Oleh pada 22 Oct 2018 kategori

Sebenarnya terdapat ramai pemain bintang sukan bola sepak yang mempunyai pendidikan yang tinggi, namun ramai tidak mengetahuinya. Mereka bukan sahaja tangkas di atas padang, malah berkebolehan dalam pengajian rasmi. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut. 

5. Simon Mignolet 

simon mignolet berpelajaran tinggi

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penjaga gol kepada kelab bola sepak Liverpool dan pasukan kebangsaan Belgium ini pada awalnya memulakan kerjayanya bermain dalam liga bawahan Belgium pada tahun 2004, dan bersama kelab tersebut selama 6 tahun, dengan penampilan bersama skuad senior lebih daripada 100 kali, dan turut berjaya menjaringkan gol. 

Beliau kemudiannya berpindah ke Liga Perdana Inggeris dengan menyertai Sunderland pada Jun 2010 dengan kontrak bernilai £2 juta, dan bersama kelab tersebut selama 3 tahun sebelum berpindah ke Liverpool pada Jun 2013 dengan yuran perpindahan sekitar £9 juta. 

Mignolet sudah mewakili pasukan kebangsaan Belgium sejak umur 16 tahun lagi, dan pertama kali bersama skuad senior pada tahun 2011. Penjaga gol berkebolehan ini bukan sahaja hebat menjaga gawang gol, malah seorang yang berpendidikan tinggi. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Sains Politik daripada Catholic University of Leuven. Siapa sangka Mignolet mempunyai kebolehan untuk bertutur dalam beberapa bahasa, termasuklah bahasa Inggeris, Perancis, Belanda dan Jerman. Fuh!

4. Andrey Arshavin

andrey arshavin berpelajaran tinggi

andrey arshavin mempunyai ijazah sarjana fesyen

Peminat tegar bola sepak Arsenal pasti mengenali individu yang dikenali sebagai Arshavin ini. Bekas penyerang pasukan kebangsaan Rusia ini adalah antara pemain bola sepak yang paling berbakat dan dikenali sekitar pertengahan tahun 2000an. Berbisa di atas padang, zamannya di Arsenal gagal memberi pengiktirafan kepadanya di peringkat dunia. 

Kempennya yang gagal bersama Arsene Wenger memaksa bekas pengurus Arsenal itu untuk menjual beliau kepada Zenit St. Petersburg pada tahun 2013, sebelum beliau berpindah ke Kuban Krasnodar di Rusia dan kemudiannya Kairat di Kazakhstan.

Kejayaan beliau dalam bola sepak tidak dapat disangkal lagi. Namun, ramai tidak mengetahui bahawa Arshavin sebenarnya mempunyai kedua Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam jurusan Reka Bentuk Fesyen. Hasil seninya sangat terkenal di seluruh Rusia, dan beliau adalah antara pereka fesyen terkenal di negaranya.

3. Giorgio Chiellini

giorgio chiellini berpelajaran tinggi

giorgio chiellini mempunyai ijazah sarjana perniagaan

Siapa tidak kenal pemain pertahanan yang bermain bersama Cristiano Ronaldo di Juventus ini. Giorgio Chiellini adalah seorang bek tengah kelas dunia yang berjaya sama ada di peringkat kelab mahupun kebangsaan. Pemain pertahanan Juventus ini mempunyai stail permainan yang yang sangat kental, yang menjadi elemen penting kepada pasukannya. 

Kejayaannya bersama kelab dan Itali sudah diketahui ramai. Namun, ramai tidak menyedari bahawa pemain bek tengah ini sebenarnya telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ekonomi Perdagangan di University of Turin pada tahun 2010.

7 tahun berikutnya, pada April 2017, beliau berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan di peringkat Ijazah Sarjana daripada institusi pendidikan yang sama, dengan keputusan cemerlang; kepujian. 

2. Juan Mata

juan mata berpelajaran tinggi

Seorang pemain penyerang yang jarang diberi kredit atas prestasi cemerlangnya, Juan Mata melalui masa yang sukar bersama Manchester United. Kejayaannya yang paling cemerlang adalah ketika beliau menyertai Chelsea pada tahun 2011, di mana mereka bersama memenangi UEFA Champions League, dengan Mata memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan tersebut. 

Pemain kebangsaan Sepanyol yang turut menyumbang kepada kemenangan pasukan tersebut ketika Piala Dunia 2010 ini bukan sahaja berbakat ketika di atas padang, malah seorang yang berpendidikan tinggi. Beliau sebenarnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kewartawanan daripada Universidad Politecnica de Madrid. 

Ketika masih bersama Chelsea di Stamford Bridge, beliau turut menjalani kursus pembelajaran jarak jauh di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Sains Sukan dan juga Kewangan. Rajin betul Mata belajar!

1. Edwin Van der Sar

edwin van der sar belajar tinggi

Digelar antara penjaga gol paling hebat sepanjang zaman, bekas pemain kebangsaan Belanda ini adalah seorang pemain yang sangat berbakat, memenangi sebanyak 27 trofi utama pertandingan. Kemuncak kemasyhurannya adalah ketika bersama Manchester Untied, di mana kebolehannya yang padu berjaya memberi inspirasi kepada ramai mereka di luar sana untuk turut bermain di posisi tersebut.

Sebagaimana para pemain lain di dalam senarai ini, Van der Sar juga seorang yang berpendidikan tinggi. Walaupun sudah bersara daripada bermain, beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah Pemasaran di Ajax Amsterdam, dan sedang mendapatkan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Sukan Antarabangsa, dan turut mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama.   

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. goal.com
  2. studyinternational.com
  3. sportskeeda.com
  4. newsdigest.ng
  5. mediamaxnetwork.co.ke
  6. pulse.com.gh



Hakcipta iluminasi.com (2017)