berlian

Barang kemas merupakan satu aksesori yang melambangkan kecantikan, kemewahan dan kekayaan. Ia menjadi idaman dan dambaan setiap wanita di dunia ini. Tidak kira warna kulit serta bangsa, pastinya ia menjadi satu kebanggaan jika dapat memilikinya. 

Namun, tak semua yang mampu memiliki barang perhiasan ini kerana harganya yang sangat mahal dan menjadi rebutan ramai. Hanya orang yang betul-betul mampu dan bekerja keras untuknya sahaja layak memiliknya.

iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 5 barang perhiasan atau barang kemas yang paling mahal di atas muka bumi setakat ini. 

5. Cincin Berlian Biru Chopard - RM69.62 juta

chopard 2

Siapa tak kenal dengan syarikat barang kemas Chopard? Sebentuk cincin berlian biru daripada Chopard ini adalah antara barang kemas yang paling mahal di dunia. Apa yang membuatkannya tersangat mahal adalah berlian yang berwarna biru ini sangat didambakan dan bernilai tinggi serta sangat eksklusif.

chopards 941

Cincin yang bertakhta berlian biru berbentuk bujur seberat 9 karat ini dan dipadankan dengan emas putih 18 karat bersama berlian jernih dibahagian tepinya. Tak ada wanita yang tak terpukau apabila melihatkan cincin ini dan harga bagi cincin ini pada ketika ini adalah RM69.62 juta.

4. The Heart of the Ocean - RM85.63 juta

heart of the ocean

Macam pernah dengar kan nama ni? Ya betul ia adalah rantai yang dipakai oleh Rose dalam filem Titanic. Disebabkan filem ini, The Heart of the Ocean ini menjadi antara barang kemas yang paling terkenal di dunia. Rantai ini merupakan replika asli yang anda lihat di dalam filem tersebut. Rantai ini dihasilkan oleh pereka barang kemas terkenal iaitu Harry Winston.

heart of the ocean 2

Ia adalah gabungan berlian biru asli 15 karat. Ia pernah digayakan oleh Gloria Stuart, pelakon watak Rose versi tua dalam Titanic, dan merupakan barang kemas termahal yang pernah dipakai di Anugerah Oscar, iaitu berharga RM85.63 juta. Disebabkan sejarah cinta yang sangat terkenal, rantai ini telah ditiru berharga RM15 juta.

3. The Perfect Pink - RM99.3 juta

pink perfect

Sudahlah cantik, berwarna merah jambu pula. Setiap wanita yang melihatnya pasti akan terpesona. Cincin ini diberi nama The Perfect Pink dan merupakan sebentuk cincin yang sangat unik. Ia mempunyai berlian merah jambu 14.23 karat yang sangat jarang disebabkan oleh warnanya yang sempurna, potongannya serta kejernihannya. Dalam 244 tahun sejarah lelongan, hanya terdapat 18 berlian yang mempunyai 10 karat dan ke atas.

pp

Berlian merah jambu ini diiringi oleh dua bentuk berlian jernih seberat 1.73 dan 1.67 karat. Ia dipasang dan disempurnakan oleh sebentuk cincin emas rose dan putih 18 karat. Nilai cincin The Pink Perfect ini adalah RM99.3 juta.

2. The Graff Pink - RM197.8 juta

graff pink

Cincin ini merupakan satu lagi hasil tangan pereka barang kemas terkemuka dari Amerika Syarikat, Harry Winston, yang juga menghasilkan The Heart of the Ocean. Cincin ini merupakan barang kemas kedua termahal di dunia. Ia mempunyai berlian merah jambu 24.78 karat dan dipotong dengan potongan segi empat tepat yang sempurna, dengan sudut yang sangat halus dan dipadankan di tengah-tengah dua berlian jernih.

graff pink 2

Berlian yang dipasangkan pada sebentuk cincin platinum ini telah dibeli oleh pengumpul barang kemas, Laurence Graff dengan harga RM7.92 juta bagi setiap karat, yang berjumlah RM197.8 juta keseluruhannya. Cincin ini dinamakan bersempena nama keluarganya, Graff.

1. Rantai berlian L’Incomparable - RM235.48 juta

rantai berlian l incomparable

Rantai leher yang diberi nama L’Incomparable Diamond Necklace adalah barang kemas yang termahal di dunia dan mempunyai rekod dunia sebagai barang kemas yang paling bernilai di dunia. Ia merupakan berlian tercantik yang paling besar di dunia seberat 637 karat. Berlian yang berwarna kuning ini telah dijumpai oleh seorang wanita muda Afrika yang sangat miskin di dalam timbunan sampah 30 tahun yang lalu.

berlian kuning

Ia kemudiannya telah digilap oleh Mouawad Jewelry selama 4 tahun dan diukir menjadi sebentuk rantai leher bersama-sama 91 berntuk berlian pelbagai potongan termasuk 229.52 karat emas putih yang dipasang pada emas rose 18 karat. Dan harganya pula, adalah yang tertinggi di antara semua rantai leher di dunia ini dengan harga RM235.48 juta.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)