Selain doktor dan jurutera, akauntan juga merupakan ahli profesional yang semakin mendapat tempat di negara kita. Boleh dikatakan agak ramai graduan perakaunan di negara kita, dan sehingga tahun 2015, Malaysia mempunyai 30,000 profesional perakaunan di Malaysia dan 28 peratus daripadanya adalah akauntan bertauliah.

datuk seri abdul wahid omar

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut Tan Sri Dato' Sri Abdul Wahid bin Omar, kita perlu menambahkan jumlah akauntan kepada dua kali ganda iaitu kepada 60,000 orang menjelang tahun 2020 bagi membantu transformasi kepada negara maju.

Terdapat banyak institut pengajian tinggi yang menawarkan pengajian dalam bidang perakaunan termasuklah IPTA dan IPTS. iluminasi.com ingin berkongsi 5 universiti awam terbaik dalam bidang perakaunan.

5. Universiti Utara Malaysia

akaun uum

Gambar sekadar hiasan

UUM atau Universiti Utara Malaysia yang terletak di Sintok, Kedah berada di tangga ke-5 senarai ini. Ia mula beroperasi pada September 1990 dan dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Canselor Diraja UUM pada tahun 2004. UUM berada di kedudukan lebih baik daripada Universiti of Aberdeen dan University of Bath, United Kingdom iaituke-183 dunia dalam bidang perakaunan.

Secara keseluruhan, UPM berada di tangga ke-137 universiti terbaik Asia dan ke-717 universiti terbaik dunia.

4. Universiti Teknologi MARA

fakulti perkaunan uitm

Gambar sekadar hiasan

Berada di tangga ke-4 universiti awam terbaik dalam bidang perakaunan adalah Universiti Teknologi Mara. Dalam kedudukan dunia pula, UiTM berada di kedudukan ke-182, dan mendapat 3 bintang daripada sistem QS. Terdapat beberapa kampus UiTM di serata Malaysia yang menawarkan pengajian perakaunan peringkat diploma adalah :

  1. Uitm Sungai Petani, Kedah
  2. Uitm Machang, Kelangan
  3. Uitm Segamat, Johor
  4. Uitm Tapah, Perak
  5. Uitm Kota Samarahan, Sarawak
  6. Uitm Jengka, Pahang
  7. Uitm Alor Gajah, Melaka
  8. Uitm Kota Kinabalu,Sabah
  9. Uitm Dungun, Terengganu

Bagi peringkat ijazah sarjana muda pula :

  1. Uitm Puncak Alam, Selangor
  2. Uitm Sg Petani, Kedah
  3. Uitm Machang, Kelantan
  4. Uitm Alor Gajah, Melaka
  5. Uitm Kota Samarahan, Sarawak

Secara keseluruhan, UiTM berada di tangga ke-181 universiti terbaik Asia dan ke-783 universiti terbaik dunia.

3. Universiti Putra Malaysia

upm

Gambar sekadar hiasan

UPM berada di kedudukan ke-3 dan juga mendapat 5 bintang daripada sistem QS dalam bidang perakaunan. Universiti yang berusia 86 tahun ini menawarkan pengajian Bacelor Perakaunan di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di kampus Serdang yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Dalam senarai universiti terbaik dunia dalam bidang perakaunan, UPM berada di tangga ke-181.

fakulti ekonomi dan pengurusan

Secara keseluruhan, UPM berada di tangga ke-49 universiti terbaik Asia dan ke-229 universiti terbaik dunia.

2. Universiti Kebangsaan Malaysia

ukm

Terletak di Bangi, Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia menduduki tangga ke-2 senarai ini. Juga dianugerahkan 5 bintang oleh sistem QS, UKM berada di tangga 180 universiti terbaik dunia, di bawah University of Cologne, Jerman dan Universitat Pompeu Fabra, Sepanyol.

Secara keseluruhan, UKM berada di tangga ke-55 universiti terbaik Asia dan ke-230 universiti terbaik dunia.

1. Universiti Malaya

um akaun

Menungguli carta universiti awam terbaik dalam bidang perakaunan adalah universiti tertua di Malaysia yang dibuka pada 28 Sepetmber 1905, iaitu Universiti Malaya. Selain mendapat 5 bintang oleh sistem QS, UM juga berada di tangga ke-128 dunia, meninggalkan universiti lain dalam senarai ini sebanyak 52 tangga. UM juga berada di kedudukan lebih baik daripada University Arizona, Amerika Syarikat dan University Bristol, United Kingdom.

Secara keseluruhan, UM berada di kedudukan ke-27 universiti di Asia dan ke-114 universiti di dunia.

Sumber : Top Universities




Hakcipta iluminasi.com (2017)