Naruto merupakan anime yang ditonton oleh hampir semua lapisan masyarakat tidak mengira mereka yang meminati anime mahupun bukan penggemar anime. Rancangan yang dahulunya ditayangkan di TV3 pada hari minggu sama ada Rabu, Khamis atau Jumaat pada pukul 7.00 malam ini menjadi tontonan ramai orang.

Ada juga yang menganggap Naruto sebagai "kartun" tetapi perkataan kartun ini tidak bersesuaian dengan gaya Naruto ini kerana perkataan anime lebih tepat untuk menerangkan gayanya. Perkataan anime mempunyai maksudnya yang sama dengan perkataan inggeris "Animation" jadi harap tidak keliru.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kishimoto pelukis manga naruto

Ramai yang menonton anime ini tetapi hanya segilintir yang mengetahui tentang sejarah sebenar permulaan Naruto. Naruto yang pada asalnya bermula dengan komik jepun juga lebih dikenali sebagai manga telah dicipta oleh artis manga muda yang bernama Masahi Kishimoto.

Dia mahu membuat sedikit perbezaan daripada kisah-kisah manga yang lain supaya komik manga miliknya boleh dianggap unik dan mendapat perhatian masyarakat. Dalam temubualnya bersama LA Times, dia berkata "Hero yang sempurna adalah hebat, tetapi bukan ramai yang dapat memahami dan menyelami perasaan hero-hero ini kerana manusia tidak sempurna".

Oleh sebab itu, karakter Naruto ini diwujudkan supaya ramai orang boleh memahami karakter ini terutama bagi mereka yang menganggap diri mereka "losers". Keunikkan Naruto boleh dilihat bukan kerana kehebatannya dalam jutsu (teknik ninja), tetapi kerana impiannya yang tinggi untuk menjadi hokage.

kishimoto naruto

Tambah Kishimoto, "Naruto mempunyai tahap keyakinan yang rendah dan juga merasa rendah diri terhadap rakan-rakannya tapi dia tidak mahu menjadi seorang "loser". Walaupun dia tidak memikir terlalu banyak tentangnya tetapi dia tidak suka kalah dan kita semua tahu apa yang dirasakannya"

Sejak kecil lagi, Kishimoto sudah menjadi obses dengan manga dan pada ketika dia di sekolah rendah, dia sangat meminati siri manga yang juga menjadi kesukaan rakyat Malaysia iaitu "Dragon Ball". Disebabkan dia terlalu fokus dengan lukisan komiknya, dia pernah mendapat keputusan peperiksaan yang teruk sehingga mendapat tempat ke-30 daripada 31.

Semasa di sekolah seni, Kishimoto telah memenangi pertandingan "Artis Manga Paling Berinsipirasi" dengan kisah yang ditulisnya iaitu Karakuri. Dia mengeluarkan cerpen manga seterusnya pada tahun 1997 yang mengisahkan tentang roh musang yang menyamar sebagai manusia*. Cerpen ini diberi nama "Naruto"

*Dalam lagenda rakyat Jepun, musang mempunyai kuasa untuk mengubah bentuk fizikal mereka.

naruto majalah shonen jump

Dua tahun kemudian, Naruto versi baru telah diterbitkan sebagai satu siri dalam majalah mingguan Shonen Jump dan mendapat sambutan yang hebat. Walaupun namanya sama tetapi versi baru Naruto sangat berbeza daripada sebelumnya. Ninja kampung kelahiran Naruto iaitu Kampung Konoha hampir memusnahkan roh musang berekor sembilan iaitu satu makhluk yang sangat jahat.

Pembunuhan ini dilihat sebagai satu "hukuman Tuhan" tetapi makhluk ini tidak mati sebaliknya Hokage ke-4 telah mati semasa dia menterai roh musang ini ke dalam anaknya, Naruto. Disebabkan Naruto dikaitkan dengan roh jahat, ini menyebabkan dirinya dijauhi oleh penduduk kampung.

sejarah naruto dibuli 364

Kishimoto menganggap Naruto seperti dirinya, seorang budak yang tidak cemerlang tetapi perbezaan antara mereka berdua ialah Naruto tidak bermudah berputus asa. Kishimoto merasakan dirinya semasa di sekolah sebagai seorang budak lelaki yang lemah, mudah berputus asa dan selalu tidak fokus kepada benda yang patut difokuskan.

Disebabkan itu, dia mahu Naruto mempunyai kelainan yang tersendiri. Dia mahu watak Naruto tidak mudah berputus asa dan terus belajar dan berlatih untuk menjadi seorang ninja yang hebat. Ketika cerita Naruto diterbitkan, ramai yang mengambil anime ini sebagai satu inspirasi untuk tidak mudah berputus asa.

Anime Naruto sudah memberi impak kepada ramai masyarakat Jepun dan tidak lupa juga kepada negara kita sendiri. Kepada peminat Naruto, pengakhiran kisah pada tahun 2017(untuk anime bukan manga) ini telah menyebabkan ramai yang sedih kerana saban tahun ramai yang mengikuti kisah ini sejak dari sekolah rendah sehingga ke universiti.

sumber: La Times




Hakcipta iluminasi.com (2017)