warga emas cina terasing akibat revolusi digital di china

Ketika mana kehidupan seharian di China menjadi semakin bergantung kepada digital, warga emas China mendapati diri mereka semakin dikecualikan daripada pelbagai perkhidmatan di negara ini.

"Jika anda tidak menerima wang tunai, maka letakkan papan tanda!", jerit Encik Xie, 67 tahun, selepas cuba menggunakan wang tunai untuk membayar barangan runcitnya di kaunter sebuah pasaraya yang dikhaskan untuk pembayaran mudah alih.

kesan cashless terhadap warga tua china

Marah kerana berasa dilayan dengan buruk, reaksi awal Xie adalah bertujuan menimbulkan kekecohan, melutut kepada pengawal keselamatan yang mengelilinginya.

"Anda memalukan saya wahai lelaki tua, kerana tidak tahu menggunakan WeChat!", jelas Xie yang menerangkan situasi yang berlaku selepas bertenang.

xie menjerit marah akibat tidak tahu menggunakan wechat

(Xie memarahi pihak pasar raya kerana tidak menerima wang tunai)

Video yang dimuat naik ke laman sosial Weibo pada bulan September itu dengan pantas tersebar ke media sosial di China, menimbulkan semula kontroversi yang menusuk ke jantung revolusi digital China yang tersangat pesat:

"Mampukah warga emas mengikuti dan menyesuaikan diri dengan arus digital?"

Isu ini menjadi sangat terkenal pada tahun 2017 selepas penulis Xiao Ao menerbitkan sebuah artikel bertajuk: "Maaf, kerana anda sudah berusia lebih dari 70 tahun, anda tidak layak untuk terus hidup".

Dalam artikel berkenaan, Xiao menyuarakan keprihatinannya tentang betapa sukarnya bagi datuknya yang berusia 90 tahun untuk menerima pakej yang dia hantar kepadanya.

"Saya jangka ia akan menjadi penghantaran yang mudah. Datuk saya hanya perlu berjalan ke pintu, membukanya, membuka bungkusan itu, dan kemudian boleh [mendapatkan hadiah]. Tetapi jangkaan saya salah." - Xiao Ao

Pakej yang dihantar ke kompleks perumahan datuknya disimpan untuk diambil oleh penerima di loker penghantaran jenis baru. Ia hanya boleh dibuka oleh penerima menggunakan akaun Wechat mereka.

Xiao memberitahu bahawa datuknya hanya dapat menerima panggilan dan hanya boleh berbuat demikian jika memakai cermin matanya.

Datuknya tak tahu cara untuk menghantar mesej, jadi menggunakan Wechat adalah sesuatu yang mustahil.

Tambahnya lagi, terdapat pengasingan meluas terhadap warga emas di China daripada ekonomi digital.

membuka kunci basikal mobike dengan cara mengimbas kod qr

(Membuka kunci basikal Mobike dengan cara mengimbas kod QR)

Buktinya adalah daripada terlalu banyak laporan berkenaan warga emas bergelut untuk menggunakan perkhidmatan berdigital merupakan perkara mudah bagi generasi muda termasuklah menggunakan perkhidmatan teksi seperti Grab, beratur di bank atau hospital, perkongsian basikal dan banyak lagi.

Xiao mengakui dia sedar bahawa kehidupan yang selesa pada pandangannya sebenarnya adalah penghalang yang sangat besar kepada keperluan harian ibu bapa (warga emas) di China, yang mana mereka tak dapat elakkan atau melarikan diri.

Wang Qipeng, menulis untuk Beijing Evening Paper juga memberikan pandangan yang sama.

Menurutnya, seseorang itu boleh mengatakan bahawa kita sedang hidup di "zaman pengimbasan" yang canggih, namun terdapat ramai warga emas menjadi terasing disebabkannya.

Hanya disebabkan mereka tidak tahu mengimbas, maka mereka tak boleh menggunakan basikal kongsi, tak dapat diskaun di pasar raya malah tak mampu membuka kotak yang dihantarkan kepada mereka.

pembayaran digital menggunakan wechat

(Pembayaran digital menggungkan WeChat Pay diguna secara meluas di China)

Dan rujukan Wang Qipeng kepada "zaman pengimbasan" bukanlah kenyataan yang keterlaluan.

Sama ada membuka kunci basikal melalui aplikasi perkongsian basikal seperti Mobike atau Ofo, atau memesan makan tengah hari di pejabat melalui aplikasi penghantaran makanan Eleme, semua transaksi dilakukan melalui aplikasi yang bergantung pada aplikasi pembayaran mudah alih.

Malah, institusi awam beradaptasi dengan zaman pengimbasan, untuk tujuan membuat pengumuman awam hinggalah membekalkan tisu tandas.

Kod QR (kod pengimbas) berada di merata-rata tempat awam dan komersial di China.

penjual runcit di china juga menggunakan kod qr 420

penggunaan kod qr di merata tempat di china

(Penggunaan kod imbas QR di mana-mana termasuk di kedai runcit dan pasar)

Ianya dipasang di dinding di gerai sayur-sayuran, ditampal di tepi kaunter pembayaran di gedung-gedung serbaneka, bahkan digunakan oleh pengemis di kota-kota besar bagi meminta sedekah.

