Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud "Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim." (H.R. Ibnu Majah)

Sepotong ayat itu sahaja sudah menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seseorang. Selain merupakan suatu ibadah, ilmu jugalah yang akan membezakan orang yang jahil dengan orang yang berilmu.

Sebagai manusia, kita tidak boleh berhenti daripada dahagakan ilmu pengetahuan kerana setiap hari akan ada sahaja perkara baru yang boleh dipelajari. Namun, jika kita kecilkan skop mencari ilmu itu hanya kepada pemegang ijazah, lima orang warga emas luar biasa ini sudah semestinya boleh menjadi inspirasi dan membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk bergelar graduan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Clifford Dadson, 93 

Clifford Dadson amat memberikan inspirasi dalam pelbagai aspek kehidupan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Tentera Udara Diraja ketika Perang Dunia Kedua. Beliau juga merupakan seorang jurutera elektrik yang sering diterbangkan ke seluruh dunia untuk berkongsi kepakarannya dalam bidang tersebut.

warga emas graduasi tamat pengajian konvokesyen

Dadson juga menjadi inspirasi apabila menamatkan pengajiannya semasa berusia 93 tahun dari Open University dan menjadi graduan tertua di Britain. Menurut Dadson, kesemua pelajar di universiti tersebut adalah jauh lebih muda namun ia tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk sama-sama mengecapi kejayaan.

Setahun selepas konvokesyennya, beliau membuat terjunan udara pertamanya untuk tujuan amal. (Sumber)

4. Allan Stewart, 97 

Allan Stewart merupakan seorang doktor gigi yang telah bersara. Beliau menerima ijazah keempatnya dari Southern Cross University di New South Wales pada tahun 2012 ketika berusia 97 tahun. Beliau berkata pengurusan masa amat penting sekiranya mahu berjaya dalam dunia ilmiah.

warga emas graduasi tamat pengajian konvokesyen 2

Menurut Dr. Allan lagi, beliau sengaja meneruskan pengajian setelah menginjak usia emas untuk memastikan minda dan fikirannya sentiasa tajam.

3. Twila Boston, 98

warga emas graduasi tamat pengajian konvokesyen 3

Ketika berusia 98 tahun, Twila Boston menerima ijazah dalam bidang Pengajian Amerika dari Utah State University sekaligus menjadikannya graduan tertua yang menamatkan pengajian di universiti tersebut. (Sumber)

2. Nola Ochs, 98 

warga emas graduasi tamat pengajian konvokesyen 4

Dengan gred purata tidak kurang daripada 3.7, nenek comel berusia 95 tahun ini membawa pulang segulung ijazah daripada Fort Hays State University pada tahun 2007. Ketika itu, Nola Ochs menamatkan pengajian di samping cucu kesayangannya bernama Alexandra.

Malah, Nola Ochs tidak berhenti di situ saja. Beliau meneruskan pula pengajian ijazah sarjana dan akhirnya berjaya menamatkannya pada usia 98 tahun. (Sumber)

1. Leo Plass, 99

Pada tahun 1932, Leo Plass tercicir dari kolej semasa beliau berusia 20 tahun akibat jam kredit yang tidak cukup untuk membolehkannya memperolehi segulung ijazah. Beliau berhenti dari kolej untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pembalakan.

warga emas graduasi tamat pengajian konvokesyen 5

Walaupun bayaran yang diterima sangat lumayan, namun Plass masih tidak melupakan cita-citanya dalam bidang akademik. Akhirnya, 79 tahun berlalu dan Plass berjaya juga menamatkan pengajiannya di Eastern Oregon University pada tahun 2011.

Selain itu, Plass telah berjaya memegang rekod sebagai graduan tertua dalam sejarah. (Sumber)

Apa lagi alasan kita yang masih muda belia ini?




Hakcipta iluminasi.com (2017)