Jika anda lihat pada hari ini, terdapat pelbagai jenis teknik jualan dan pemasaran yang dicipta untuk melariskan jualan produk masing-masing. Tak kisahlah sama ada moto produk yang catchy seperti "terlajak laku huh!", atau teknik dropship, malah ada juga yang memuatnaik gambar kehidupan mewah untuk menarik orang lain menyertai perniagaan anda. Anda tidak perlukan semua itu jika anda mempunyai kemahiran dan sikap yang betul.

joe ades menjual pengupas kentang di new york city selama 60 tahun

BESARKAN TEKS     A-  A+

Joe Ades, seorang warga emas, mampu menjadi seorang jutawan walaupun tidak memiliki syarikat, jabatan pemasaran dan laman sesawang. Beliau yang memakai suit berharga $1,000 hanya menjual pengupas kentang dengan harga $5 di sekitar New York City. 

Joe biasanya menjual pengupas kentangnya di tengah-tengah bandar New York yang sentiasa sibuk. Lelaki yang berasal dari England ini lahir pada tahun 1934 dan membesar ketika Perang Dunia Kedua sedang meletus.

Namun ketika berusia 70-an beliau masih bangun awal pagi, 6 hari seminggu untuk menjual pengupas kentang di jalanan dengan berpakaian segan dan bertali leher. Beliau tidak mempunyai apa-apa teknologi seperti yang digunakan dalam perniagaan zaman sekarang. Apa yang ada hanyalah bakat dan keazaman yang sangat tinggi. 

Beliau merupakan seorang jurujual yang pakar. Dengan hanya menjual sekecil-kecil pengupas kentang, beliau mampu membuatkan orang ramai terpaku dan tertarik dengan persembahannya. Beliau telah menjual produk ini selama 60 tahun dan hidup di atas keuntungan produk ini.

Bukan itu sahaja, beliau malah hidup mewah dan tinggal di apartment di Park Avenue serta menyara dan membayar yuran pengajian kolej cucu-cucunya.

Dan apabila beliau ditanya sama ada pernah bercuti daripada menjual, Joe menjawab, "Hidup ini adalah sebuah percutian, hari-hari adalah sebuah percutian,".

Joe Ades telah meninggal dunia 1 Februari 2009 ketika berusia 74 tahun. Namun, legasi yang ditinggalkannya adalah satu inspirasi kepada mereka yang bekerja dalam bidang jualan dan juga perniagaan.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 pengajaran yang boleh diambil oleh jurujual atau usawahan daripada kisah Joe Ades untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

1. Suka dan minat dengan apa yang dilakukan

Sudah tentu bagi sesetengah orang memandang pekerjaan jurujual, apatah lagi menjual pengupas kentang di tepi jalan adalah sesuatu yang tak glamor dan memalukan. Namun bagi Joe, beliau menukarkan perspektif tersebut dengan menikmati setiap saat daripadanya membuatkan orang ramai tertarik dan tidak langsung berasakan ia pekerjaan yang remeh.

2. Sentiasa berusaha

Joe bekerja 6 hari seminggu, dan beliau tak pernah berhenti bersuara ketika menjual. Setiap orang yang lalu lalang adalah berpotensi untuk menjadi pelanggannya dan beliau tidak melepaskan peluang tersebut walaupun dalam keadaan letih.

3. Sentiasa membina hubungan

Jika anda melihat video tersebut, Joe bukan sahaja cuba untuk menjual malah beliau berbual dengan orang ramai. Beliau tidak meminta orang membeli tetapi beliau menarik orang untuk melibatkan diri dan memberi perhatian kepada apa yang hendak disampaikan. Beliau juga berkata, "Anda tidak perlu membeli hanya untuk menonton" bagi membuang rasa malu mereka yang teragak-agak untuk menonton.

Bukan mudah untuk membuatkan orang ramai untuk berhenti meluangkan masa melihat pertunjukkan pengupas kentang, lebih-lebih lagi mereka yang hidu di tengah bandar New York yang sentiasa sibuk. Namun Joe berjaya menarik orang ramai dengan cara yang betul dan meyakinkan mereka untuk membeli produknya.

4. Hargai setiap jualan

Teknik jualan Joe adalah jual dengan untung yang sedikit tetapi dalam jumlah yang banyak. Pengajaran yang boleh diambil adalah tak kiralah perniagaan apa pun yang anda ceburi, yang penting adalah hargai setiap jualan dan setiap hubungan dengan pelanggan kerana ia mampu memberikan impak yang besar. Bak kata Joe, "Jangan pernah sesekali memandang rendah kepada nilai wang yang kecil".

5. Yakin dengan apa yang dijual

Pengupas kentang yang dijual oleh Joe tidaklah murah, namun beliau mampu menjual sehingga menjadi jutawan. Kuncinya adalah anda harus yaking dengan apa yang jual. Jika anda sendiri tak yakin, bagaimana anda mahu yakinkan orang lain. Lihat teknik-teknik yang digunakan Joe dalam mendemonstrasikan produknya. Ia sangat meyakinkan. Beliau juga bijak menggunakan kata-kata, termasuklah berkata, "Anda beli bukan kerana ia murah, tetapi kerana ia bagus dan berguna".




Hakcipta iluminasi.com (2017)