Semasa kanak-kanak lain baru memasuki atau baru menamatkan alam sekolah menengah, kanak-kanak pintar ini telahpun berada di kolej. Ada juga antara mereka yang telah menghabiskan pengajian ijazah sementara rakan-rakan sebaya yang lain baru belajar menambah dan menolak.

Kami kongsikan 10 tokoh genius yang telah memasuki atau menamatkan pendidikan pengajian tinggi semasa masih berusia setahun jagung:

1. Michael Kearney

BESARKAN TEKS     A-  A+

Michael Kearney yang kini berusia 33 tahun merupakan graduan paling muda dalam sejarah apabila berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang antropologi semasa berusia hanya 10 tahun. Beliau telah menjadi tenaga pengajar di kolej sebelum menjangkau usia layak mengambil lesen memandu.

2. Jeremy Shuler

jeremy shuler kanak kanak genius paling muda menjadi graduan universiti

Jeremy Shuler yang kini berusia 12 tahun baru sahaja melanjutkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan di Cornell University. Semasa berusia 2 tahun, beliau sudahpun boleh membaca dalam bahasa Inggeris dan Korea.

3. Sho Timothy Yano

sho yano kanak kanak genius paling muda menjadi graduan universiti

Sho Yano telah mendapatkan ijazah sarjana dari Loyola University semasa berumur 12 tahun. Beliau yang hanya mengambil masa 3 tahun untuk menamatkan pengajian itu kemudian telah mendapatkan ijazah kedoktoran pada usia 21 tahun dari University of Chicago.

4. Alia Sabur

alia sabur kanak kanak genius paling muda menjadi graduan universiti

Alia Sabur mula menjejakkan kaki di Stony Brook University di New York semasa berusia 10 tahun. Ketika menjangkau usia 19 tahun, beliau telahpun mendapat jawatan profesor secara rasmi di Konkuk University, Korea Selatan sekali gus menjadikan beliau profesor termuda dalam sejarah.

5. Tanishq Abraham

tanishq abraham kanak kanak genius paling muda menjadi graduan universiti

Dilahirkan pada tahun 2003, Tanishq Abraham telah mendapatkan tiga ijazah bersekutu semasa berusia 11 tahun lagi. Kini, pada usia 12 tahun, beliau telah memasuki University of California, Davis dengan major dalam kejuruteraan bio.

6. Ronan Farrow

ronan farrow kanak kanak genius paling muda menjadi graduan universiti

Anak bijak kepada pelakon Woody Allen dan Mia Farrow ini diterima masuk ke Bard College di Simon's Rock pada usia 11 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di Yale Law School ketika berusia 16 tahun. Beliau merupakan salah seorang penerima Biasiswa Rhodes yang sangat berprestij dan pernah menjadi penasihat kepada Hillary Clinton.

7. Moshe Kai Cavalin

moshe kai cavalin kanak kanak genius paling muda menjadi graduan universiti

Ketika baru berusia 8 tahun, Moshe Kai Cavalin telah mula melanjutkan pelajaran di East Los Angeles College. Dengan rekod keputusan semua A, beliau telah diterima masuk dengan biasiswa penuh ke University of California, Los Angeles dalam bidang matematik. Pada tahun 2015, beliau telah diterima bekerja dengan NASA dan kini sedang menyambung pengajian sarjana dalam bidang sekuriti siber.

8. Sujari Britt

sujari britt kanak kanak genius paling muda menjadi graduan universiti

Sujari Britt merupakan seorang pemain selo dengan bakat luar biasa dan telah menamatkan pelajaran di Manhattan School of Music pada usia 14 tahun. Sebelum ini Sujari juga pernah dijemput oleh Presiden Obama untuk bermain muzik di Rumah Putih.

9. Erik Demaine

erik demaine kanak kanak genius paling muda menjadi graduan universiti

Erik Demaine yang lahir pada tahun 1981 memulakan pengajian di Dalhousie University, Canada ketika berusia 12 tahun walaupun tidak mempunyai sebarang pendidikan rasmi sebelumnya. Pada tahun 2001, beliau telah memegang jawatan profesor komputer sains di Massachusetts Institute of Technology . Beliau mempunyai hobi bermain origami kerana menurutnya, terdapat penjelasan matematik di sebalik setiap lipatan geometri.

10. Gregory Smith

gregory smith kanak kanak genius paling muda menjadi graduan universiti

Gregory Smith memulakan pengajiannya dalam bidang bahasa Perancis, kalkulus dan fizik di Randolph-Macon College ketika baru berusia 10 tahun. Beliau pernah dicalonkan sebagai pemenang Hadiah Nobel sebanyak lima kali atas usahanya dalam memperjuangkan keselamatan dan hak asasi kanak-kanak,




Hakcipta iluminasi.com (2017)