parti politik terbesar di dunia

Parti politik amat bergantung dengan jumlah ahli bagi menampakkan simbol keutuhannya. Tidak banyak parti politik di dunia mampu mencecah jumlah keahlian melebihi 10 juta orang dan hanya beberapa parti di dunia berjaya memecah rekod tersebut, dibantu dengan jumlah penduduk yang ramai.

Untuk sesetengah negara yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi, jumlah ahli berdaftar merupakan satu angka yang cukup penting dalam mempengaruhi pengundi memilih. Apakah empat parti politik yang mempunyai jumlah ahli terbesar di dunia?

1. Indian National Congress (40 juta ahli)

indian national congress gandhi

Indian National Congress atau lebih dikenali dengan nama INC adalah parti paling lama di India. Ditubuhkan pada tahun 1885 untuk membantu usaha mendapatkan kemerdekaan India daripada jajahan British, sejarah INC dan negara India sangat berkait dengan usia 132 tahun parti itu.

Mempunyai ideologi sosialis dan demokratik, antara pemimpin-pemimpin hebat yang pernah bernaung di bawah parti INC adalah Bapa kepada negara India Moden, Jawaharlal Neheru yang menjadi Perdana Menteri pertama India pada tahun 1947 dan juga Mahatma Gandhi yang menyertai parti ini pada tahun 1920 sehinggalah 1947, dalam mendesak kemerdekaan India.

Mahathma Gandhi dan INC menyaksikan sendiri perpecahan India menjadi India dan Pakistan ekoran desakan agama. Berjaya membentuk kerajaan pusat India daripada tahun 1947 sehingga 1977, sebelum kembali membentuk kerajaan daripada 1980 hingga 2014.

PAda pilihanraya 2014, INC tewas kepada parti nasionalis Hinda Bharatiya Janata Party (BJP) , dibawah pimpinan Narendra Modi. Pengaruh INC di India sedikit sebanyak semakin dilemahkan oleh BJP melalui pelbagai cara namun INC tetap menjadi parti kedua terbesar di India dan antara yang terbesar di dunia keahliannya.

2. Parti Demokratik Amerika Syarikat (45 juta ahli)

democrats hillary trump

Parti Demokratik adalah salah satu daripada dua parti terbesar di Amerika Syarikat, dengan satu lagi adalah parti Republikan yang ketika ini calonnya memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Andrew Jackson seorang tentera Amerika Syarikat menubuhkan parti ini pada tahun 1828, menjadikan parti Demokratik sebagai antara parti tertua di dunia ketika ini. Mengambil idea dan ideologi yang dibawa daripada parti Demokratik-Republikan yang ditubuhkan Thomas Jefferson pada tahun 1792, penubuhan parti Demokratik mempunyai matlamat yang berbeza-beza mengikut era.

Pada zaman moden, parti Demokratik di Amerika Syarikat lebih mengutamakan sistem masyarakat yang lebih tersusun, memperjuangkan hak golongan minoriti serta terus menerus dengan agenda reformasi mereka. Agenda ekonomi mereka juga mengutamakan campur tangan kerajaan dalam hal ekonomi serta mengamalkan kebebasan mutlak untuk warganegara.

Parti demokratik mengalami zaman kemerosotan pada era 1860 hingga 1930 selepas parti Republikan berjaya melantik jawatan Presiden, kecuali pada dua penggal namun terus bersaing dalam perebutan jawatan peringkat kongres Amerika Syarikat. Antara pemimpin-pemimpin parti Presiden yang datang dari Amerika Syarikat adalah John dan Robert F. Kennedy, Jimmy Carter, Bill Clinton dan yang terbaru setakat ini adalah Barack Obama.

3. Communist Party of China (89 juta orang ahli)

ccp xi jinping china

Communist Party of China atau lebih dikenali dengan nama CCP adalah parti pengasas kepada People's Republic of China yang masih kekal sehingga ke hari ini. Mengambil ideologi demokrasi pertengahan yang dipopularkan oleh pemikir Vladimir Lenin, CCP ditubuhkan oleh dua orang ahli revolusi China iaitu Li Dazhao dan Chen Duxiu yang menganjurkan gerakan yang dikenali sebagai Pergerakan 4 Mei pada tahun 1919, selepas Revolusi Russia pada tahun 1917.

Penggabungan CCP dengan parti Nasionalis China pada 1924 berjaya melebarkan pengaruh mereka sebelum Chiang Kai-Shek, pemimpin parti Nasionalis mengubah haluan dan mula menggunakan kekerasan serta keganasan untuk mengawal pengaruh CCP.

Ahli-ahli CCP pada ketika itu seperti Mao Zedong dan Liu Shaoqi mula bergiat meluaskan pengaruh mereka di kawasan luar bandar, sehingga berjaya menubuhkan kerajaan sendiri yang dinamakan Republik JIangxi Soviet. Bagaimanapun, kerajaan itu tidak mampu kekal lama selepas serangan kumpulan Nasionalis menyebabkan berlakunya penghijrahan beramai-ramai mereka semua ke Yan'an di utara China. Mao Zedong dilantik menjadi presiden CCP ketika itu.

Masalah dalaman serta persepsi buruk yang menimpa parti Nasionalis, atas tindakan mereka sendiri mula melemahkan kedudukan mereka dan CCP di bawah pimpinan Mao, menjadi semakin kuat. Pada tahun 1949, CCP di bawah Mao Zedong berjaya menundukkan pengaruh Nasionalis secara total dan menubuhkan kerajaan baru Republik Rakyat China.

4. Bharatiya Janata Party (110 juta ahli)

narendra modi bharatiya janata party

Dinobatkan sebagai parti terbesar di dunia keahliannya selepas mensasarkan kemasukan penyertaan ahli secara besar-besaran, Bharatiya Janata Party atau BJP adalah parti pemerintah India ketika ini.

Ditubuhkan pada tahun 1951 oleh Syama Prasad Mukherjee, BJP pernah berjaya memegang tampuk kerajaan India sekali pada tahun 1977 selepas bergabung dengan beberapa parti politik lain yang kemudian dinamakan Janata Party. Hanya mampu bertahan selama 3 tahun, BJP tewas teruk pada pilihanraya tahun 1984 kepada INC sebelum mencapai kemenangan menewaskan musuh ketat mereka dalam pilihanraya umum India pada tahun 2014.

Pada tahun 2015, BJP mengumumkan kejayaan mereka mempunyai 100 juta orang ahli berdaftar ekoran gerakan menggalakkan kemasukan ahli baru ke dalam BJP, bagi memperkukuhkan kedudukan mereka dalam pilihanraya berikutnya, pada tahun 2019.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)