way

2. Health Line

3. Forbes


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)