Fungsinya amat mudah. Untuk mengaksesnya, seseorang perlu membuka aplikasi yang relevan dan memilih 'imbasan'. Aplikasi ini membuka fungsi kamera telefon dan mengimbas kod QR.

Kemudian, apa yang perlu dilakukan hanyalah memilih jumlah untuk membayar atau bersetuju dengan syarat perkhidmatan.

Sama ada ia mengimbas kod QR, atau menghasilkan kod QR untuk diimbas, proses ini hanya mengambil masa beberapa saat.

Kebergantungan kepada pembayaran mudah alih telah meningkat di seluruh dunia, namun tak ada mana-mana negara yang mana pertumbuhannya lebih pantas dan luas berbanding di China.  

peminta sedekah di china menggunakan kod pengimbas qr untuk mendapatkan wang

memberi sedekah dengan cara mengimbas kod qr di china

(Peminta sedekah di China kini menggunakan kod pengimbas QR untuk meminta sedekah)

Menurut South China Morning Post, pada suku ketiga 2017, pendapatan dalam sektor pembayaran mudah alih mencapai 29.5 trilion RMB (RM17.74 trilion), peningkatan tiga kali ganda dalam tempoh satu tahun sahaja.

Bagi penduduk bandar yang lebih muda, perubahan di mana penggunaan wang tunai yang rumit tidak lagi digunakan sangat dialu-alukan.

Satu kajian oleh Penguin Intelligence pada 2017 mendapati bahawa 92% orang yang ditinjau di kota-kota China biasanya menggunakan kaedah pembayaran mudah alih.

Manakala pembayaran secara tunai lebih disukai oleh kurang daripada 10% daripada kumpulan ini.

Akan tetapi, membekalkan warga emas dengan telefon pintar juga bukanlah satu penyelesaian.

Penggantian dompet oleh telefon pintar datang dengan pelbagai peraturan dan keperluannya sendiri.

pembelian barang menggunakan kod qr di china

(Seorang wanita sedang mengimbas kod QR untuk membuat pembelian)

Menggunakan pembayaran mudah alih tidak semata-mata bergantung kepada kebiasaan menggunakan telefon pintar, ia juga memerlukan penglihatan yang cukup tajam untuk membaca tulisan kecil di skrin telefon.

Operasi seperti memautkan akaun bank ke telefon boleh menjadi mimpi ngeri untuk mereka yang buta teknologi.

Dengan ketiadaan cara mudah yang boleh digunakan oleh warga tua, kesan pembayaran mudah alih ke atas kumpulan umur ini sangat bertentangan dengan apa yang dikehendaki.

Lebih buruk, ia bukan memudahkan tetapi menyusahkan kerja harian mereka.

Selain daripada rungutan Xie, sejumlah besar esei dalam talian dan laporan berita menyerlahkan lagi bagaimana warga emas China yang berada di dalam era digital kini jauh ketinggalan.

Pada bulan Januari tahun ini, Xin Lan News menceritakan kisah seorang lelaki tua yang menangis di sebuah stesen kereta api setelah mengakui dia tidak tahu bagaimana membeli tiket secara dalam talian.

seorang warga emas menangis kerana kecewa tidak tahu membeli tiket secara dalam talian

(Seorang warga emas menangis kerana kecewa tidak tahu membeli tiket secara dalam talian)

Sekitar waktu yang sama, satu lagi cerita menggambarkan nasib seorang penjual ubi keledek yang mengadu bahawa anaknya memanfaatkan ketidakbiasaannya menggunakan pengimbasan untuk mencuri sebahagian besar daripada gajinya.

Dan hanya beberapa hari selepas netizens Cina terlupa rungutan Xie, satu lagi berita muncul berkenaan seorang wanita tua yang ditipu oleh seorang lelaki yang berpura-pura membantunya menggunakan pengimbas kod QR.

Di Weibo, ramai yang memberikan komen menyokong warga tua dalam kisah-kisah ini.

Satu komen tipikal berkata: "Untuk tidak menerima wang tunai sebenarnya adalah satu jenis diskriminasi bagi mereka yang tidak memahami bagaimana pembayaran mudah alih berfungsi."

Sayangnya, walaupun kisah-kisah seperti ini kerap berlaku, namun terdapat hanya sedikit persetujuan tentang cara untuk membantu warga emas membiasakan diri dan mengadaptasi dengan hari esok yang semakin canggih. 

Badan-badan amal telah berusaha untuk melaksanakan program pendidikan untuk menangani masalah ini.

See Young, sebuah organisasi sukarela yang bermula di Beijing dan kini beroperasi di enam belas wilayah China, telah menyediakan sokongan individu kepada lebih 18,000 warga emas serta telah membantu mengajar lebih dari satu juta warga emas. (Sumber)



Hakcipta iluminasi.com (2017)